Saturday, November 13, 2010

PENDEKAR CHAHAYA: PENUDING JARI MENGAIBKAN DIRI

1. PENDEKAR CHAHAYA berpegang pada falsafah agama, "Tuntut lah ilmu sehingga ke Negara China!"

2. Ilmu adalah 'Chahaya'; "penyuluh hidup" dan 'penyelamat' di dunia dan di akhirat. Ianya, perlu dituntut, walau dimana dan dari siapa.

3. Pun demikian, ada pihak yang "ada agama" tetapi cuma berkeadaan "seadanya" - bermada-mada - seolah-olah mereka tahu segalanya; mengaibkan sesiapa sahaja - termasuk insan-insan yang telah berjasa. 

4. PENDEKAR CHAHAYA tertanya-tanya, "Apakah untung dan ruginya pada mereka yang "seadanya" ini, menuntut ilmu dan mendampingi orang yang mereka anggap "hina" tetapi sebenarnya adalah lebih "mulia" daripada mereka?"

"Sedar kah mereka bahawa, yang berjasa tetap berpahala; yang berbudi tetap diingati; yang berjuang tetap dijulang; yang ikhlas tetap dibalas; yang derhaka menemui bala; yang sabar akan diganjar; yang menipu akhirnya akan malu dan yang memfitnah akan merana hidupnya?".

5. PENDEKAR CHAHAYA menghayati maksud falsafah orang tua-tua, "Menuding dengan sebatang jari telunjuk kelain arah, empat batang jari-jari menunjuk pula ke badan kita".

6. Bijak Pandai pula senada, dan berkata, "Penuding jadi, mengaibkan diri"

Monday, November 8, 2010

PENDEKAR CHAHAYA : PENGEMBARA PEMBUKA "MATA MINDA".

1. Kekadang langkah PENDEKAR CHAHAYA sejuk, lesu dan kaku, angkara "musuh-musuh".

2. Seakan tiada "nyalah" pendorong untuk bangun walau selangka. Dalam keadaan sebegini, PENDEKAR CHAHAYA menyepi beratus malam dan hari -meneliti - bermuhasabah diri.

3. Ada pihak, dengan sinis, berkata, " Mungkin pengembaraan PENDEKAR CHAHAYA sudah berada dipenghujungnya, dimamah usia dan tenaga tua ".

4. Hati PENDEKAR CHAHAYA terguris mendengar kata-kata nista. Dia tidak menghalang sesiapa yang memartabatkan bangsa. Sebaliknya, dia tidak mahu dihadang, cuma atas alasan, dia mengganggu perjalanan mereka.

5. Pejuang tiada had usia dan tenaga. Semua, tidak kira "satus" dan "daya", diperlukan untuk bangkit memartabatkan bangsanya.

6. PENDEKAR CHAHAYA, bukan petualang dan penghadang kepada "cita-cita membara" kembara muda. Sebaliknya, dia adalah "printis jalan" dan "peneroka" yang telah dan akan membuka "mata minda" pengembara dari desa-desa untuk "bersaing" dengan "pengembara" di kota-kota.

7. Sesungguhnya PENDEKAR CHAHAYA , sekian lama, hidup "berkelana" dan tidak suka "beradu tenaga dan minda" dengan sesiapa - jauh sekali kembara muda didesanya - kecuali "penderhaka".