Wednesday, August 12, 2009

PENDEKAR CAHAYA: MEMILIH ARENA

  1. Seorang pejuang tahu masa dan ketikanya SESUATU perjuangan perlu untuk diperjuangkan
  2. Dia asaskan keputusan-keputusannya kepada inspirasi dan keyakinan. Akan tetapi kerap kali dia bertemu dengan individu-individu yang MENCABARnya untuk memperjuangkan perjuangan yang bukan perjuangannya, di arena perjuangan yang asing baginya atau perjuangan yang tidak menggamit minatnya. Mereka mahu melibatkan Pendekar Cahaya di dalam pertempuran pertempuran yang penting bagi mereka, tetapi bukan penting padanya.
  3. Biasanya individu-individu ini mempunyai hubungan rapat kepada Pendekar Cahaya, mereka yang sayangkan padanya dan berkeyakinan kepada kelebihanya dan tujuan mereka itu cuma semata ingin menenteramkan kegelisaan.
  4. Pada ketika sedemikian, dia senyum dan menjelaskan kepada mereka bahawa sesungguhnya dia sayangkan mereka, tetapi dia tidak menerima CABARAN mereka.
  5. Pedekar Cahaya yang sebenar sentiasa memilih "MEDAN" perjuangannya.

3 comments:

BATU GADUNG said...

Salam,

Mataid ah tantu artikel ini tau, maregen ulasen...Apa pun,

“Perjuangan Secebis Jihad, Kadang-kadang Meruntun Hati, Menguji Rasa...Namun Setiap Kali Kegetiran Melanda Jiwa...Tika Itu, Renungilah Kembali Hakikat Yang Bahawasannya Kitalah Pejuang Allah”

DEPU-DEPU said...

Salam..

Merasa sentiasa 'menang' membuatkan kita selalu kalah. tetapi sentiasa merasa kalah, membuatkan kita berfikir bagaimana untuk menang seterusnya...Teruskan berjuang..

PA'MIN said...

Terima kasih. Mataid ka ambu a mama. Andakah egkua sa bibit tanu ah di maapia a mama. Kirakah?

Wassalam.