Wednesday, August 19, 2009

PENDEKAR CAHAYA : MENGASAH FIKIRAN

1. Seperti biasa, di dalam sesi sembang-sembang dengan rakan-rakannya, Pendekar Cahaya menyelitkan ungkapan-unkapan, peribahasa, perumpamaan, kiasan, pepatah dan kata-kata hikmat dan sebagainya untuk ditela'a dengan tujuan untuk mengajar pendekar-pendekar "kemahiran" berfikir untuk membolehkan mereka membaca atau mentafsir sesuatu keadaan dengan tepat secara spontan.

2. Di dalam suatu sessi, seorang pendekar yang nakal mencuba pula ketajaman fikiran Pendekar Cahaya dengan bertanya, "Tuan, apakah erti perkataan-perkataan ini, 'seberat-berat benda yang ringan, berat lagi benda yang berat; sepanjang-panjang kayu yang pendek, panjang lagi kayu yang panjang'?".

3. Belum sempat Pendekar Cahaya menjawab, pendekar nakal tersebut menambah, "Untuk lebih jelas, kami mahu Tuan menjelaskan kepada kami makna rangkaian perkataan-perkataan ini yang boleh kami gunakan atau praktikkan sebagai panduan di dalam pengembaraan kami kelak".

4. Pendekar Cahaya terkejut mendengar soalan yang berat dan cukup bermakna dari seorang pendekar yang nakal. Hati kecil Pendekar Cahaya berkata, "Memang betul maksud pepatah orang kulit putih - 'don't judge a book by its cover' (jangan buat kesimpulan kepada isi kandungan sesebuah buku dari rupa bentuk kulitnya). Cuma atas sebab bahawa kulit buku tersebut tidak menarik barangkali. Untuk mengetahui ketajaman fikiran penulis sesebuah buku, sipembaca perlu membaca hasil tulisan buku tersebut terlebih dahulu".

5. Pendekar Cahaya dengan tenang memberi jawapannya, "Untuk lebih jelas lagi, dan mudah bagi kamu kalian untuk memahami supaya jawapan saya dapat dipraktikkan dalam pengembaraan kamu, saya ingin menjawap soal itu dengan suatu Iringa (Riwayat) yang pernah saya dengar sewaktu zaman muda saya dahulu. Dengar baik-baik!"

6. "Pada zaman dahulu, seorang bayi lelaki telah di lahirkan di dalam keluarga yang miskin di sebuah kampung nelayan yang terpencil. Penduduk kampung tersebut dan kampung-kampung sekitar adalah dari satu rumpun bangsa dan kononnya bangsa ini asal usulnya adalah rumpun bangsawan dan pahlawan.

7. Bayi tersebut diberikan nama oleh ayahnya Datu Pahlawan Setia Bangsa. Sejak dari kecilnya lagi Datu Pahlawan Setia Bangsa diperdengarkan riwayat kehebatan datuk neneknya. Kononnya juga pada suatu ketika dahulu, datuk neneknya berkuasa atas segalanya di sekitar perkampungan dan daerah.

8. Sebagai seorang anak pahlawan, Datu Pahlawan Setia Bangsa dihantar oleh ayahnya menuntut ilmu ke merata tempat dan daerah sebagai persediaan diri untuk menuntut "hak" bangsa yang hilang dan pergi entah ke mana.

9. Sewaktu dalam pengembaraan menuntut ilmu pengetahuan, Datu Pahlawan Setia Bangsa seringkali dihina dan dicerca oleh anak-anak pahlawan lain yang sebaya dan berlainan bangsa. Kononnya menurut mereka, asal usul bangsanya adalah lanun durjana.

10. Rakan-rakan sebangsa Datu Pahlawan Setia Bangsa juga dicerca dan dihina sebegitu rupa sehingga ada di antara mereka yang tidak terdaya mengawal perasaan kerana dihina terus sahaja menukar nama bangsa mereka. Apabila ditanya oleh rakan sebaya dari lain bangsa mereka tidak menyatakan asal usul bangsa sebenarnya.

11. Pengalaman pahit ini mendorong Datu Pahlawan Setia Bangsa berjanji pada dirinya untuk membuktikan pada dunia di hari muka bahawa asal usul bangsanya adalah benar-benar pahlawan dan bangsawan.

12. Setelah tammat pertapaan, Datu Pahlawan Setia Bangsa menunaikan janji pada diri. Kononnya, menurut riwayat, Datu Pahlawan Setia beberapa kali menyertai pertandingan panca silat yang di adakan pada setiap 5 tahun sekali dimerata daerah dan pelusuk. Pengadil pertandingan adalah masyarakat sedaerah dan setempat.

13. Walaupun silatnya hebat dan diserikan pelbagai langkah dan bunga silat, namun pada setiap pertandingan Datu Pahlawan Setia Bangsa kecundangan. Datu Pahlawan Setia Bangsa kalah, walaupun semua suku sakat dan bangsanya memihak padanya, kerana bilangan mereka tidak cukup untuk meraih kemenangan sesuai dengan kehendak demokrasi, sebab pihak lawan berasal dari bangsa yang majoriti.

14. Perkara ini menyedarkan Datu Pahlawan Setia Bangsa, hatinya berkata, 'Begini rupanya keadaan, walaupun kita handalan, kiranya kita minoriti tetap juga kalah sewaktu pertandingan, sebab pengadil adalah rakyat setempat dan suduh tentu setiap bangsa akan undi peserta yang berasal dari bangsa sendiri walaupun persilatannya tidak memuaskan hati.'

15. Atas sebab itu, Datu Pahlawan Setia Bangsa tukar strategi. Dia mengikis dan melupakan sejarah yang menyayat hati. Soal dendam dia tak ingat lagi sebaliknya dia berbaik-baik dengan semua pendekar-pendekar setempat dan sedaerah yang berlainan bangsa yang ramai bilangannya, dengan satu harapan supaya bilangan bangsanya yang tidak seberapa akan dapat berkerjasama dengan bangsa lain serumpun dan sedaerah.

16. Datu Pahlawan Setia Bangsa tidak menyimpan perasaan ini di dalam hati sahaja, sebaliknya dia bertindak kearah yang dicita-cita. Maka itu di dalam pertandingan silat yang di adakan pada lima tahun sekali di tempat dan daerahnya Datu Pahlawan Setia Bangsa telah memberi laluan kepada teman yang dahulunya seteru dan "musuh".

17. Tindakan Datu Pahlawan Setia Bangsa berasaskan kepada kata-kata hikmat, "Seramai-ramai bangsa sedikit, lebih ramai bangsa yang ramai".

18. Strategi Datu Pahlawan Setia Bangsa berbaloi dan tercatat dalam sejarah bangsa bahawa dia cemerlang di dalam persilatan dan pengembaraannya. Dia di terima oleh semua suka atau bangsa di atas keterbukaan pemikirannya untuk menjalin hubungan kerjasama.

19. Kononnya, Datu Pahlawan Setia Bangsa benci dengan pemikiran yang berbaur perkauman dan sayang dengan pendekar-pendekar yang menganjurkan perpaduan. Baginya pendekar-pendekar serumpun sebangsa perlu berkerjasama supaya digeruni dan dapat menundukkan "musuh" durjana.

20. "Begitulah jawapan saya pada persoalan tadi", Pendekar Cahaya mengakhiri riwayat Datu Pahlawan Setia.

21. Pendekar Cahaya meneruskan hujah, " Erti atau makna kata-kata, 'sepanjang-panjang kayu yang pendek, panjang lagi kayu yang panjang dan kata-kata 'seberat-berat benda yang ringan, berat lagi benda yang berat' adalah sama ertinya atau maknanya dengan erti kata-kata 'seramai ramai bangsa sedikit, ramai lagi bangsa yang ramai'."

22. Setelah selesai meriwayatkan kisah Datu Pahlawan Setia Bangsa, pendekar-pendekar yang mengelilingi Pendekar Cahaya gembira dan mempamerkan raut wajah yang lega tanda puas hati.

23. Tetapi, pendekar nakal yang mengemukakan soalan kelihatan sedih dan air mata mengalir di kelopak matanya. Seorang teman yang berhampiran dengannya bertanya, " Kenapa bersedih pula, bukankah Tuan Guru telah dapat memberikan jawapan yang memuaskan kita semua?."

24. Pendekar nakal menjawab dengan perasaan hiba, "Sebenarnya soalan itu saya kemukakan dengan niat untuk bergurau dan mengaibkan Tuan Guru. Saya tidak sangka sama sekali bahawa kata-kata gurauan itu mempunyai makna atau pengertian yang cukup mendalam. Dan Tuan Guru dapat memberikan satu jawapan yang dapat kita praktikkan di dalam pengembaraan kelak."

25. Pendekar Cahaya sedar bahawa pendekar nakal sengaja menguji ketajaman fikirannya. Tetapi dia tidak mempamerkan perasaannya itu. Raut wajahnya selamba sahaja, berpura-pura tidak tahu niat pendekar yang sebenarnya.

26. Sesungguhnya keperibadian dan pemikiran Pendekar Cahaya tidak mudah untuk ditafsir dan difahami.

10 comments:

DEPU-DEPU said...

Assalamuwalaikum..ayahanda pa'min..

Kiabuluggan ah Irringga ayah...madalem ah tantu...maregen pangadik yan...

E buluskah..matanam ah tantu...
semoga pa'min sukses..wassalam

PA'MIN said...

Anaknda,

Terima kasih kerana meluangkan masa membaca tulisan orang tua. Ini akan mendorong ayahanda menceritakan Iringa-Iringa yang ayahanda pernah dengar pada zaman muda ayahanda dahulu.

Maklum lah fikiran orang tua ini tidak secerdas macam fikiran cendikiawan dan pemikir generasi muda zaman "berblog" ini.

Ayahanda turut "berblog" sekadar untuk senaman minda supaya tidak nyanyuk cepat.

Terima Kasih. Selamat berblog.

Pa'Min

1SEMPORNA said...

Salam Pak Amin,
Sejak mengikut blog Pak Amin, inilah pertama kali saya mengulas cernahan pemikiran Pak Amin. Tahniah kepada Pak Amin kerana telah berjaya memberi gambaran terhadap realiti sesuatu kejadian yang pada persepsi saya memang terjadi dan perkara ini pernah kami bayangkan kepada "SabahKita" bahawa approch penyampaian messej yang dilakukan oleh beberapa pengamal blog dari komuntiti rumpun tertentu mengenai isu yang Pak Amin gambaran adalah kurang berhikmah dan jika tidak diubah akan berkemungkin akan merugikan rumpun komuniti itu sendiri.

Unknown said...

Salam Pa`Min,

Matamtam ah iringh kah anan. Ka tadem anghku si apo ku pun nyagiring ku muna. sambungan ngi ka ban bai den melandu ah tantu.

Unknown said...

Asalamuwalaikum,

Selamat berjuang PA`MIN, perjalanan ini masih jauh, teruskan.

Unknown said...

Salam PA`MIN,

Hidup ini umpama sebuah filem yang ada watak-watak tertentu. Justeru apa yang Pa`Min gambarkan dalam cerita Pendekar Cahaya, ianya membawa maksud yang luas dan perlu dihayati oleh semua yang bergelar pendekar Cahaya Kota belud. Saudara seorang tokoh yang tidak boleh dipertikaikan sumbangannya kepada Daerah Kota Belud. Kalau tidak terlebih kata saya mencadangkankan PA`MIN BAPA PERPADUAN SUKU KAUM BAJAU DAN IRANUN. Pada saya Pa`Minlah orang yang berjaya mengeratkan hubungan kaum antara bajau dan iranun yang sejak dulu kala lagi sentiasa tegang. Wasalam

BATU GADUNG said...

Salam,

Ayahanda Pak Amin...sebab itulah bijak pandai menyatakan bahawa:

"Kalau lombong emas menjadi ukuran kekayaan dan kejayaan tetapi jangan lupa ada lagi satu lombong yang lebih menguntungkan iaitu lombong pemikiran"

Wassalam.

Unknown said...

SALAM,

SDRA

EMAS TAKKAN SAMA DENGAN PERAK, BULAN TAKKAN SAMA DENGAN MATAHARI

TudungDuang said...

Wahai Pendekar Cahaya...
benarkah ada dalam kalangan rakan2 pendekar yang tidak ikhlas menghulurkan tangan?...bermain bunga silat yang sama, senjata yang sama tapi tangan bersalut tuba! Kononnya juga Pendekar Cahaya gerak langkahnya kasar..keras! bila menyedari diri 'berat yang ringan''panjang yang pendek'...rupanya ada 'berat yang berat'..ada 'panjang yang paanjang'!...maka pendekar Cahaya perlu lembut dalam tuturkata tapi keras dalam gerak langkah...semata-mata mengambil teraju kepahlawanan negeri dalam rentak yang sepi tapi berisi demi orang-orang Pendekar Cahaya! benarkah begitu wahai Pendekar Cahaya? Benarkah??

PA'MIN said...

TudungDuang,

Senjata 'tajam' sesaorang pendekar adalah 'keikhlasan'. Setiap insan yang 'ikhlas' akan dilindungi olih Mahakuasa segala tindak tanduk dan gerak langkahnya.

Sesungguhnya, pemikiran dan tindak tanduk Pendekar Cahaya sukar untuk di ramal dan di selami.

Pendekar Cahaya tidak akan memainkan watak yang skripnya ditulis olih orang lain.

Kekuatan Pendekar Cahaya selama ini ialah dia menulis skripnya sendiri sesuai dengan keperibadian dan halatuju perjalanan pengembaraannya.