Sunday, August 16, 2009

PENDEKAR CAHAYA : REGU BARU, AGENDA BARU.

  1. Setiap Pendekar Cahaya berubah pendirian dan perjuangan yang didorong oleh musim dan keadaan.
  2. Di samping itu, Pendekar Cahaya juga perlu mengadaptasi keadaan diri kepada zaman globalisasi. Kegagalan beruba akan mengundang nasib yang sama seperti binatang purba "dinosaurs", yang telah pupus di zaman ais batu.
  3. Kini, musimnya tiba untuk mengorak langkah memperjuangkan suatu agenda yang melibatkan semua "orang kita" di dalam rumpun yang sama.
  4. Untuk menjayakan agenda baru, Pendekar Cahaya teringat nasihat guru, iaitu mesti berkeyakinan kepada isu; mempunyai teman-teman setia dan seia-sekata; memastikan masa yang bertepatan; memilih lapangan yang bersesuaian dan strategi mantap yang digariskan Pendekar-Pendekar Cahaya yang berpengalaman.
  5. Pada semua rumpun bangsa, tengok dan lihat di sekeliling kita!. Apakah kita berpuas hati dengan keadaan semasa dimana "pertumbuhan" rumpun bangsa, kita hadangi dengan pemikiran sempit zaman purba? Untuk melepaskan diri dari keaiban ini, budaya "ketam" rumpun bangsa perlu kita tinggalkan, dan kita "adaptasikan" pemikiran terbuka dan kita terus amalkan.
  6. Sebenarnya, musuh bukan di antara sesama kita!

1 comment:

Norawi said...

Pa'Min,membaca tulisan ini saya teringatkan lukisan abstrak hasil karya seorang teman.Teman itu sukar untuk memberikan lukisannya tajuk.Lantas saya memberi judul "KEINDAHAN YANG HILANG"mengikut tafsiran sendiri selepas berbincang dengannya.

Lukisan itu sangat simple kerana ia bertemakan lukisan kanak-kanak.Anak kecil yang menangis kerana serimpaknya patah dan di suatu sudut yang lain imej kepudaran dan beberapa ekor kuda yang bertempiaran.Banyak perkara yang saya nak ceritakan tentang mesej lukisan tersebut.Tetapi sekarang saya baru sampai di Kuala Terengganu atas tugas rasmi.

Apapun tibalah waktunya untuk pendekar-pendekar cahaya mengembalikan keceriaan agar tidak perlahan-lahan ditelan waktu.Buat Pa'Min terima kasih kerana menghasilkan tulisan yang amat berguna untuk dikongsikan.Semoga terus berbakti dan menyumbang pemikiran buat selama-lamanya!