1. "Ingatkah anda kepada satu kata-kata hikmat yang orang-orang tua kita dahulu, sering ungkapkan; 'besar jangan disangka bapa, kecil jangan disangka anak?. Pendekar Cahaya mengajukan soalan itu kepada bakal-bakal pendekar cahaya yang duduk mengelilinginya dalam satu sesi percambahan fikiran.
2. "Sememangnya ingat, tetapi kami ingin tahu makna kata-kata hikmat ini dengan mendalam mengikut tafsiran Tuan sendiri," Jawab seorang daripada mereka dengan raut wajah yang memperlihatkan keinginan yang benar-benar ingin tahu tafsiran sebenar gurunya itu.
3. "Pada saya, maknanya ialah seseorang itu "besar" pada pandangan mata kasar kita kerana dia berkebolihan mempamerkan sikap yang seolah-olah dia adalah orang yang bijaksana dan ilmuan. Sebenarnya orangnya "kecil" apabila dia duduk bersama-sama dengan orang-orang yang lebih ilmuan dan lebih bijaksana daripadanya.", jawab Pendekar Cahaya.
4. "Begitu juga, seorang itu "kecil" pada pandangan mata kasar kita kerana orang tersebut selalu atau sengaja menampakkan kedunguannya, atau kita tidak dapat mentafsir ilmu dan kebijaknsanaanya. Sebenarnya orangnya "besar" apabila dia duduk bersama-sama dengan para ilmuan dan bijaksana yang tidak sehebatnya," jelas Pendekar Cahaya lagi.
5. "Terima kasih Tuan di atas jawaban itu. Sesungguhnya pada saat ini saya merasakan diri saya kerdil, berasa malu dan berdosa di atas perbuatan yang telah saya lakukan iaitu mencemuh dan memperkecilkan kewibawaan seorang invidu setempat dengan saya atas sebab sikapnya selama ini yang saya anggap dungu dan merugikan masa depan kami pendekar-pendekar penerus", respon spontan dari pengaju soalan. Kemudian, dia meneruskan hujahnya dengan raut wajah yang sedih, "Tafsiran tuan itu menyedarkan saya. Sesungguhnya sikap individu tersebutlah yang menjadikan kami sebegini rupa yakni menyusuri jejaknya menuntut ilmu, bangga dengan bangsa sendiri, berani menentang arus atas kebenaran".
6. Pendekar Cahaya tersenyum mendengar hujah pendekar yang menyoal itu. Pendekar Cahaya melanjutkan hujahnya. " Jangan salahkan diri sendiri; yang penting kamu telah sedar". Selanjutnya, untuk lebih meyakinkan terhadap respon ringkasnya, Pendekar Cahaya memberi penjelasan lagi, "Saya pun sewaktu muda dahulu bersifat begitu. Selesai sahaja dari pertapahan di pergunungan tinggi, saya fikir saya lah yang ilmuan dari segala pendekar-pendekar cahaya. Perasaan itu saya layani dan memulakan pengembaraan untuk mencabar pendekar-pendekar cahaya handalan. Saya tersungkur beberapa kali. Parut-parut luka pertempuran masih kelihatan di tubuh badan saya sehingga kini. Setiap kali tersungkur, saya bangkit semula dan merenung kembali di mana silapnya langkah saya dan berusaha perbaiki kelemahan ilmu persilatan saya. Pengembaraan saya teruskan selepas kekalahan demi kekalahan dan tentunya di sepanjang ranjau pengembaraan ini, saya menimba banyak ilmu dan pengalaman dari pendekar-pendekar cahaya yang lebih pendekar dari diri saya. Kebanyakan pendekar-pendekar cahaya ini menjadi teman-teman sepengembaraan saya termasuk mereka yang pernah berpanca pedang dengan saya".
7. "Tuan, sememangnya kami akui "kelebihanmu". Bolih apa kiranya tuan turunkan segala ilmu persilatan yang ada di dada tuan itu supaya kami menjadi pendekar cahaya seperti tuan". Tanya seorang pendekar yang raut wajahnya mencerminkan kegelojohan.
8. Pendekar Cahaya menjawab berhati-hati dengan raut wajah yang kelihatan lebih serius, "Walaupun saya muntahkan segala ilmu persilatan saya kepada kamu, itu tidak menjamin bahawa setiap kamu akan menjadi seperti kependekaran saya. Sebab, jatuh dan bangunnya saya, banyak mengambil iktibar dari Maha Guru yang selama ini memandu saya di sepanjang pengembaraan".
9. "Dan kalau pendekar-pendekar kalian kepingin untuk menjadi seorang pendekar cahaya semacam saya, kamu terpaksa melalui liku-liku pengembaraan seperti yang pernah saya lalui. Semuanya itu memerlukan semangat keyakinan diri yang kental, ketabahan hati yang tinggi dan jatidiri seperti waja", ujar Pendekar Cahaya.
10. Pendekar Cahaya meneruskan penjelasan, "Sesungguhnya, "kelebihan" seseorang pendekar cahaya tidak boleh di "pindah milik". Ianya satu anugerah Yang Maha berkuasa. Ingat!, setiap Pendekar Cahaya mempunyai "kelebihan" yang tersendiri, yang dianugerahkan oleh Yang Maha Berkuasa kepadanya.
11. "Akan tetapi, tidak salah kalau seseorang pendekar cahaya menyusuri pengembaraan seorang Pendekar Cahaya dan menimba pengalamannya dengan harapan bahawa dia juga akan menjadi seorang Pendekar Cahaya yang digeruni dan dihormati", tambah Pendekar Cahaya.
12. Pendekar Cahaya mengakhiri kuliahnya dengan kata-kata, "Ingat seorang pendekar yang bercita-cita untuk menjadi Pendekar Cahaya hendaklah memiliki sifat yang bertepatan dengan maksud kata-kata hikmat orang kulit putih -"action speaks louder than words", yang bermaksud "Tindakan (melakukan sesuatu) adalah lebih nyaring dari kata-kata yang keluar dari mulut orang yang berpeluk tubuh". Apabila membuat keputusan, kita perlu ingat pula satu lagi maksud kata-kata hikmat orang kulit putih, "action tempered with culculated risks". Perkataan ini bermaksud "tindakan dan langkah-langkah yang diambil adalah bersandarkan keputusan setelah mengambilkira kemungkinan dan risiko yang bakal dihadapi". Seandainya kamu dapat menghayati maksud kata-kata hikmat ini, kamu tidak akan "terperangkap" dengan risiko tindakan kamu yang gagal, iaitu "kamu menuding jari kepada orang lain atas setiap kegagalan yang kamu alami".
13. Sesungguhnya, perkataan "kecil" dan "besar" mengandungi makna yang berlainan pada mereka yang lebih mengetahui!

No comments:
Post a Comment