Thursday, August 13, 2009

PENDEKAR CAHAYA: KESABARAN

  1. Pendekar Cahaya yang berpengalaman memeliki tahap KESABARAN yang amat tinggi. Dia tidak muda di tembusi oleh provokasi, sebab dia tahu kekuatan "buku lima"nya dan "kepantasan" tumbukannya.
  2. Ketika dia belajar pada "guru" spiritualnya, CAHAYA KEYAKINAN memancar ke segenap jiwa dan tubuh badannya. Atas sebab itu dia tidak perlu untuk membuktikan apa apa kepada sesiapa. Dia tidak hirau kepada keagresifan hujah pihak lawan yang mengatakan padanya bahawa percaya kepada Tuhan itu adalah karut marut, bahawa keajaiban itu cuma suatu silap mata, dan kepercayaan kepada malaikat itu adalah menidakkan kenyataan.
  3. Serupa juga dengan pejuang pejuang lain, Pendekar Cahaya sangat arif dengan kebolihannya; dia tidak akan "bertarung" dengan "combatant" yang tidak layak digelar sebagai hulubalang di dalam erti kata yang sebenarnya.

No comments: