Thursday, August 13, 2009

PENDEKAR CAHAYA: JAMBANGAN

  1. Di dalam kesibukannya menanam pokok pokok dan bunga bungaan di dalam jambangannya, Pendekar Cahaya nampak kehadiran jirannya disebelah pagar memerhatikan gerak gerinya. Si Jiran ini kepingin sangat untuk memberikan pandangan dan nasihat kepada Pendekar Cahaya mengenai dengan cara cara menanam pokok, membubuh baja, menyiram dan segalanya.
  2. Pendekar Cahaya serba salah. Sekiranya Pendekar Cahaya menerima nasihat dan pandangan jirannya itu, hakikatnya, rupa bentuk jambangan yang sedang diurus oleh Pendekar Cahaya itu serupa juga dimiliki oleh si Jiran.
  3. Akan tetapi Pendekar Cahaya tahu bahawa setiap jambangan mempunyai kemisterian yang tersendiri, yang cuma diketahui oleh pemilik. Atas sebab itu, di dalam soal berjambangan ini, Pendekar Cahaya lebih gemar memfokuskan perhatiannya kepada matahari, hujan dan musim.
  4. Sesungguhnya Pendekar Cahaya tahu bahawa si Jiran yang sibuk memberi nasihat berhubung dengan soal berjambangan kepada orang yang rajin berjambangan adalah orang yang membiarkan keadaan jambangannya ditumbuhi rumput rumpai dan lalang.

No comments: