Saturday, August 15, 2009

PENDEKAR CAHAYA : LAIN DI BIBIR, LAIN DI HATI

  1. Pendekar Cahaya tahu bahawa perkataan yang paling mustahak di dalam mana-mana bahasa adalah perkataan-perkataan yang kecil: "Ya", "Cinta," "Tuhan".
  2. Perkataan-perkataan ini mudah dilafazkan dan memenuhi ruang-ruang jiwa yang kosong.
  3. Tetapi ada satu perkataan yang kecil tetapi tidak mudah dilafazkan oleh ramai manusia, iaitu perkataan "Tidak".
  4. Seseorang yang tidak pernah melafazkan "tidak" bolehlah menganggap dirinya sebagai insan dermawan, bersopan dan berfikiran terbuka, kerana perkataan "tidak" berkaitrapat dengan sesuatu yang jahat, sesaorang yang mementingkan diri dan tidak percaya kepada makhluk ghaib.
  5. Pendekar Cahaya tidak terperangkap oleh hal ini. Ada ketikanya di mana dengan melafazkan "ya" kepada sesaorang, dia sebenarnya mengatakan pada dirinya "tidak".
  6. Pendekar Cahaya tidak pernah bercakap "ya" dengan bibirnya sekiranya di dalam hati, dia berkata "tidak".

1 comment:

Norawi said...

itulah ketelusan seorang pemimpin.sesungguhnya bukan mudah mengkritik kelemahan diri.bukan mudah memuaskan hati semua orang walaupun tindakan benar