Thursday, August 20, 2009

PENDEKAR CAHAYA : SEJARAH MENENTUKAN MASA DEPAN BANGSA

1. Pada suatu hari di dalam suatu sessi mengasah minda, seorang pendekar yang rajin membaca bertanya kepada Pendekar Cahaya, "Tuan Guru, saya ada terbaca di sebuah buku kata-kata hikmat yang menyatakan bahawa, 'Sejarah menentukan masa depan bangsa', apakah sebenarnya maksud kata-kata ini?".

2. "Pada saya, seseorang pendekar mesti celik sejarah dan berani mempertahankan kesahian faktanya daripada diputar belit. Ini adalah kerana sejarah sesuatu bangsa itu merupakan cerita liku-liku perjalanan pengembaraan pendekar-pendekar mereka. Kerana pendekar-pendekar bangsalah yang mencorak dan mewarni sejarah-sejarah bangsa masing-masing. Maka itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap pendekar untuk menjaga supaya fakta-fakta sejarah bangsanya tidak dinodai atau diputarbelit olih mereka yang berkepentingan. Ini adalah penting, sebab ianya berkaitrapat dengan maksud kata-kata hikmat, 'yang baik jadikan tauladan dan yang tak baik jadikan sempadan'. Dalam erti kata yang lain, sejarah boleh mempengaruhi minda ahli-ahli sesuatu bangsa. Barang sudah tentu, pendekar yang tidak celik sejarah bangsa akan gagal untuk mempertahankan ketulinan fakta sejarah bangsanya. Perlu diingati bahawa fakta sejarah sesuatu bangsa yang baik yang sengaja diputar belit supaya dapat dilihat bahawa yang ianya tidak baik akan memudaratkan generasi mendatang bangsa tersebut, kerana sejarah menentukan masa depan sesuatu bangsa", jelas Pendekar Cahaya.

3. "Saya tak berapa faham Tuan Guru, bolihkah Tuan Guru beri contoh?", seorang pendekar yang ada potensi bertanya kepada Pendekar Cahaya.

4. Pendekar Cahaya gembira di atas minat yang ditunjukkan oleh anak-anak muridnya dan dia tersenyum dan menjawab, "Ya, contoh klasik ialah kisah Datu Pahlawan Setia Bangsa di mana pendekar-pendekar yang sebangsa dan sebaya dengannya, sengaja menukar nama bangsa mereka kepada suku lain kerana malu dihina oleh pendekar-pendekar dari lain bangsa yang sebaya dengan mereka. Kononnya asal usul bangsa Datu Pahlawan Setia Bangsa adalah lanun. Bayangkan akibatnya! kalau semua pendekar-pendekar muda yang sebangsa dengan Datu Pahlawan Setia Bangsa menukar nama bangsa mereka kepada bangsa lain. Bukankan lama kelamaan bangsa itu lenyap atau pupus?. Mujurlah pada zaman Datu Pahlawan Setia Bangsa, pendekar-pendekar bangsa ini dapat mempertahan maruah bangsa mereka.

5. Mereka dapat buktikan bahawa asal usul bangsa mereka adalah bukan lanun perampas harta dan hak lain bangsa atau sebaliknya. Atas usaha pendekar-pendekar bangsa yang diketuai olih Datu Pahlawan Setia Bangsa, kini, pendekar-pendekar dari bangsa ini bangga dan megah dengan asal usul bangsa mereka. Malahan, semua generasi muda bangsa ini, tidak segan-segan untuk 'mempamerkan' asal usul bangsa mereka walau di manapun mereka berada .Mereka telah dapat memahami bahawa fakta sejarah bangsa mereka telah diputar belit olih penjajah dahulu. Sebenarnya asal usul bangsa mereka adalah pahlawan yang menentang ketamakan pejajah kulit putih yang telah "merampas" harta orang tempatan di rantau ini."

6. Pendekar Cahaya berhenti bercerita dan memandang ke arak setiap Pendekar Cahaya dan meneruskan hujahnya, "Ingat!, bangsa yang mempunyai pendekar-pendekar yang mempunyai 'self esteem' (keyakinan pada kebolihan diri) yang tinggi akan dapat bersaing dengan pendekar-pendekar dari lain bangsa".

7. Pendekat-pendekar yang mendengar penjelasan Pendekar Cahaya pada sessi itu kelihatan menganggok-anggok kepala mereka kerana berpuas hati dengan penjelasan Tuan Guru mereka.

8. Kini terbukti sudah kehendalan pendekar-pendekar bangsa ini. Mereka berkemampuan untuk mempertahankan maruah bangsa di bumi nyata dan di alam cyber.

9. Sesungguhnya sejarah menentukan masa depan bangsa.

No comments: