Sunday, August 30, 2009

RASA BANGGA

jalur gemilang Pictures, Images and Photos
Hari ini kita menyambut hari kemerdekaan negara. Pada saya, walaupun ada pihak yang berpendapat bahawa pencapaian negara ini seharusnya lebih baik dan hebat sekiranya ditadbir oleh bangsa lain, saya tetap berasa bangga sebagai warganya kerana negara ini ditadbir urus oleh pemimpin Malaysia.

Kejayaan pemimpin-pemimpin negara yang dapat memelihara keharmonian rakyatnya yang terdiri dari berbilang agama dan bangsa terserlah di seluruh dunia. Pencapain dalam aspek ekonomi juga membanggakan kita, dari sebuah negara pertanian, kini Malaysia di ambang pembangunan yang mengkagumkan.

Saya juga bangga, dilahirkan di sebuah daerah yang sejak merdeka penduduknya telah dapat menyumbang untuk mengisikan kemerdekaan dengan mengetengahkan pemimpin-pemimpin sehingga ke peringkat negeri dan negara. Walaupun kewibawaan mereka tidak sehebat dengan pemimpin-pemimpin jiran, namun pada hakikatnya daerah Kota Belud tidak ketinggalan dalam menyertai arus kepimpinan negara.

Wahai! anak-anak muda warga Malaysia yang dilahirkan di daerah Kota Belud, contohilah kejayaan Daerah Pekan di Negeri Pahang yang telah dapat mengetengah pemimpin yang berkaliber, pemimpin negara. Kalau Pekan bolih, Kota Belud juga boleh!.

Sesungguhnya saya bangga sebagai warga Malaysia yang dilahirkan di daerah yang bertuah.

Selamat Hari Merdeka ke 52 tahun. Merdeka, Merdeka, Merdeka.

2 comments:

Norawi said...

Semoga kemerdekaan kali ini membawa satu pengertian dan keazaman baru kepada kita semua khususnya masyarakat di daerah Kota Belud.Salam kemerdekaan dan salam 1Malaysia.

Buat Pa'Min sekeluarga,moga gembira dan sihat selalu hendaknya di samping menjalankan tugas-tugas harian untuk negara tercinta.

Tudung Duang said...

Salam Pa'Min...

Mencerap semangat merdeka ialah KEBEBASAN BERFIKIR DAN BERTINDAK!
Mari kita raihkan tuntutan merdeka yang terhidang. Kita yang merdeka harus berada di persada..bukan hanya hadir sekadar nama...

Wassalam...
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!