Friday, August 21, 2009

Salam Ramadan dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.

Sempena Bulan Ramadan Al Mubarak ini, Saya dan keluarga mengucapkan Salam Ramadan dan Selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat di mana jua berada. Semoga bulan mulia ini dapat memberikan kekuatan kepada kita semua untuk meningkatkan iltizam dan amal untuk berbakti kepada agama, bangsa dan tanahair.

DARIPADA:
Pandikar Amin Haji Mulia Sekeluarga

5 comments:

TudungDuang said...

mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK..Pendekar Cahaya akan berpuasa seperti pendekar-pendekar dan hulubalang-hulubalang yang lain..semoga pendekar Cahaya akan terus diberikan kekuatan olehNya agar dapat terus bertarung di gelanggang persilatan... di harap juga agar Pendekar Cahaya sempena bulan kemerdekaan ini akan dapat menyajikan bunga-bunga silat 'merdeka' demi kelangsungan bangsa mencipta mercu di puncak jaya bagi mengisi ruang kemerdekaan yang ada...

Unknown said...

Salam PA`MIN,

Saya dan keluarga mengucapkan selamat menyambut Bulan Ramadhan Al.Mubarak. Harap dibulan mulia ini PA`MIN dan keluarga sihat-sihat hendaknya. Balik kampung maklumkan awal bila? saya kira mohon menghadap.

DEPU-DEPU said...

salam ayahanda pa'min..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA. SEMOGA DIPANJANGKAN UMUR DAN DIBERIKAN KEKUATAN DALAM PERJUANGAN.

Harapan.. masa ah puasa ini, ayau kah kalipati megai sa Iringa..paggapah en ami...wassalam

BATU GADUNG said...

Salam Ukhwah Islamiyah,

Syukur Alhamdulillah kerana kita masih lagi berkesempatan pada tahun ini menikmati kehadiran bulan Ramadan yang ditunggu-tunggu, kerana kedatangannya membawa seribu makna yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata...

Selamat menjalani ibadah puasa dan semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang beroleh kemenangan.

Wassalam

SI RENGIT said...

salam...

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK DAN SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA...SEMOGA PENDIKAR CAHAYA TERUS "BERKARYA"...

SEGALA SILAP DAN SALAH MOHON DIMAAFKAN....IKHLAS DARI SAYA SEKELUARGA.

SEKALIPUN MAPAITTANTU KEBENARAN TETAP DISAMPAIKAN...TQ