Tuesday, August 18, 2009

PENDEKAR CAHAYA : BERBLOG SENAMAN MINDA

1. Mungkin belum ada kamus Melayu-Inggeris atau Inggeris -Melayu yang telah memberikan makna kepada perkataan "Bloggers". Untuk itu, biarlah Pendekar Cahaya memberanikan diri untuk memaparkan definasi gubahannya sendiri.

2. Pada Pendekar Cahaya, Bloggers adalah kumpulan individu yang ada kebolihan memaparkan buah fikiran untuk disibar luaskan ke lapangan cyber yang tidak bersempadan. Mereka ini sungguh berbakat dalam bidang yang nmereka pilih dan mereka paparkan tajuk yang dapat memberi kepuasan kepada mereka masing-masing.

3. Latar belakang mereka pula dari pelbagai lapisan masyarakat. Ada yang ilmuan, cendikiawan, pengamal politik, usahawan dan sebagainya. Semuanya "bersatu minat", menulis mengikut citarasa, kemahuan hati, minat dan kehendak mereka.

4. Ada Bloggers yang profesional, cuma menulis perkara yang masuk akal; ada Bloggers yang suka berfikir maka tulisannya pula menjemput rakan sama memikir; ada Bloggers yang ilmuan dan berpelajaran tinggi tetapi mempamirkan tulisan kebudak-budakan mengelikan hati; ada Bloggers pengamal politik maka sudah tentu tulisannya mengenai kegiatan politiknya setiap detik. Tidak ketinggalan juga bloggers yang di dalam paparannya mempamerkan dirinya sebagai pengkritik. Seolah-olah dia maha mengetahui serba-serbi serta mencerminkan keperibadian diri yang sempurna dan tiada cacat celanya.....dan sebagainya....dan sebagainya....

5. Yang melucukan, hampir semua Bloggers menggunakan nama semaran dan jolokkan. Ada yang memilih nama yang elok dan cantik, kalau disebut sangat menarik; ada pula yang memilih nama makanan dan tulisan dan komennya sungguh menggiorkan; bermacam-macam lagi nama ciptaan yang menjadi pilihan termasuklah nama serangga, benda, manusia dan binatang.

6. Pada Bloggers yang serius dan ikhlas mereka menggunakan nama sendiri. Paparan dan tulisan mereka berkualiti tinggi. Ia mencerminkan bahawa si penulisnya mempunyai budi pekerti dan jati diri. Mereka ini bertanggungjawab pada pendapat yang mereka sebarluaskan, sebab itu mereka tidak berselindung pada nama yang direkacipta dan samaran. Mungkinkah mereka yang menggunakan nama jolokkan dan samaran yang menulis tanpa had dan sempadan, tidak menulih kiri dan kanan, yang tulisan mereka mengguris hati rakan-rakan bloggers yang berkenaan, takut bertemu empat mata mempertahankan pendapat dan hujah? Atau mereka ini .......entahlah!

7. Entahlah! Pendekar Cahaya berblog dengan satu tujuan, ingin berkongsi pengalaman dengan rakan Bloggers yang lain. Semoga pendapat dan pandangnya dihargai. Kalaupun tidak janganlah dikeji dan diberikan komen yang bukan-bukan.

8. Pendekar Cahaya juga insan biasa. Bumi mana tidak ditimpa hujan, lautan mana tidak bergelombang; Pendekar Cahaya tidak terkecuali dari melakukan kesilapan yang tidak disengajakan. Untuk itu maafkan dia supaya dia terlepas dari bahana dan bebanan dosa mengumpat, mengeji dan mencerca.

9. Bagi Pendekar Cahaya berblog adalah salah satu senaman minda. Sekiranya digunakan dengan niat yang baik, ternyata ianya sungguh berfaedah kepada seluruh umat manusia dimuka bumi ini.

10. Rakan-rakan di lapangan cyber, berbloglah dengan sesukahati dan niat yang bersih. Ingatlah bahawa Yang Maha Berkuasa sentiasa memerhati apa jua yang anda lakukan dan di mana jua anda berada!

3 comments:

Norawi said...

Semoga kita menjadi bloggers yang membuka minda pemikiran masyarakat.Bagi saya ruangan seumpama ini dapat mendekatkan hubungan di antara kita,jika dimanfaatkan sepenuhnya.Inilah masanya kita mencantumkan pemikiran oleh kerana faktor kesibukan dan halangan-halangan untuk bertemu dalam satu meja(jika pun ada kesesuain pandangan tersebut).

Jika pun tidak,saya percaya ianya dijadikan sempadan tanpa membuangnya seratus peratus.Kerana bagi saya tidak semestinya pendaapat itu betul,mungkin tidak betul atau kadangkala tidak sesuai atau belum sesuai lagi buat masa ini.Sebagai insan biasa,saya tetap memberi pandangan setakat yang termampu.

Terima kasih kepada Pa'Min yang sentiasa memberi ruang.Sekurang-kurangnya layanan baik Pa'Min terhadap saya dalam blog ini menyebabkan saya tidak kekok untuk memberi pandangan kecil di ruangan ini.Buat Pa'Min.Semoga sihat selalu.Wassalam.

PA'MIN said...

Saudara Norawi, Selamat Maju Jaya dalam lapangan yang diceburi.
Terima kasih. teruskan memberi pandangan. Saya tetap menghargainya. Wassalam.

TudungDuang said...

Salam Pa'Min...
Bloggers yang guna nickname tu anu bah...Pemalu! Tapi tetap jujur dan ikkhlas! Selagi mereka tidak menghasut,menghina, memfitnah, mencerca! Apa pun... saya suka baca blog Pa'Min...memang 'senaman minda'..jangan seliuh sudah lah!