1. Sebagai seorang pendekar yang membesar dalam era kenderaan menggunakan kuda; sewaktu sawah dibajak menggunakan kerbau; sewaktu tebu diproses dengan 'tandasan' kayu; sewaktu perahu berjentera layar; sewaktu hebahan cerita melalui mulut ke mulut dan sebagainya, Pendekar Cahaya berpegang kuat kepada petua orang-orang tua seperti: jika ingin menyampaikan sesuatu mesej, ianya disampaikan dengan penuh tata susila dan tertib sopan santun dengan menggunakan perkataan-perkataan "halus" atau sindiran seperti kiasan, pepatah, perumpamaan dan pantun.
2. Untuk mendedahkan anak-anak muridnya kepada keadaan dunia yang luas, kadang-kadang Pendekar Cahaya membawa mereka ke perantauan untuk menimba pengalaman seperti yang dimaksudkan olih kata-kata hikmat, 'Jauh perjalanan banyak pengalaman, lama hidup banyak dirasa'.
3. Pendekar Cahaya amat khuatir dan menghindari pendekar-pendekar yang berlagak seperti ahli fikir pendekar purba Negara China, Sun Tzu, walhal mereka ini 'seperti katak di bawah tempurung, mengajar itik berenang, tikus membaiki labu, tin setengah isi.
4. Pada suatau perantauan, seorang teman yang mengiringi Pendekar Cahaya bertanya, "Tuan Guru, apa kah manfaatnya kita berbuat begini, sedangkan saya pernah dengar Tuan Guru berkata bahawa, 'sesungguhnya emas yang kita cari di negeri orang itu, berada di halaman rumah kita sendiri?'
5. Pendekar Cahaya menjawab dengan bersahaja, "Itu memang betul. Akan tetapi kita juga perlu ingat!, seekor ikan yang jenisnya bolih membesar seperti kuda cuma akan membesar seperti keldai sekiranya ianya dipelihara dan sentiasa berenang di kolam yang cetek dan kecil."
6. "Maksud Tuan Guru?", seorang lagi teman pula bertanya dengan raut wajah yang serba kebingungan.
7. "Maksud saya, seseorang pendekar yang terdedah kepada pergaulan yang luas di dalam dan luar negara akan menjadi seorang Pendekar Cahaya yang berfikiran terbuka dan waras. Pendekar waras memahami cara hidup pelbagai bangsa, dapat membaca pemikiran pendekar-pendekar musuh dan teman, tidak mementingkan kepentingan sukunya sahaja dan dapat meramalkan masa depan dan merancang srategi yang bersesuaian dengan keadaan semasa dan masa depan untuk kebaikan bangsanya. 'Kelebihan' ini akan menjadikan seorang pendekar lebih disegani dan dihormat. Bangsa lain tidak keberatan menerimanya sebagai Pendekar Cahaya bangsanya juga". Jelas Pendekar Cahaya.
8. Sesungguhnya, Pendekar Cahaya yang waras adalah pendekar yang terdedah di dunia luas.
1 comment:
Pa'Min,ada satu lagi pribahasa hampir sama bunyinya yang pernah saya dengar.Beza sikit aje: Jauh perjalanan luas pandangan-Luas pandangan luaslah pengalaman-banyak kesilapan banyaklah pengajaran.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT BERPUASA BUAT PA'MIN & KELUARGA.SEMOGA SILATURAHIM YANG TERJALIN BERKEKALAN BUAT SELAMA-LAMANYA.
Post a Comment