Sunday, August 16, 2009

PENDEKAR CAHAYA : LAIN DAHULU LAIN SEKARANG

  1. Sesungguhnya masa dan waktu merubah keadaan. Lain dahulu lain sekarang.
  2. Dahulu, Britain, Germany, Spain, Belanda dan negara-negara bertamaddun lyang lain bersaing untuk berkuasa. Mereka menjelajah ke seluruh pelusuk dunia menambah kuasa dengan menjajah.
  3. Kini. di zaman globalisasi, untuk bersaing, mereka bersatu di bawah satu panji-panji, Eauropean Economic Community atau EEC. Keegoan diri mereka lupakan sebaliknya berpadu sebagai satu pasukan. Kalau tidak, mereka ketinggalan oleh ekonomi Amerika, China dan Jepun.
  4. Pendekar Cahaya terfikir begitu. Rumpun kita akan maju sekiranya berpadu di bawah satu panji-panji yang lebih kuat dan utuh.
  5. Seperti rumpun Kadazandusun yang bersatu di bawah satu panji, KDCA (Kadazandusun Cultural Association), rumpun kita perlu bersatu di bawah satu panji yakni USBO.
  6. Pendekar Cahaya sedar, sesungguhnya keadaan dan masa mermerlukan kita untuk menerima dinamisma mengikut dan sesuai dengan peredaran masa.

1 comment:

Norawi said...

Saya teringat lagi sejarah politik pa'Min yang bertanding di atas tiket Usno di Usukan dalam pilihanraya kecil tahun 1982 di mana kemenangan memihak kepada Pa'Min dengan majoriti 263.

Tetapi itu kisah dulu.Politik biasalah.Biduk lalu,kiambang bertaut.Kita perlu mengambil iktibar dengan sejarah lalu.Sampai masanya rumpun kita perlu bersatu bagi menguatkan imej dan pemikiran.Alangkah kecilnya kita berbanding bangsa-bangsa lain di dunia jika tak bersatu di bawah satu panji.Perubahan pemikiran perlu diubah segera,jangan ditakuk lama. kita perlu merapatkan jurang persaingan dalam dunia globalisasi seiring dengan rumpun bangsa dan negara-negara lain di dunia.Dunia hari ini bukan lagi memerlukan kita tuduh-menuduh dan mengumpul air liur bercawan-cawan di kedai kopi (dalam istilah kita,ngarang jo) yang tak ada kesudahannya.Menyatukan tenaga dan pemikiran amat perlu dilaksanakan tanpa berlengah jika kita mahu rumpun kita penyumbang besar kepada kepimpinan negara.