- Dalam "pertempuran" adalah perlu bagi Pendekar Cahaya untuk membuka mata dengan seluasnya dan ditemani oleh rakan rakan setia.
- Sewaktu "bertempur" ada kalanya seorang teman yang berjuang bersamanya berpaling tadah dan memihak musuh.
- Sebagai insan biasa, reaksi spontan Pendekar Cahaya adalah "benci dan marah", tetapi sebagai seoarang Pendekar Cahaya dia menganggap kejadian itu sebagai "gugurnya" seorang teman "combatant" yang "buta" di dalam pertempuran.
- Sehubungan itu, Pendekar Cahaya cuma memikirkan segala kebaikan "teman yang terkorban" seperti itu sewaktu teman itu berada di sisi Pendekar Cahaya; Pendekar Cahaya cuba memahami peyebab yang mendorong rakan itu berpaling tadah, luka luka apa yang membebani jiwanya?. Pendekar Cahaya cuba untuk mengenal pasti penyebab seorang rakan memutuskan hubungan yang akrab.
- Tiada siapa yang sempurna atau pincang; itulah yang ada di dalam fikiran Pendekar Cahaya apabila beliau sedari bahawa dia ada "musuh baru".
Thursday, August 13, 2009
PENDEKAR CAHAYA: TIADA SIAPA YANG SEMPURNA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment