- Sabtu lalu berpuluh ribu rakyat Malaysia membanjiri tempat tempat tertentu di Kuala Lumpur dengan satu tujuan ia itu mendedah kan perasaan mereka mendesak kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
- Pada hari yang sama beribu ribu juga rakyat Malaysia yang mendedahkan perasaan mereka mendesak kerajaan untuk mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
- Pada setiap hari beribu ribu orang rakyat Malaysia berada di Bandar Raya Kuala Lumpur untuk mencari nafkah. Penjaja akan sebuk untuk mengendalikan perniagaan masing masing. Pemandu Teksi pula sebuk memandu kesana kemari mencari penumpang. Pekedai membuka pintu kedai masing-masing dengan seluas luasnya menunggu pelanggan. Pembeli bela pula mundar mandir mencari benda benda yang hendak dibeli. Pendek kata pada setiap hari Bandar Raya Kuala Lumpur akan sebuk seperti selazimnya.
- Pada hari Sabtu itu, atas sebab kehadiran berpuluh ribu rakyat Malaysia dan beribu orang anggota keselamatan yang pada kelazimannya tidak berlaku di Bandar Raya Kuala Lumpur, maka berlakulah sesuatu yang mengakibatkan kerugian yang dianggar ratusan juta ringgit.
- Kerugian ratusan juta itu diakibatkan oleh tuntutan sebilangan rakyat Malaysia yang menuntut hak mereka di bawah perlembagaan. Kononnya salah di bawah perlembagaan dan melanggar dasar hak asasi manusia sekiranya seorang individu di tangkap dan di tahan oleh pihak yang berkuasa dengan tidak mendakwa individu yang berkenaan di mahkamah untuk menentukan salah atau tidak individu itu. Di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri seorang individu boleh ditahan selama 60 hari oleh pihak Polis sehingga dua tahun dengan tidak dihadapkan di mahkamah sekiranya pihak polis berpendapat menurut penyiasatannya si individu berkenaan jika di bebaskan di dalam kalangan masyarakat akan memudaratkan ketenteraman awam.
- Pada lazimnya individu yang ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah "high profile individual" dan bukannya rakyat biasa. Daripada 27 juta orang rakyat Malaysia, mungkin cuma beberapa ratus sahaja individu yang termasuk di dalam golongan "high profile" ini.
- Pada prinsipnya tujuan Akta Keselamatan Dalam Negeri adalah untuk menjamin ketenteraman awam. Ianya di sandarkan kepada falsafah "prevention is better than cure" atau "berjaga sebelum kena".
- Pada keseluruhannya rakyat Malaysia yang berbilang agama dan bangsa inginkan ketenteraman. Atas sebab itu berjuta juta rakyat Malaysia tidak menentang kewujudan Akta Keselamatan dalam Negeri. Malahan berjuta juta rakyat Malaysia terutama sekali yang tinggal di luar bandar dan pedalaman tidak pun perasaan adanya sesuatu akta yang menimbulkan polimik.
- Golongan yang menentang kewujudan Akta Keselamatan dalam Negeri ini di sandarkan kepada hujah bahawa pihak kerajaan (eksekiutif) menggunakan akta ini untuk mengencat pergerakan mereka, mencabul hak asasi manusia, melanggar perlembagaan negera, tidak demokratik dan tidak selari dengan tuntutan semasa.
- Tetapi ramai juga yang berpendapat bahawa kenapa harus takut kepada sesuatu akta kalau mereka yang berkenaan bukan jenis manusia yang akan mengancam ketenteraman awam.
- Pada mereka yang terjejas perniagaannya pada hari sabtu yang berkenaan, mereka JUGA mempunyai HAK. Mereka mempunyai hak untuk mencari rezeki tanpa gangguan dari mana mana pihak. Mereka mempunyai hak untuk tidak melibatkan diri di dalam tuntutan untuk memansuhkan atau mengekalkan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Pendirian mereka ini juga dijamin di bawah perlembagaan dan selaras dengan prinsip demokrasi. Jadi kenapakah mereka harus menaggung kerugian sedangkan pada hari sabtu itu mereka tidak mencabuli hak sesiapa pun? Atas sebab hak mereka ini dicabuli oleh mereka yang kononnya menuntut hak mereka yang 'dicabuli" oleh kerajaan, bolehkah mereka mendakwa penganjur tunjuk perasaan tersebut untuk menuntut kerugian mereka? Atau bukankah penganjur tunjuk perasan pada hari sabtu itu juga bertanggungjawab terhadap mereka supaya hak mereka tidak dicabuli?
- Pada berjuta orang kampung, mereka yang tinggal di luar bandar dan pedalaman, hak mereka juga perlu untuk di jaga. Daripada 222 kerusi parlimen, hampir setengah dimenangi di kawasan luar bandar dan pedalaman. Kawasan kawasan ini pula dimenangi oleh Barisan Nasional. Rakyat di luar bandar dan pedalaman telah mengundi Barisan Nasional di atas keyakinan mereka kepada keupayaan Kerajaan Barisan Nasional untuk menjamin ketenteraman awam dan mewujudkan pembangunan di luar bandar dan pedalaman. Undi mereka kepada Barisan Nasional bermakna bahawa mereka bersetuju dengan kewujudan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
- Pada berjuta orang kampung, mereka yang tinggal di luar bandar dan pedalaman, Kerajaan perlu untuk mengadakan "pungutan suara" atau "referendum" sebelum mengambil keputusan untuk memansuhkan atau mengkaji semula Akta Keselamatan Dalam Negeri. Tindakan ini akan mengelakkan "perasan negatif" berjuta juta orang kampung dan mereka yang tinggal di luar bandar dan pedalaman terhadap kerajaan yang "mengalah" kepada tekanan golongan minoriti yang tinggal di bandar bandar demi untuk kepentingan golongan mereka wal hal mereka ini adalah golongan pihak pembangkang.
- Pada berjuta orang kampung, mereka yang tinggal di luar bandar dan pedalaman, mereka menghormati HAK orang lain TETAPI Kerajaan perlu untuk mendengar kepada perasaan dan rintihan mereka sebab mereka ini yang "mewujudkan" Kerajaan Barisan Nasional. Prinsip demokrasi menuntut supaya kehendak majoriti dilaksana. Atas sebab itu pada mereka, hak ini perlu Kerajaan lindungi JUGA.
Monday, August 10, 2009
PANDANGAN ORANG KAMPUNG TERHADAP PEMANSUHAN ATAU PENGEKALAN AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salam Pak Min,
jarang sekali isu ISA ditimbulkan ketika PRU kedua-dua parti yg bersaing. BN atau PR.
barangkali rakyat luar bandar yang menyokong BN tidak mengasaskan sokongan mereka berasaskan fakta sokong atau tidak ISA kerana mereka terlalu sibuk memikirkan apa yang mahu dimakan esok atau lusa..
barangkali yg keluarga atau sahabat handainya pernah ditahan ISA akan menentang ISA namun jumlahnya tidak ramai berbanding dengan rakyat yg langsung tidak tahu apa binatang ISA itu..ada yang ingat itu Isa Samad yg pernah digantung UMNO kerana politik wang...
Salam,
Langah...Buat masa ini saya belum ada komen terhadap artikel sdra, namun yang pasti saya selalu berkunjung di blog sdra. Teruskan menulis.
Salam Sdr Pa'min..
Saya merasakan pandangan sdr Musli itu agak terlalu melihat ISA sebagai satu polemik masyarakat bandar sahaja tidak kepada masyarakat keseluruhannya..
Mengatakan bahawa persoalan ISA tidak mempengaruhi sokongan masyarakat kg kepada kerajaan adalah tidak tepat. Kampung sekarang tidak sudah menjadi seperti kampung sebelum ini yg tidak ada pembangunan telekomunikasi dan media massa..
Post a Comment