Friday, August 14, 2009

PENDEKAR CAHAYA: MEMILIH LAWAN

  1. Menurut seorang penyair: "Pendekar Cahaya memilih lawan."
  2. Dia tahu kebolihannya: dia tidak perlu pergi ke merata tempat mencanangkan itu dan segala. Akan tetapi, ada sahaja individu yang ingin membuktikan bahawa ianya lebih hebat dari Pendekar Cahaya.
  3. Pada Pendekar Cahaya, tiada yang "lebih baik" atau "terlalu jahat": masing-masing mempunyai "kelebihan" tertentu sebagai "bekal" untuk mendepani rintangan di pengembaraan perjuangan.
  4. Tetapi ada individu yang memaksa. Mereka mencabar dan berlaku tidak sopan dan segalanya untuk membangkit kemarahan Pendekar Cahaya. Pada ketika sebegini, hati Pendekar Cahaya berkata: "Jangan melayan kepada cemuhan ini, ianya tidak menambanilai kepada kebolihan mu. Kau akan memenatkan diri mu sendiri tanpa faedah."
  5. Sesungguhnya, Pendekar Cahaya tidak menghabiskan masa emasnya kepada provokasi; dia ada misi yang lebih mustahak yang perlu dijayakan.


1 comment:

Unknown said...

Salam Pa`Min,

Pendekar Cahaya umpama gunung kinabalu berdiri megah dan teguh. Lalu anjing-anjing yang dahulu hidup di bawah lindungannya cuba mengigitnya kembali, menyalak setiap hari. Namun Pendeker Cahaya tetap teguh seperti dahulu. Dia tahu anjing-anjing yang menyalak tadi hanya mengharapkan perhatianya sahaja.

Usahlah risau Pendeker Cahayaku hanya sebilangan kecil sahaja yang menghuru harakan keadaan, Namun ratusan masih berdiri teguh di belakangmu. Mereka sanggup ketitisan darah terakhir dalam mempertahankan mu. Laksamana Hang Tuah masih setia kepada rajanya. Mat Salleh sanggup mati mempertahankan maruah negerinya. Bergelombang darah disetiap pelusuk, namun Pendekar Cahaya yang banyak berjasa akan dipertahankan.

Anggaplah apa yang berlaku kini merupakan propaganda yang sekali-kali tidak akan mengugat kewibawaanmu. Hidup PENDEKAR CAHAYAKU!