Monday, August 17, 2009

PENDEKAR CAHAYA : POLITIK DAHULU DAN POLITIK SEKARANG

1. "Lain hulu, lain parang; lain dahulu, lain sekarang". Maksud rangkaian perkataan ini bertepatan sekali dengan keadaan politik dahulu dan sekarang.

2. Dahulu, sebelum dan di awal kemerdekaan, pemimpin-pemimpin di Timor dan di Barat, punya persefahaman dan sepakat. Perasaan dan kemahuan dapat dibaca tanpa bicara. Gerak badan (body language) yang mempunyai mesej seribu bahasa dapat dibaca maksudnya sesama mereka.

3. Sekarang, walaupun ada hubungan mesra, gerak badan tak dapat dibaca, perasaan diluahkan dengan nada suara yang nyaring yang bolih didengar dari desa ke kota.

4. Dahulu, Tunku Abdul Rahman Putra, bapa kemerdekaan Malaysia dan Tun Datu Mustapha, bapa kemerdekaan Sabah bersahabat erat. Saling ziarah menziarahi sesama mereka, bertanya berita sebagai saudara mara.

5. Sekarang, ziarah juga masih ada tetapi atas sebab politik semata. Diwaktu tahun "pemilihan", lawatan dan jemputan sering di adakan untuk kepentingan politik mereka-mereka yang berkenaan.

6. Dahulu, pemimpin di Barat semuanya berpendidikan tinggi dan hebat-hebat. Manakala di Timor rata-rata berkelulusan sekolah atap. Namun, mereka hormati menghormati dan bertindak sebagai setaraf.

7. Sekarang, pemimpin di Timor dan di Barat semuanya berpendidikan tinggi dan hebat-hebat. Namun, adakalanya pemimpin Barat "memendang rendah" bakat dan kebolihan pemimpin di Timor.

8. Dahulu, di Barat dan di Timor ada parti-parti politik yang di wujudkan untuk berbakti kepada masyarakat sendiri dan dipimpin oleh ketua rumpun bangsa setempat.

9. Sekarang, di Barat dan di Timor bilangan parti-parti politik telah bertamba dengan matlamat dan objektif yang hampir serupa. Ada yang besar beroperasi seluruh daerah dan negara, dipimpin pula oleh pemimpin-pemimpin berbilang agama dan bangsa.

10. Dahulu, di Barat ada UMNO, MCA dan MIC, di Timor pula ada USNO, SCA dan SIC. Tetapi kuasa UMNO, MCA dan MIC kekal, manakala USNO, SCA dan SIC telah dibubar.

11. Dahulu, di zaman USNO ada kuasa "autonomi" - pentadbiran negeri di asaskan kepada "kontrak sosial" dan persefahaman awal.

12. Sekarang, itu semua sudah tiada yang tinggal hanya ingatan semata.

13. Pemimpin generasi muda di Timor bertanya, "Kenapa ini harus berlaku, adakah ini baik untuk generasi kami masa kini dan akan datang?".

14. Pendekar Cahaya tidak tahu jawapan yang tepat dan singkat, hanya dapat memberikan pandangan dan pendapat.

15. Untuk menjaga keharmonian, pemimpin Timor dan Barat mesti sepakat di dalam mendepani isu nasional dan setempat. Mereka harus saling hormat dan menggangap diri sama taraf. Kalau ini tidak dibuat, risikonya kelak amat berat.

16. Pendekar Cahaya akan tunggu dan lihat apa kah yang akan dibuat oleh pucuk pimpinan negara dan negeri. Mudah-mudahan tindakan mereka akan membawa berkat kepada rakyat di Timor dan di Barat.

17. Sesungguhnya Pendekar Cahaya juga buntu pendapat terhadap hubungan Timor dan Barat. Silap langkah keharmonian yang sedia ada akan terguggat, seperti cermin pecah yang diakibatkan retak.

3 comments:

tawadakan said...

Salam,
politik dulu makan ubi, politik sekarang makan suap...syukran

Suara Rakyat said...

salam pa'min. Politik sekarang telah berbaur dengan berbagai masukan. Telalu banyak ilmu politik yang diajar samada dari sifu-sifu juga buku-buku. Kerana terlalu banyaknya, maka susah diambil kesimpulan, mana yang perlu dituruti dan mana yang ada umhh. Ahli-ahli politik sekarang telah banyak yang pandai berlakon, sehingga sukar menilai erti gerak tubuh.

Norawi said...

Sebaik sampai di Hotel Midtown,Terengganu,seorang rakan bertanya;jam bila awak sampai di Malaysia?.Walhal senikata lagu dah diubah daripada bangsa Melayu menjadi 'kita rumpun Melayu'.

Persoalannya,bilakah ianya akan menjadi realiti?