Monday, August 17, 2009

PENDEKAR CAHAYA : SETIAP PENDEKAR CAHAYA BERBEZA MATLAMATNYA

1. Sesungguhnya Pendekar Cahaya sedar akan tanggungjawab dan matlamat pengembaraannya. Dia juga tahu bahawa setiap Pendekar Cahaya mempunyai matlamat yang berbeza-beza.

2. Pendekar Cahaya Melayu, Cina dan India masing-masing memertabatkan bangsanya dengan tidak mengenal penat lelah. Memang, ada kalanya pendekar-pendekar mereka bersengketa. Namun persengketaan mereka tidak akan menlenyapkan kuasa yang ada pada mereka. Ini adalah kerana, bilangan mereka ramai daripada kita.

3. Pada Pendekar-Pendekar Cahaya Melayu, kuasa dan tamaddun perlu diteruskan dan dimantapkan. Pada Pendekar-Pendekar Cina dan India pula, identiti bangsa dan bahasa ibunda dipertahankan kewujudannya di Bumi Malaysia. Mereka tahu apa yang terjadi di negara-negara jiran seperti Indenosia dan Thailand. Di Indonesia, bangsa lain tidak dibenarkan menggunakan bahasa ibunda dan nama asal mereka. Nama Lim, Karpal dan Mary telah ditukar menjadi Hartono dan Hardikosomo. Di Thailand pula nama Melayu-Islam, Zainal Abidin ditukar menjadi Sinawat Cakrit. Bahasa Tiong Hua, "o i ni" mandatori dijadikan, "Emba...Ibu..aku cinta pada mu". Di sana bangsa minoriti tiada pilihan!

4. Perjuangan Pendekar Cahaya berbeza dengan mereka ini. Dia berjuang untuk mengharumkan nama rumpun bangsa yang telah terkubur sebelum dan pada awal merdeka. Dia tidak berkeupayaan untuk membawa pembangunan dan infra sebab jalan pengembaraannya berlainan agenda.

5. Kadang-kadang Pendekar Cahaya mengeluh kerana penat dan lesu. Dia bertanya pada diri, "Haruskah kamu meneruskan pengembaraan ini dengan seorang diri? Perasaannya merota dan berkata pula, "Berhentilah Pendekar Cahaya, sudahlah!. Bukan senang untuk memertabatkan bangsa minoriti di tengah-tengah dan bersaing di lapangan yang didominasi oleh bangsa-bangsa majoriti".

6. Tetapi sebagai seorang Pendekar Cahaya yang di lahirkan di dalam suku bangsa yang terbilang, dia teruskan pengembaraannya dan mempamerakan persilatannya yang kadang-kadang ditertawai orang. Dia terus bersilat....bersilat......dan bersilat agar generasi suku bangsanya akan nampak mesej yang tersirat iaitu, "Untuk dapat bersaing di lapangan yang didominasikan oleh bangsa-bangsa majoriti, pendekar-pendekar dari kalangan suku minoriti perlu ada Ilmu Pengetahuan tinggi, yakin pada kebolihan diri, sabar dan dedikasi.

7. Alhamdullilah!, kini ilmu persilatan Pendekar Cahaya telah berbaloi dan terbukti. Ramai generasi muda dari kalangan suku minoriti telah tammat pertapahan di pergunungan tinggi.

8. Pada mereka yang berpengetahuan dan Ilmuan, bangkitlah!. Teruskan perjalanan pengembaraan Pendekar Cahaya yang kini tidak selincah seperti dahulunya kerana telah di mamah usia tua dan tentunya tidak lama lagi akan bersarah buat selama-lamanya.

No comments: