Friday, August 14, 2009

PENDEKAR CAHAYA: BERKELAHI DENGAN YANG DISAYANGI

  1. Pendekar Cahaya kadang-kadang berkelahi dengan mereka yang disayangi.
  2. Pendekar Cahaya yang mempertahankan teman-temannya tidak pernah terganggu oleh badai kehidupan; dia cukup kuat mengharungi pelbagai rintangan dan meneruskan perjalanan.
  3. Akan tetapi, sering kali dia berhadapan dengan cabaran-cabaran dari mereka yang cuba diajarnya "seni pedang". Murid-muridnya mencabarnya untuk "berpanca pedang".
  4. Maka Pendekar Cahaya terpaksa mempamerkan kehebatannya: dengan beberapa seni gerak badan dab dia dapat menundukan murid-muridnya, lalu keharmonian kembali ke tempat mereka selalu bertemu.
  5. "Kenapa menghabiskan masa berbuat demikian, sedangkan kamu tahu bahawa kamu lebih hebat daripada mereka?, tanya seorang pengembara.
  6. "Kerana, apabila mereka mencabar saya, maksud mereka yang sebenar adalah ingin membicarakan sesuatu kepada saya dan ini cara saya untuk membuka ruang kepada mereka untuk memulakan hujah," jawab Pendekar Cahaya.

No comments: