- Pendekar Cahaya amat arif dengan erti pepatah, "Patah tumbu hilang berganti". Semasa remajanya, dia sentiasa melaung-laungkan pepatah itu.
- Apabila "arahan" untuk dia beredar tiba, Pendekar Cahaya menemui semua teman yang menemaninya di sepanjang "Pengembaraan".
- Sebenarnya Pendekar Cahaya telah mengajar dan menurunkan segala "kemahiran"nya kepada mereka tanpa mereka sedari. Dia juga telah merungkai hampir segala-galanya kepada mereka cerita-cerita lucu yang membawa mesej bermakna dan berkias sebagai panduan. Di samping itu Pendekar Cahaya menyelitkan cerita-cerita berpaksikan adat resam bangsa, "EBPELALAPUTA" termasuk hal peribadi. Ada di antara mereka yang faham, ada yang tidak dan ada pula yang faham tetapi berpura-pura tidak.
- Hati Pendekar Cahaya sedih, tetapi dia tahu bahawa pedangnya adalah "sakti" dan tidak dapat diwarisi - setiap Pendekar Cahaya ada pedang "saktinya" sendiri . Dia pasrah kepada kehendak MAHA BERKUASA yang selama ini tempatnya berpaut dan berlindung. Pendekar Cahaya yang unggul tidak berpaut pada mana-mana dahan.
- Lalu Pendekar cahaya mengucapkan terima kasih kepada teman-teman sepengembaraannya, menarik nafas sedalamnya dan meneruskan pengembaraan bersendirian membawa bersamanya segala kenangan sewaktu di dalam pengembaraan perjuangan yang dia tidak akan lupa selagi hayat di kandung badan.
Thursday, August 13, 2009
PENDEKAR CAHAYA: PATAH TUMBU HILANG BERGANTI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
sesungguhnya pengembaraan pendekar cahaya penuh onak dan duri.masih digagahinya lagi untuk menerangi jalan pengembara muda yang mungkin belum mengerti sengsaranya merntasi segala jalan berduri.mereka mungkin tak sempat merasakan peritnya.namun yang penting bagi pendekar cahaya,jalan yang diterokai telah terbuka luas.silalah perwiraku untuk meneruskan pengembaraan.yang patah kan tumbuh,yang hilang kan berganti, tapi jangan dicalar kenangan lama.
Post a Comment