Thursday, August 13, 2009

PENDEKAR CAHAYA: BUKAN PENGECUT

  1. Sememangnya musuh adalah "bijak". Bilamana bolih, dia menggunakan segala senjata yang mudah dan efektif: mengobrol (gossip). Dia tidak memerlukan tenaga atau logistik yang membebankan kerana orang lain yang membuat kerja untuknya. Beberapa perkataan yang diputar belit akan menghancurkan bertahun tahun keharmonian yang telah diwujudkan berpaksikan keikhlasan.
  2. Pendekar Cahaya tidak terkecuali daripada angkara sebegini. Dia tak sedari punca pukulan demi pukulan yang di rasai dan tidak pula berupaya menidakkan kesahian gossip itu. Kerana gossip adalah gossip, tidak mengupayakannya si mangsa untuk membela diri. Gosip menghukum tanpa diadili.
  3. Apabila ini berlaku, Pendekar Cahaya terpaksa menanggung risiko hukuman, yang tidak setimpal dengan pengorbanan, kerana sepertimana yang dia sedia maklum, "perkataan" berbisa. Tetapi dia akan menanggung penderitaan di dalam kesepian dan tidak akan menggunakan senjata yang sama untuk membalas kepada musuhnya.

Pendekar Cahaya sebenarnya bukan pengecut.

3 comments:

BATU GADUNG said...

Salam,
Ayahanda Pak Amin...

"Pemimpin tidak dilahirkan untuk menjadi seorang peragu dan pengecut, tapi pemimpin terlahir dengan sikap tegas yang fleksible dalam sebuah keberanian yang penuh dengan kerendahan hati. Pemimpin dengan senjata sakti "keberanian" selalu akan berpikir secara matang dan terukur sebelum bertindak secara tegas dengan senjata saktinya tersebut. Rasa keberanian dari seorang pemimpin sejati tidak mudah gementar atau takut menghadapi ancaman maut dari realiti yang ada disekitarnya. Ia akan selalu mampu memotivasi dan membangun gairah perjuangan dari diri sendiri menuju kepada semua orang - orang yang ada disekitar dirinya"

Teruskan perjuangan...

Unknown said...

Salam Pa`min,

Kiabulagan man ah kiasan patai su akal ta memikir run. Deh kapeling antu taruh ku. nya penu-penu ah perumpaman. Syabas Pa`min.

DEPU-DEPU said...

Salam PA'Min

Katanam man aku pagunut sa sarita aya tau..Katademan ku su irringga A malandi ah mama Si bantugen..

Pagirringa ka pen Pagari...pami kendegg en ami..