Untuk menilai sesuatu perkara atau benda kita perlu membuat perbandingan di antara benda atau perkara yang dinilai dengan sesuatu perkara atau benda yang sama. Umpamanya kalau kita ingin menilai kemanisan sebiji nenas, kita perlu buat perbandingan di antara buah nenas dengan buah nenas.
- Dengan menggunakan kaedah tersebut di atas barulah kita dapat mengetahui kedudukan perkara yang sebenar.
- Tidak adil bagi pemimpin Orang Asli kalau kita katakan bahawa mereka mundur dalam semua bidang berbanding dengan Melayu. Ini adalah kerana, Melayu lebih "bertamadun" berbanding dengan Orang Asli sejak dahulu kala lagi.
- Untuk dapat tahu "kemajuan" Orang Asli, kita bandingkan keadaan bangsa ini dengan bangsa minoriti yang lain di dalam negara ini.
- Saya percaya selepas membuat perbandingan demikian, kita akan dapat tahu tahap pencapaian setiap bangsa di negara ini dengan mengambilkira faktor-faktor seperti:-
(a) Jumlah bilangan suku masing-masing.
(b) Sejak bila mereka menyedari perlunya memertabatkan bangsa mereka.
(c) "Handicap" yang sedia ada pada bangsa mereka.
(d) Dan sebagainya,.......seperti berapa sudah graduan, "ahli fikir" "bakal pemimpin", "pengkeritik", "para akademik", "usahawan berwiba" dan lain lain lagi kepakaran....pada waktu ini. - Dan untuk menilai pula akan prestasi KEJAYAAN akan datang bangsa bangsa di negara ini, samada yang majoriti dan minoriti, itu terpulang lah kepada GENERASI sekarang.
Apapun, PERLU diingat bahawa kehebatan pemimpin pemimpin Islam pada zaman dahulu kala TERSERLA hingga ke negara ANDALUSIA (Spain), TETAPI yang menghancur dan menggagalkan itu semua adalah "PEWARIS".
No comments:
Post a Comment