Sunday, August 16, 2009

PENDEKAR CAHAYA : MERUNGKAI SEJARAH

  1. Pada zaman dahulu kala, tamaddun Islam gagah terbina oleh para pemikir umat Islam, terserlah sehingga ke Andalusia.
  2. Sejarah mencatatkan, "Bukan sahaja pembangunan infra yang dibina, malahan Ilmu pengetahuan dikagumi dan dipelajari oleh manusia "kulit putih".
  3. "Siapa yang tidak tahu?", kata sejarah bahawa Ilmu Alam semesta, Ilmu menghitung dan mengira, Ilmu Cekerawala (ilmu falaq), Ilmu bedah dan lainnya dipelopori oleh minda pemikir Islam dahulu kala. Generasi kita pastinya bertanya, "Ke mana perginya semua itu?, Kenapa manusia "kulit putih" dari lain agama kini menguasai dunia? Semua bidang - ekonomi, sains, pendidikan, sosial dan hampir segalanya , mereka lah yang tersohor dan terserlah. Salah siapa kah ini?"
  4. Jawab Sejarah dengan mudah, "Ini semua terjadi sebab, pewaris salah baca dan alpa. Semua idea bernas tidak disusuri oleh mereka. Malahan mereka bermusuhan sesama mereka. Manakala manusia "kulit putih" menyusuri dan mempelajarinya. Hasilnya, mereka kini menguasi dunia."
  5. Pendekar Cahaya bertanya, "Wahai kamu generasi Ilmuan, yang baru sahaja keluar dari institiusi gua pertapahan, kenapa gagal membaca keadaan?. Kenapa asyik berberpeluk tubuh, menuding jari dan "rasa tidak puasa hati" disasarkan kepada pendekar-pendekar sendiri?
  6. Pendekar Cahaya bertanya lagi, "Bolehkah kamu bermuhasaba diri, soal kecil di hindari, buang yang keruh, ambil yang jernih?". "Marilah ikut serta mempelopori agenda perjuangan baru "rumpun bangsa" yang murni!.
  7. "Tidak kah kamu sedar bahawa Pendekar-Pendekar Cahaya "rumpun kita" kini bersatu minda, tenaga dan pendapat, berjuang seiring untuk memertabatkan kembali "rumpun bangsa" yang merempat?"
  8. "Dahulu mereka-mereka ini bersengketa dan tidak sependapat. Akibatnya "tongkat sakti" orang lain yang dapat".
  9. Sejarah mengajar kita bahawa bersengketa sesama kita tidak membuahkan faedah. Untuk itu, ayoh! bangkitlah memperjuangkan hak "rumpun tercinta" yang kini terdampar di pinggiran. Kalau bukan kamu, siapa lagi?.

2 comments:

Norawi said...

Pa'Min,saya membaca tulisan ini bersama-sama rakan lain sebaik tiba di Kuala Terengganu.Jika ada peluang saya tetap buka blog ini.Memang benar,jika bukan kita,siapa lagi?JIKA BUKAN SEKARANG BILA LAGI?Pendekar-pendekar cahaya kita telah membuktikan kewibawaan di arena nasional.Teruskanlah!

Generasi muda perlu diingatkan selalu agar tidak muda lupa sejarah.Akibat kelalaian menelaah sejarah,rumpun kita merempat- walhal rumpun kita pun pernah menjadi wira penting dalam membangkitkan kesedaran rakyat dalam perjuangan kemerdekaan tanahair.

Syukurlah,Sekarang pendekar-pendekar cahaya bersatu minda demi menyinari generasi akan datang.Buang yang keruh,ambil yang jernih.Moga rumpun ini tak pupus kerana sengketa dan buta sejarah. Jika kita gagal mengambil iktibar kisah lama dan jika kita gagal meramal perubahan suasana masa kini, akhirnya kita tersadai ditimpa badai di pentas waktu yang sentiasa pantas berlalu.

PA'MIN said...

Nor, saya gembira sebab sedikit sebanyak saya telah dapat menyumbang tenaga dan fikiran untuk dijadikan teladan atau sempadan oleh generasi muda seperti kamu. terima kasih kerana dapat "menyelami" isi hati orang tua.