Thursday, August 13, 2009

PENDEKAR CAHAYA: HATI HATI MENGHUNUS PEDANG

  1. Pendekar Cahaya faham maksud kiasan "Kesan Air Terjun".
  2. Dia pernah nampak seorang individu "menyiksa" orang lain yang tidak berupaya untuk bertidak balas. Dan dengan sifat seorang pengecut dan pendendam orang yang "disiksa" itu melepaskan kemarahannya kepada seorang yang "lebih lemah" dari dirinya. Manakala orang yang "lebih lemah" itu pula melepaskan kemarahannya kepada yang "daif dan terlalu lemah" dan seterusnya.....!
  3. Tiada siapa yang akan tahu risiko "ketiadaperikemanusian" yang telah diakibatkan oleh tindakan individu sebegini.
  4. Itulah sebabnya Pendekar Cahaya berhati hati menggunakan pedangnya. Dia cuma melawan musuh yang setaraf kemahirannya bermain pedang.
  5. Di dalam keadaan sebegini, Pendekar Cahaya melepaskan geram dengan menumbuk dinding batu yang tentunya melukai jari jari "buku limanya".
  6. Tetapi Pendekar Cahaya tahu bahawa luka di tangan akan sembuh tetapi anak-anak yang ayahnya kalah di medan peperangan akan membawa luka buat selama lamanya.

No comments: