- Pendekar Cahaya tidak mengulang secara konsisten perjuangan yang sama, terutama sekali perjuangan yang tidak menampakkan progres atau regres.
- Sekiranya sesuatu perjuangan tidak menampakkan progres, Pendekar Cahaya akan duduk berunding dengan pihak lawan dan berunding untuk kebaikan; dia tahu bahawa kedua dua pihak mahir seni pedang, kini mereka perlu untuk memahami keperibadian di antara satu sama lain.
- Di dalam dunia kehulubalangan tindakan ini tidak mengaibkan. Ianya adalah tatacara yang dihormati dan bukannya dianggap sebagai tindakan seorang penecut. Perbuatan ini merupakan tindakan memperseimbangkan kekuatan dan menukar strategi.
- Setelah plan keamanan dimeterai, kedua dua Pendekar kembali ke tempat asal masing masing. Mereka tidak perlu untuk membuktikan apa apa pun kepada sesiapa; mereka ini telahpun bertempuran dengan hebat dan masing masing berpegang teguh kepada keyakinan. Di dalam hal berunding ini, mereka berdua memberi atau menyerakan sesuatu demi kebaikan dan itulah yang disebut sebagai "Seni Perundingan".
Wednesday, August 12, 2009
PENDEKAR CAHAYA: KEMAHIRAN BERUNDING
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam penuh hormat
pendekar cahaya yang di segani, izinkan saya bertanya:
1. bagaimana kita memastikan bahawa dalam perundingan itu kita berada didalam situasi menang-menang.
2. bagaimana pula jika pihak yang dibawa berunding tersebut melanggar perjanjian.
3. bagaimana untuk memastikan bahawa perjanjian yang dibuat tidak akan dilanggar oleh mana-mana pihak yang terlibat.
4. bagaimana pula jika pertandingan itu melibatkan lebih dari dua pihak. katakan tiga, bagaimana jika satu pihak tidak ingin berunding tetapi 2 pihak lagi ingin berdamai. apa yang akan dilakukan kepada pihak yang satu tadi.
Itu sahaja pertanyaan saya pada masa ini kepada pendekar cahaya.
Terima kasih, saya berharap agar pendekar cahaya dapat menyiarkan lebih banyak artikel bagi memberi nasihat kepada bangsa iranun.
Post a Comment