Wednesday, August 12, 2009

PENDEKAR CAHAYA

  1. Seorang Pendekar Cahaya tahu kelemahan dirinya. Akan tetapi dia juga tahu kebaikannya.
  2. Ramai rakan rakan seperjuangannya yang merungut sepanjang masa bahawa kononnya, "orang lain telah mendapat banyak peluang daripada kita."
  3. Mungkin juga pendapat mereka betul, tetapi seorang Pendekar Cahaya tidak reda membenarkan dirinya menjadi kaku kerana ini; dia mencuba sedaya mungkin untuk menggunakan segala sifat baik dirinya.
  4. Dia tahu bahawa kehebatan seekor rusa terletak pada kekuatan kaki kakinya. Kehebatan burung helang terletak pada ketelutannya apabila menyambar mangsa. Dia tahu Harimau tidak gentar berhadapan dengan Musang sebab Harimau tahu kehebatan dirinya.
  5. Dia mencuba untuk mengenal pasti apakah sebenarnya yang dia boleh gunakan untuk menyandarkan diri. Dia sentiasa pastikan bahawa di dalam perjalanan dia membawa tiga perkara bersamanya: KEYAKINAN, HARAPAN, DAN CINTA.
  6. Kalau tiga perkara ini ada bersama dengannya, dia tidak teragak-agak untuk mengorak langkah ke hadapan.

No comments: