Tuesday, August 25, 2009

PENDEKAR CAHAYA: FORMULA 2: 1: 1: SESUAI UNTUK DAERAH KOTA BELUD?

1. “Lain Lubuk lain ikan, lain padang lain belalang”. Makna peribahasa ini adalah bertepatan sekali dengan keadaan kemelut politik di Daerah Kota Belud berbanding dengan keadaan politik di daerah lain di Negeri Sabah. Seperti juga dengan daerah-daerah lain, setiap tiga tahun politik di daerah ini bergolak. Kalau pada hari-hari biasa pekan Kota Belud dan kedai-keadai kopi lengang, tetapi pada setiap tahun pemilihan (untuk Parti UMNO), hampir semua kedai kopi dipenuhi olih pelanggan yang kebanyakannya terdiri dari "orang-orang politik". Keadaan ini berterusan sepanjang waktu berkempen.

2. Kalau di daerah-daerah lain persaingan adalah di antara calun-calun yang sebangsa, di Daerah Kota Belud, persaingan adalah di antara suku-suku, Bajau, Kadazandusun, Cina dan Iranun . Masing-masing berkempen untuk memenangkan ‘kuda’nya, yang semestinya, ‘kuda-kuda’ ini pula adalah sebangsa dengan pekempen-pekempen itu.

Atas sebab itu ‘kehangatan’ kempen adalah lebih panas berbanding dengan daerah-daerah lain.

3. Satu lagi kelainan politik di Daerah Kota Belud ialah keputusan pemilihan akan menjadi tajuk perbualan berminggu-minggu, kadang-kadang berbulan-bulan. Rumah telah siap, pahat masih berbunyi. Kemenangan atau kekalahan seseorang calon, tidak habis-habis dipersoalkan. Ada calon kalah yang tidak menerima kekalahannya dengan hati yang terbuka. Ada yang kurang berpuas hati dengan keputusan perwakilan. Malahan ada yang emosional dan marah kepada orang-orang yang mereka fikir telah bertanggungjawab di atas kekalahannya.

4. Sebagai contoh, keputusan pemilihan G7 baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi di mana semua calon-calon dari suku Iranun telah kalah. Kononnya, kekalahan mereka itu disebabkan olih rancangan rapi pihak tertentu yang ingin melihat penglibatan suku Iranun di dalam politik Daerah Kota Belud tetap berada ditahap ‘seperti rumput ditepi jalan, hidup segan mati tak mau’. Dan kononnya juga, ada pemimpin veteran dari suku itu, yang telah gagal untuk mengetengahkan gagasan politik yang mantap bagi suku Iranun, untuk sentiasa mempunyai tempat di dalam politik Parti UMNO Bahagian Kota Belud.

Walaupun Kemenangan dua orang pemimpin pemuda dari suku Iranun yang bertanding untuk merebut tempat sebagai perwakilan Pemuda adalah kemenangan yang ‘sebenar’, namun ianya dianggap olih pemimpin-pemimpin masyarakat Iranun sebagi kemenangan ‘ehsan’ atau undi ‘kasihan’ atau undi untuk ‘mengabui’ mata suku ini untuk ‘menyembunyikan’ strageti suku bangsa majoriti yang ‘menekan’ politik suku Iranun sejak dahulu, sekarang dan di masa akan datang.

5. Apapun, kata orang, politik adalah politik. Kalau tidak ada perbezaan pendapat dan pandangan, itu bukan politik namanya.

6. Akan tetapi, ada pihak juga yang mengatakan bahawa, walaupun perbezaan pendapat dan pandangan merupakan perkara biasa atau asam garam politik, namun perbezaan pendapat yang tidak berbatas atau terkawal akan mencetuskan keadaan yang akan menjejaskan kestabilan politik sesuatu tempat, daerah, negeri atau negera. Apa tak lagi kalau mereka yang berbeza pendapat itu terdiri dari suku-suku yang mempunyai latar belakang sejarah persengkitaan .

Atas sebab pertikaian seperti ini, suatu formula yang telah terbukti kesan positifnya telah diwujudkan olih pemimpin-pemimpin dahulu. Formula yang dimaksudkan ialah konsep politik yang diamalkan olih Barisan Nasional sekarang, konsep ‘perkongsian kuasa’. Konsep ini menuntut supaya setiap bangsa di dalam negara ini diagihkan ‘tempat dan kuasa’ setimpal dengan jumlah bilangan suku yang berkenaan. Bukan itu sahaja, malahan ada kawasan yang majoriti penduduknya yang terdiri dari satu bangsa tetapi calun yang dipilih untuk bertanding di kawasan itu semasa pilihanraya, dari bangsa lain.

7. Memandangkan bahawa penduduk di Daerah Kota Belud adalah terdiri daripada tiga suku, Bajau, Kadazandusun dan Iranun dan pada setiap ‘tahun’ pemilihan politik Daerah Kota Belud bergolak, mungkin ada baiknya kalau konsep ‘perkongsian kuasa’ ini diaplikasikan di daerah tesebut. Pada setiap ‘tahun’ pemilihan, jawatan-jawatan yang perlu diisikan menurut kehendak perlembagaan, atas persefahaman dan kesepakatan pemimpin-pemimpin tempatan, hendaklah diisikan melalui proses ‘pertandingan tanpa tanding’ atau kuota.

8. Konsep ‘pertandingan tanpa tanding’ ini melibatkan jawatan-jawatan tertentu yang telah dikenal pasti untuk disandang olih sesuatu suku, atas kesepakatan, hendaklah ditandingi olih calun-calun dari suku itu sahaja. Umpamanya, kalau atas kesepakatan, jawatan Timbalan Ketua Bahagian diagihkan kepada suku Iranun sebagi kuota suku tersebut, maka pada setiap ‘tahun’ pertandingang, bangsa-bangsa lain tidak akan dibenarkan untuk bertanding untuk merebut jawatan tersebut.

Terpulanglah kepada suku Iranun pula, samada mereka akan bertanding sesama sendiri. Untuk mengelakkan perselisihan faham, ada baiknya kalau pertandingan ditiadakan. Tetapi, ini tidak akan menjamin bahawa calun yang ‘terpilih’ tanpa tanding itu pula merupakan calun yang popular, berkalibar atau ‘berkelebihan’.

9. Konsep ‘pertandingan tanpa tanding’ ini juga bolih diaplikasikan kepada pertandingan memilih G7 atau wakil 7. Bilangan wakil sesuatu suku di dalam rumbongan (perwakilan) yang hendak di hantar ke Mesyuarat Agung parti di Kuala Lumpur hendaklah ditetapkan setimpal dengan jumlah suku yang berkenaan. Cara pemilihannya adalah serupa dengan prosedur memilih penjawat jawatan di dalam Bahagian.

10. Dalam pada itu, tanpa persefahaman dan kesepakatan ikhlas di antara pemimpin-pemimpin politik setempat, formula ini tidak akan dapat dijayakan.

11. Kalau konsep ‘pertanding tanpa tanding’ ini mendapat sambutan di kalangan para pemimpin politik tempatan, mungkin juga ianya sesuai untuk diaplikasikan di dalam hal untuk memilih calun di dalam pilihanraya.

12. Daerah Kota Belud mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri, N. 6 Tempasuk, N. 7 Usukan dan N 8 Kadamaian dan satu Kawasan Parlimen, P.169 Kota Belud. Majoriti penduduk Daerah Kota Belud adalah Bajau, diikuti olih Kadazandusun dan ketiga Iranun. Pada masa ini, terdapat tiga orang wakil rakyat dari suku Bajau ( N. 6 Tempasuk – Datu Haji Musabah Hj Jamli; N. 8 Usukan – Datu Japlin Akhim dan P. 127 Kota Belud – Datu Abdul Rahman Dahlan) dan seorang dari suku Kadazandusun (N. 7 Kadamaian – Albert Timbun Lagadan). Sebelum pilihanraya umum ke 12, Kawasan N. 6 Tempasuk diwakili olih Iranun, Pandikar Amin Haji Mulia.

13. Di samping isu bilangan penyertaan suku Iranun di dalam G7, dan di dalam Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Belud, pemimpin-pemimpin dari suku Iranun dan masyarakatnya mempersoalkan ‘ketiadaan’ wakil rakyat dari suku mereka yang dicalonkan pada pilihanraya umum ke 12. Suku ini bertanya, ‘Mungkinkah di masa-masa yang akan datang, suku ini tidak akan diberikan peranan untuk membela nasib bangsa mereka melalui suaranya sendiri di Dewan Undangan Negeri Sabah atau di Parlimen Malaysia?’.

14. Ada pihak yang berpendapat bahawa, untuk menstabilkan keadaan politik di Daerah Kota Belud, adalah wajar untuk pihak-pihak yang berwajib untuk memikirkan suatu formula yang bolih diterima oleh tiga suku di daerah ini. Dan formula yang diketengahkan ialah Formula 2 : 1: 1, dimana setiap suku diagihkan kawasan pilihanraya untuk ditandingi olih calun dari suku mereka. Memandangkan suku Bajau merupakan suku yang majoriti, maka wajarlah jika suku ini diagihkan dua kawasan pilihanraya dan Kadazandusun dan Iranun masing-masing diagihkan satu kawasan.

15. Apapun terpulanglah kepada kebijaksanaan pucuk pimpian UMNO Bahagian Kota Belud untuk menentukan arahtuju politik daerah ini selaras dengan aspirasi tiga suku, Bajau, Kadazandusun dan Iranun yang hendak tinggal berjiran di dalam suasana keharmonian.

5 comments:

TudungDuang said...

"Adat sekampung, kampung dipertahankan..adat sesuku, suku dipertahankan"...Justeru antara mana-mana Pendekar pun mengakui betapa perlunya suku dipertahankan!!.Ianya normal!
TETAPI...Para pendekar yang benar-benar bergelar hulubalang dan pahlawan sejati tidak kira dari suku mana sekali harus menganggap dirinya telah pun mewakili semua kaum. "karam di laut jadi pelampung, panas di darat jadi penaung,basah di hilir jadi penudung,patah di hulu jadi penyambung"...pendekar sejati lahir di celah-celah kepahitan...muncul di tengah-tengah kemelut politik yang melanda..didewasakan oleh kesengsaraan dan keperitan!! bukan sekadar main tangkap muat semata-mata ingin mengisi kuota yang ada! Apa guna nya dua, tiga atau empat pemimpin atas dari suku yang sama jika melayarkan bahtera pun tersasar haluan?Apa gunanya?...
Ahh!! kita masih bersikap prejudis terhadap bangsa-bangsa lain!! sampai bila noktahnya??

tawadakan said...

Salam....

Tumpang lalu Sdra Pa'min...mohon izin untuk mengulas komen sdra TudungDuang...

Sdra Tudungduang,saya hormati pendapat sdra ini, namun pada jika difikirkan secara mendalam kurang elok benar rasanya andai orang yang memimpin rumahtangga kita, dayus namanya tu...sdra amat mudah melafazkan kata2, tetapi cuba bayangkan apa perasaan sdra andainya saya yang memimpin rumahtangga sdra, maksudnya segala yang berkaitan urusan rumahtangga sdra saya yang jaga termasuk anak dan bini sdra...cubalah jawab sdra Tudungduang!!!

Sdra akan berasa dayus dan diri tidak berguanakan lagi, itu jika sdra berfikiran waras...

Ini bukan kouta semata2, sebagai lambang keharmonian, ini kerana hanya kami sebagai suku kaum Iranun yang memahami apa yang suku kaum kami mahukan,jelas!!!

Ini bukan perkauman tetapi sebaliknya sebagai perjuangan berasaskan kaum dan ia tidaklah menyalahi perlembagaan negara. UMNO ditubuhkan kerana memperjuangkan kaum, bukankah begitu sdra Tuduangduang!!!

Akhir sekali kalau sdra mempertahankan pendapat sdra, aturkan perjumpaan dengan saya kerana saya mahu memimpin rumahtangga sdra sebab tidak menyalahi prinsip sdra...berani!!!

Sekian, Terima Kasih.

TudungDuang said...

Salam sdra Tawadakan... T/k atas ulasan..cuma mungkin sdra kurang memahami secara jelas pandangan saya. Ringkasnya...tulisan saya bermaksud tidak perlu formula 2:1:1 untuk politik Kota Belud..sebab? seperti yang telah saya nyatakan! Dalam banyak2 kumpulan pendekar ( berlainan suku )kita akan bersatu dalam 1 kumpulan pendekar yang lebih besar. Tidak ada sesiapa yang mencampuri urusan kumpulan pendekar yang lain...tetapi pilihan sebagai pemimpin pendekar dalam kumpulan yang besar itu tadi tidak perlu formula tersebut 2:1:1 ... Pendekar yang hebat sempurna sifat dan sikap kepimpinanan layak mengetuai seluruh kumpulan pendekar yang besar tadi...tanpa mengira dari kaum mana..analogi yang menggunakan 'rumahtangga' mungkin kurang tepat!analogi yang tepat lebih kurang begini...
Jika saya etnik Dusunkadazan mana mungkin saya memohon keahlian PISBa..kerana sudah ada KDCA..demikian juga mana mungkin seorang etnik Iranun memohon keahlian PSS..kerana sudah ada PISBA...kerana hnya Iranun yang tahu Iranunnya...Bajau yang tahu bajaunya, Dusun yang tahu Dusunnya...Jadi tidak perlulah memimpin rumahtangga orang...Cukup segala 'rumahtangga' yang ada kita bergabung dalam satu bahtera yang melayari lautan luas! Nakhodanya akan kita lantik secara muzakarah atau demokrasi tanpa mengira kaum, keturunan dan rumahtangganya..Saya rasa sdra Tawadakan memahami.. Mungkin Pendekar Cahaya ( orang kuat USBO ) juga dapat bantu jelaskan...

kelapa mawar said...

salam pa'min..

Selamat menjalani ibadah puasa..semoga sukses bersama keluarga..

Ma kasih atas isu yang diutarakan ini..kerana isu inilah yang menjadi topik penulisan para blogger Iranun di Kb sejurus selepas berakhirnya pemilihan G7 UMNO KB. saya, dayangwulan,Renggit,Batu gadung,dan beberapa org lagi...juga menimbulkan rasa kegusaran yang amat sangat jika situasi politik tanpa tolak ansur ini akan menjadi trend di KB..

perkongsian kuasa dan kepercayaan yg ditunjukkan selama ini rupanya bersalut dengan rasa kesukuan dan dendam lama yang tidak berkesudahan..Iranun terus tidak bertuan dalam UMNO KB..Cina yang bukan teras kata dayang wulan pula mendapat tempat...

Dlm pembahagian kerusi kws pilihanraya..juga tidak membawa apa2 tanda perkongsian dan persefahaman yg mendalam...Kalau dulu Pa'min mendapat tempat di Tempasuk..tapi tidak sudah sekarng...dan kalau pun dapat kouta Iranun..sapa yang kita ketengahkan..?Iranun tidakada pelapis yang boleh diangkat..tidak seperti suku mereka yang silih berganti pelapisnya...

Maafkan saya pa'min kerana menyuarakan perasan yg sudah lama menghantui saya terutama bila memikirkan ketuanan politik iranun selepas Tuan....

Ketegasan dan pendirian pa'min biarpun bukan satu desakan tetapi cukup bermakna..bagi saya dan golongan muda berpendidikan dari suku Iranun..syabas dan tahniah..semoga pa'min menjadi tokoh sanjungan generasi seterusnya.Wassalam

Norawi said...

Salam Ramadhan buat Pa'Min dan rakan2.
Saya taklah arif tentang politik.Tapi seperti apa yang dikatakan oleh Pa'Min sebelum ini,beliau bangga sekiranya ramai pemimpin yang berpotensi di Kota Belud. Bagi saya siapa sahaja yang menjadi pemimpin,yang penting dapat mengangkat keterbilangan Kota Belud sebagai daerah yang berpotensi maju dalam segala lapangan.Selain itu dari suku mana pun dia datang,dia memimpin semua suku dan dapat menyatuka rumpun.

Jika pun ada 2 orang pemimpin dari suku Bajau,tapi tak boleh memajukan daerah,satu kerugian kepada semua(sebagai contoh sahaja).Bagi saya jika seorang pun pemipin Bajau(jika dikelaskan mengikut suku), kepimpinannya dapat diterima oleh semua golongan,itu lagi satu kejayaan yang bermakna untuk kita semua.

Saya juga setuju dengan nisbah 1(suku Iranun)tapi tak juga menolak jika ada 2 atau sebaliknya,asalkan ada kriteria seperti yang saya sebutkan tadi.

Walau bahgaimanapun,apa yang saya utarakan itu adalah pandangan peribadi semata-mata untuk dikongsikan dengan rakan-rakan.Saya harap tidak menyinggung sesiapa.