Friday, August 14, 2009

PENDEKAR CAHAYA: HATI-HATI DENGAN NAMA

  1. Seperti biasa, untuk mendapat tahu pandangan teman-teman, Pendekar Cahaya selalu memberi ruang kepada mereka untuk bertanya tidak kira tempat dan masa.
  2. Pada suatu masa seorang daripada mereka tanpa segan silu bertanya, "Ada apa pada nama?"
  3. Pendekar Cahaya dengan serius berkata, "Ingat, pada sesaorang individu, NAMA itu AMAT mustahak dan merdu seperti seruling gembala pada pendengarannya apabila dia mendengar namanya."
  4. Pendekar Cahaya memberi penjelasan seterusnya, "Nama yang kamu pilih mungkin membawa nasib baik kepada kamu atau sebaliknya. Tetapi yang pasti, nama seseorang itu mencerminkan imej dan keperibadiannya. Apapun bidang yang kamu ceburi, kamu mesti ambil berat dengan imej yang kamu ingin tonjolkan agar objektif sebenar akan tercapai. Perlu diingat bahawa kamu bersaing dengan mereka yang BERJENAMA, mempunyai sejarah pencapaian, sedangkan kamu masih merupakan PRODUK yang tidak dikenali. Untuk dapat bersaing dengan efektif kamu memerlukan imej yang baik, dan merancang dengan teliti objektif yang hendak dicapai."


No comments: