Wednesday, August 12, 2009

1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN: TAFSIRAN ORANG KAMPUNG.

  1. Betullah makna pepatah Melayu, "Sekali air bah, sekali pantai berubah," dalam konteks stail kepimpinan negara. Pada setiap kemunculan seorang pemimpin negara ini kita akan dapat lihat stail politik yang baru.
  2. Kalau dulu kita telah "dibiasakan" mendengar slogan seperti CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG kini pendengaran kita pula didendangkan dengan slogan SATU MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
  3. Dan pada lazimnya slogan slogan yang dicetuskan oleh kepimpinan negara akan mengamit pelbagai reaksi dan tafsiran. Reaksi dan tafsiran ini pula berbeza beza diselaraskan kepada kehendak masing masing.
  4. Pada masyarakat bukan bumiputera, tafsiran mereka kepada slogan ini ialah semua rakyat Malaysia perlu diberikan status dan hak yang sama. Dalam erti kata yang lain mereka bersetuju supaya "hak istimewa" bumiputera ditiadakan ATAU hak mereka dinaik taraf sama dengan hak bumiputera.
  5. Kalau tafsiran perenggan (4) di atas digunapakai, maka buahnya ialah jurang perbezaan kedudukan di antara bumiputera dan bukan bumiputera dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sebagainya tidak dapat dirapatkan.
  6. Pada berjuta juta orang kampung, mereka yang tinggal di luar bandar dan pedalaman, slogan ini perlu diubaisuai sedikit iaitu, "SATU MALAYSIA, RAKYAT DI LUAR BANDAR DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN DI LUAR BANDAR DIUTAMAKAN".
  7. Dengan slogan seperti yang tertera di perenggan (6) di atas, berpuluh juta orang kampung, mereka yang tinggal di luar bandar dan pedalaman akan dapat merasai erti SATU MALAYSIA di dalam erti kata yang sebenarnya.

No comments: