- Pendekar Cahaya amat arif dengan perasaan dendam. Dendam adalah salah satu produk kilang pemikiran. Ianya mengandungi kepedihan yang telah lama terbuku, berlalu dan tidak lagi releven atau berguna. Ianya juga mengandungi sikap "berjaga-jaga" yang releven pada masa lalu, tetapi sikap ini tidak sesuai dibawa-bawa dalam era pemikiran global masakini.
- Sebagai insan, Pendekar Cahaya juga mempunyai ingatan, tetapi dia mempelajari cara mengasingkan ingatan yang memanfaat dan ingatan yang memudaratkan; dia meyisihan perasaan yang menyampah.
- Seorang teman berkata: "Ingatan adalah sebahagian dari sejarah hidup saya. Apa mesti saya mencampak perasaan-perasaan yang mengingatkan saya tentang liku-liku kehidupan saya sebenar yang telah saya lalui sepanjang pengembaraan saya?".
- Pendekar Cahaya tersenyum, tetapi dia cuba untuk tidak mengingati perasaan menyakitkan pada masa lalu yang sudah tidak dirasainya sekarang. Pendekar Cahaya telah berubah dan dia mahu perasaannya juga berubah bersamanya.
Thursday, August 13, 2009
PENDEKAR CAHAYA: MELUPAI DENDAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment