- Sedar kah kita tentang sikap manusia yang anih?
- Biasanya seseorang individu yang mempunyai "kelebihan dan kehebatan" diri semasa hidup, akan mendapat pujian dari mereka yang meminatinya dan cemuhan dari mereka yang membencinya.
- Tetapi apabila sahaja individu yang "berkelebihan" itu meninggal dunia maka bukan sahaja ucapan pujian yang kita dengar dari pihak yang meminati individu tersebut tetapi pujian dari pihak yang membenciinya sewaktu hidup akan kita dengar juga, seperti: "Pemergian si Pulan itu amat merugikan bukan sahaja kepada para artis tanah air tetapi kepada semua pencinta seni negara ini".
- Yang lebih anih lagi, individu yang disayangi ramai akan mati dibunuh oleh seorang insan yang "tidak menentu pedoman" hidupnya. Sebagai contoh, Mahatma Ghandi, pejuang negara India yang tersohor namanya di atas kebijaksanaannya memerdekakan India dari belenggu penjajahan Kulit Putih telah mati ditembak oleh orangnya sendiri. Begitu juga J. F. Kenneddy, Presiden Amerika Syarikat yang di minati dan dikagumi ramai telah mati ditembak oleh individu yang "doogy character"nya.
- Mungkinkah corak politik India dan Amerika Syarikat berbeza dengan yang ada sekarang ini sekiranya Mahatma Ghandi dan J. F. Kenneddy tidak mati dibunuh?
Wednesday, August 12, 2009
SIKAP MANUSIA YANG ANIH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment