Tuesday, August 11, 2009

KERJAYA POLITIK: MASUK SENANG KELUAR SUSAH?

  1. Siapa pun boleh "masuk" politik atau berpolitik atau memilih bidang politik sebagai kerjaya. Dan sebab sesaorang itu masuk politik pula berbeza-beza. Ada yang berpolitik atas sebab Ibu Bapa mereka adalah juga "orang" politik. Dan ada pula yang berpolitik kerana didorong oleh sesuatu kemahuan seperti inginkan kuasa banyak (bagi orang sudah kaya), ingin hendak kaya (bagi orang misikin), kepingin sangat bergelar YB (Yang Berhormat) dan tidak lebih dari itu dan macam macam lagi sebab.
  2. Tetapi jarang kita dengar seorang individu yang sanggup merenangi lautan politik yang bergelora dan dipenuhi oleh pelbagai "musuh", dengan cuma berbekal segenggam semangat perjuangan demi untuk memartabatkan bangsanya yang secara kebetulan berada di pinggiran arus perdana politik tanah air. Tambahan pula suku bangsa yang hendak diperjuangkan itu adalah suku minoriti yang rata rata miskin dan tidak berpendidikan sementara anak anak mereka pula masih di bangku sekolah sekolah yang usang.
  3. Biasa kita dengar seorang individu masuk politik sebab dia "digroom" untuk kerjaya tersebut oleh orang lain.
  4. Jarang kita dengar bahawa ada individu yang "masuk" politik tanpa "berguru" ilmu politik dari sesiapa dan tidak pula mendapat "restu" untuk mewarisi kepimpinan. Mewarisi kepimpinan apa, kalau parti-parti politik yang ada diterajui dan didominasikan oleh pemimpin-pemimpin kaum majoriti?
  5. Biasa kita dengar nama-nama individu yang minat untuk jadi sebagai seorang pemimpin unggul bagi bangsanya tetapi malangnya mereka ini tidak ada daya tahan. Selepas beberapa pilihan raya nama mereka terpadam dengan sendirinya di "papan hitam" politik tanah air.
  6. Jarang kita dengar pemimpin yang bersemangat waja yang tidak kenal apa itu "kekalahan", setelah jatuh tersungkur lantas bangun mengatur kembali orak langkah menuju halatuju yang dia sendiri tahu kemana dan berkeyakinan penuh bahawa ianya akan sampai kedistinasinya.
  7. Biasa kita dengar rintihan dan keluhan pemimpin yang apabila kalah di dalam sesuatu "pertandingan", tidak bermuhasaba diri tetapi lantas sahaja menuding jari dan mempersalahkan orang lain di atas kegagalannya.
  8. Jarang kita dengar pemimpin yang "mengajar diri sendiri" di dalam ilmu politik kepimpinan dan tidak mengharapkan ehsan atau "restu" untuk "naik" jadi pemimpin dari pemimpin lain dan BERJAYA di dalam kerja politiknya.
  9. Biasa kita dengar kejayaan seorang pemimpin yang diasuh oleh mentor politiknya dan mentor politiknya pula telah di asuh oleh senior mentor dan seterusnya.....
  10. Jarang kita dengar pemimpin dari kaum minoriti yang diterima kepimpinanya oleh kaum majoriti atas sebab sesuatu "kelebihan" yang ada pada diri pemimpin tersebut yang sukar untuk diabaikan oleh pihak kawan dan lawan. Presiden Amerika Barrack Obama adalah merupakan pemimpin yang sedemikian.
  11. Biasa kita dengar pemimpin pemimpin yang ditolak kepimpinannya oleh bangsanya sendiri.
  12. Biasa kita dengar sekumpulan pejuang-pejuang sesuatu bangsa berjuang untuk memertabatkan bangsa mereka dengan mendepani pelbagai rintangan akan tetapi nasib bangsa yang diperjuangkan itu adalah golongan majoriti yang bermastautin di tempat sendiri.
  13. Jarang kita dengar pemimpin yang berani memperjuangkan nasib bangsanya yang minoriti di tengah-tengah bangsa-bangsa yang majoriti dengan tidak memalukan atau megaibkan bangsanya di pandangan bangsa lain.
  14. Biasa kita dengar pemimpin sesuatu bangsa yang majoriti dicemuh dan diperkecil-kecilkan oleh bangsanya sendiri sehingga pemimpin tersebut berhenti berjuang.
  15. Jarang kita dengar pemimpin sesuatu bangsa yang minoriti yang ikhlas memartabatkan bangsanya yang mendapat sokongan yang padu dari rakan rakan seperjuangan.
  16. Pilihlah mana satu cara berpolitik yang saudara gemari, KEBIASAAN ATAU KEJARANGAN! Di dalam sistem demokrasi pilihan anda adalah hak anda yang perlu dihormati orang lain.
  17. Tetapi ingat, "masuk politik" mudah dan "keluar dari politik" susah!

4 comments:

paikankb said...

salam ziarah...

Saudara, apapun tujuan kita berpolitik pada saya utamakan kepentingan agama, bangsa dan negara.

Kerjasama dan paling baik adalah kembali kepada Islam itu sendiri. Saudara merupakan tokoh politik bangsa kita, apa yang saya harapkan saudara dapat menyatupadukan masyarakat kita dalam satu bumbung yang teguh. Saya tidak menidakkan kepimpinan saudara malahan sebagai genarasi baru saya bersyukur mengenali pimpin seperti saudara...Cuma kadangkala masyarakat kita cepat lupa jasa dan sumbangan kita...tq

BATU GADUNG said...

Salam,

Ayahanda Iranun yang disanjungi, mohon memberi pandangan...saya yakin dan percaya berdasarkan pengamatan saya, bahawa ayahanda Tan Sri lahir dari cara berpolitik yang kedua iaitu KEJARANGAN dan cara ini jarang menghasilkan kejayaan mungkin hanya 1 dalam seribu yang berjaya, contohnya seperti Tan Sri sendiri dan Presiden Amerika Barrack Obama yang berjaya menakhluki White House.

KEBIASAAN atau KEJARANGAN...merupakan 2 option yang ada bagi mereka yang inginkan menceburi kerjaya politik...hakikatnya jika ingin mencapai kejayaan dengan muda mungkin kaedah KEBIASAAN merupakan altenatif yang harus dipilih dan hasil mungkin biasa jugalah TETAPI jika inginkan hasil yang luar biasa dan ingin menjadi orang yang terbilang maka pilihlah kaedah KEJARANGAN.

Apa pun mohon maaf jika tersilap kata dan ini cuma pandangan peribadi. TQ

Suara Rakyat said...

salam pak'min. Semoga paparan ini jadi pautan dan panutan generasi penerus. Jangan ada yang ingin masuk politik kerana sesuatu maksud tersirat, apabila semuanya ada, terlupa titik di mana bermula.

BELUM PENDEKAR said...

Salam...

1. Telah menjadi budaya masyarakat kita bahawa sesuatu yang berharga hanya akan di"hargai" apabila ianya telah tiada. Lihat saja, tokoh-tokoh seperti Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, Sudirman serta tokoh-tokoh politik seperti Tun Razak dan sebagainya. Tatkala hidup, perjuangan serta usaha mereka seolah diperlekehkan, tetapi setelah tiada berbagai pujian, anugerah serta sanjungan diberikan. Tapi, untuk apakah segala pujian dan sanjungan itu setelah tokoh berkenaan tiada. Justeru, pandanglah dengan mata hati dan rasalah seikhlasnya dengan jiwa. Pada saya, mencari seorang tokoh seperti Pa'Min dari kalangan masyarakat KB amat sukar sekali.

Intai padi antara masak,
esok jangan layu-layuan,
Intai Pa'Min antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Wassalam.