Monday, August 17, 2009

PENDEKAR CAHAYA: DI PERSIMPANGAN JALAN

  1. Sesungguhnya pengembaraan Pendekar Cahaya telah berdekad-dekad lamanya. Dan masanya telah tiba untuk memikirkan halatuju pengembaraan seterusnya. Samada melangkah terus kehadapan, menyimpang ke kiri atau ke kanan?. Atau menaggalkan sahaja baju pengembaraan.
  2. Ada teman-teman yang berpendapat, sudah sampai masanya untuk Pendekar Cahaya berehat. Dan ada juga yang berpandangan supaya pengembaraan diteruskan. Kedua-dua cadangan ini Pendekar Cahaya ambilkira untuk disesuaikan dengan keadaan.
  3. Pada Pendekar Cahaya keadaan "cuaca" di persekitaran negara, tidak menentu dan sukar untuk dibaca. Dari aspek pendekar-pendekar pelapis, ramai yang ilmuan dan dinamis. Namun Pendekar Cahaya masih curiga terhadap keperibadian mereka. Pengamatan Pendekar Cahaya, walaupun ilmuan, rata-rata belum matang di dalam "ilmu perpaduan". Malahan, masih ramai yang bersifat perkauman.
  4. Pada Pendekar Cahaya, matlamat utama adalah mengembalikan "hak" rumpun bangsa yang telah "tercicir" di atas kesilapan pendekar-pendekar kita. Ini, tidak akan berjaya sekiranya "kita" salah langkah.
  5. Meneruskan pengembaraan ke hadapan, ke kiri atau ke kanan? Ini Pendekar Cahaya sedang fikirkan.
  6. Pendekar Cahaya menungguh kedatangan inspirasi baru agar dapat membuat keputusan yang jitu.
  7. Pendekar Cahaya sesungguhnya berada di dalam dilema.

2 comments:

Norawi said...

Pa' Min,sekali lagi saya teringat kepada buku "MUSA HITAM TENANG DALAM GELORA POLITIK" tulisan Datuk Ruhanie Ahmad.

Pengembaraan perlu diteruskan sementara menunggu pengembara muda betul-betul memahami inspirasi pendekar cahaya untuk mengembalikan maruah serta melihat rumpun kita telah bersatu.Saya risau jika pengembara muda kita terlalu laju berlari tanpa mengikut arah kompas sebenar.Saya bersetuju pendekar-pendekar pelapis perlu matang dan mengikis sifat perkauman.

Secara ikhlas saya nyatakan Pa'Min adalah pemimpin pencetus perpaduan rumpun yang sebelumnya selalu bersengketa.Akibat persengketaan kita juga yang rugi,rebah segala-galanya, buat selama-lamanya.Mungkin kita tidak sanggup menghadiahkan generasi kita dalam keadaan seumpama itu.

rojokobog said...

Salam Tan Sri,
Jika kita berada di Simpang Empat (4) harus kah kita lalui jln menuju ke Kg Labuan yg lebih jauh utk sampai ke Kg Rampayan Laut...jika kita terus menuju ke jln Kudat kita pasti akan cepat sampai ke Rampayan Laut.
nasihat dan tunjuk ajar serta pengalaman TS dlm mengharungi dunia politik memang di perlukan oleh generasi masa kini, jika pun TS memilih jln singkat jgn lah hendaknya ilmu yg ada didada dibiarkan begitu saja, sudi lah kiranya menaburkan kpd generasi muda yg mungkin dahagakan pengalaman dlm dunia politik, perniagaan,dll utk jadikan panduan dimasa akan dtg, kerana setiap yg baik itu dtg dari Allah dan yg buruk itu dtg dari hambanya.