- Baru baru ini Kerajaan Barisan Nasional telah mempamerkan kesungguhannya untuk menunaikan janji untuk memantapkan Institiusi Kehakiman dengan membentangkan akta-akta yang releven seperti cara-cara dan prosedur untuk melantik hakim-hakim.
- Ada pihak yang mengatakan bahawa tindakan ini disebabkan oleh desakan "mereka yang berkepentingan" ekoran dari episod "Linggam Video Clip" di mana di dalam video clip tersebut dipaparkan seorang peguam berbicara kononnya seorang individu yang berkepentingan berkait soal perlantikan seorang-seseorang hakim.
- Tapi apa yang jelas ialah golongan yang sebuk sekali membicarakan hal "kepincangan" Institiusi Kehakiman pada ketika itu ialah terdiri dari kalangan pengamal guaman atau Lawyers. Ini bermakna peguam-peguam pengamal guaman (practising lawyers) menghentam peguam peguam yang bergelar hakim. Dan jika bilangan mereka ini dikumpul kesemuanya jumlah bilangannya tidakpun layak untuk diwujudkan satu kawasan Dewan Undangan Negeri.
- Apa yang lebih jelas lagi ialah pengamal pengamal guaman yang paling lantang di antara yang lantang mengkeritik Institiusi Kehakiman adalah golongan yang juga secara kebetulan atau sengaja dirancang pengamal pengamal politik yang terkemuka tanah air.
- Golongan lantang ini pula memiliki kelantangan yang luarbiasa apabila mengetengahkan hujah sewaktu berbahas di Parlimen sehingga mereka tidak menghiraukan atau mempedulikan Peraturan Mesyuarat. Malahan ada di antara mereka ini yang sanggup untuk di ambil tindakan di arah keluar dari mesyuarat oleh Yang diPertua.
- Pada berjuta orang kampung dan penduduk luar bandar dan pedalaman, keadaan sedemikian rupa sungguh membingungkan. Di dalam hati mereka bertanya, "Macamanakah golongan sedemikian dengan sewenang-wenang tidak memperdulikan Peraturan Mesyuarat di Parlimen, malah berkelakuan tidak beretika seperti "Yang Berhormat"? Mereka boleh mengkeritik teman seprofesionnya seperti hakim sedangkan mentaliti dan perwatakan mereka tidak menggambarkan atau mencerminkan bahawa mereka layak untuk melontarkan keritikan?"
- Yang anihnya pula ialah golongan lantang bersuara pula yang gemar melanggar Peraturan ini diundi oleh Rakyat di kawasan yang mereka tandingi sewaktu pilihan raya dan mereka ini juga tidak ketandusan anak guaman (pelanggan) untuk diwakili di dalam kes berprofil tinggi di makamah.
- Di dalam erti kata lain, di dalam apa keadaan sekalipun, golongan ini TETAP menang dan menang. Mungkin atas sebab dan alasan itulah cara mereka ini mereka jadikan sebagai pendekatan dan AGENDA kehidupan, sehinggakan mereka tidak memperdulikan kepentingan berpuluh juta rakyat Malaysia yang tinggal di kampung, luar bandar dan pedalaman.
- Bagi golongan ini, yang penting pada mereka ialah "KEADILAN" untuk golongannya sahaja. Mereka ini orang profesional dan mewakili kawasan-kawasan yang tetap terbela nasib pengundi pengundinya oleh Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Kawasan bandar-bandar yang mereka wakili tetap akan menjadi sasaran agenda pembangunan.
- Kalaupun mereka ini mempunyai masalah, masalah yang dihadapi adalah masalah yang di bawa bersama oleh pembangunan di tempat-tempat mereka masing-masing seperti kesesakan jalan raya, pembayaran tol, ketidaklajuan brodband internet, kekurangan jambatan-jambatan yang panjang-panjang dan berbagai-bagai lagi isu isu yang diakibatkan oleh kehidupan di bandar.
- Manakala berjuta juta rakyat di kampung-kampung, luar bandar dan pedalaman masih bergelomang dengan masalah basic atau asas; tiada punya jalan raya yang berturap, tiada bekalan air bersih, tiada bekalan letrik, tiada hospital, tiada sekolah-sekolah yang sama taraf dengan sekolah di bandar dan macam-macam lagi.
- Atas sebab itu, pada orang berpuluh juta orang kampung, yang tinggal di luarbandar dan pedalaman isu "kepincangan" Institiusi Kehakiman tidaklah dianggap sebagai suatu "musibah" yang amat sangat yang memerlukan perhatian yang secepat mungkin oleh pihak kerajaan.
- Pada berjuta juta orang kampung, mereka yang tinggal di luar bandar dan pedalaman polemik Institiusi Kehakiman adalah masalah golongan elit dan tidak tidak lebih dari itu. Perdebatan di antara mereka sesama sendiri adalah merupakan "isu intelektual" yang tidak seharunya dipandang berat oleh kerajaan kerana isu tersebut tidak menjejaskan sama sekali kepentingan masyarakat majoriti.
- Pada berjuta juta orang kampung, mereka yang tinggal di luar bandar dan pedalaman alasan yang di ketengahkan oleh golongan elit ini bahawa kononnya Institiusi Kehakiman adalah tidak bebas, lemah dan bertindak di bawah telunjuk pihal eksekiutif sukar untuk di terima. Bagi berjuta juta orang kampung "Peguam adalah Peguam". Mereka semuanya adalah sama. Kalau sekelompok mereka di labelkan oleh sekumpulan peguam sebagai tidak baik maka yang menuduh itu pun adalah tidak baik juga. Semua peguam berpegang kepada prinsip "profesionalisme dan etika" yang tinggi.
- Hujah alasan bahawa negara luar akan memandang kita rendah dan pelabur asing tidak akan datang melabur di negara yang tidak mempunyai sistem perundangan yang mantap dan Institiusi Kehakiman yang bebas adalah amat rapuh.
- Kerapuhan hujah ini dapat dilihat dari pencapaian dan kejayaan Negara Malaysia di dalam bidang ekonomi. Kecuali pada kemelisitan ekonomi yang melanda rantau ASEAN pada tahun 1997/8, ekonomi Malaysia adalah mantap dan berkembang dari tahun ketahun. Pertumbuhan ekonomi kosisten bertapak pada tahap 5% ke atas. Malahan sebelum krisis ekonomi pada tahun 1997, Malaysia adalah di antara sebuah negara yang sedang membangun yang mendapat gelaran "Tiger Economy". Kejayaan ini semuanya telah berlaku pada ketika cara cara dan prosedur memilih hakim mengikut cara lama yang dikeritik dengan hebat sehingga di pindah baru baru ini.
- Bersandarkan kepada fakta ini, berjuta juta orang kampung, merka yang tinggal di luar bandar dan pedalaman, bertanya, "apakah perlunya kerajaan memandang berat kepada "isu intelektual" yang dipelopori oleh golongan elit, yang akan tetap MENANG siapa pun yang mentadbir negara ini?". Dan yang TETAP rugi adalah orang berjuta juta orang kampung, mereka yang tinggal di luar bandar dan pedalaman.
- Pada berpuluh juta orang kampung, meraka yang tinggal di luarbandar dan pedalaman TINDAKAN yang SEADIL ADILNYA ialah MEMANDANG BERAT dan menumpukan tenaga, pemikiran, kewangan dan sebagainya yang boleh MERAPATKAN jurang perbezaan KEADAAN di antara bandar dan luar bandar.
- Dengan bertindak sedemikian maka berpuluh juta orang kampung, yang tinggal di luar bandar dan pedalaman akan dapat turut serta merasakan "KEJAYAAN" dan kemakmuran sebuah negara yang merdeka selama 50 tahun.
- Perlu diingat bahawa Kerajaan Barisan Nasional sekarang ini sejak merdeka, kini dan akan datang TETAP di tunjangi oleh berpuluh juta rakyat di kampung kampung yang tinggal di luarbandar dan pedalaman.
Monday, August 10, 2009
PENDAPAT ORANG KAMPUNG TERHADAP PEMANTAPAN INSTITIUSI KEHAKIMAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam Ziarah Pa"min,
Jika kerajaan ingin keseluruhan rakyat negara ini yakin terhadap sistem kehakiman negara. Kerajaan bukan saja pindah akta, akan tetapi hendaklah mengelakkan daripada dilihat campurtanngan terhadap kuasa-kuasa kehakiman. Biarlah semua badan-badan kerajaan yang menguatkuasakan undang-undang bebas membuat keputusan.
Rakyat akan lebih yakin kepada sistem kehakiman, apabila setiap tindakan kehakiman tanpa memilih buluh. Baru ada umph!!!!!!!.
Post a Comment