Friday, August 14, 2009

PENDEKAR CAHAYA: PENGKRITIK BIJAK

  1. Untuk menyelami secara mendalam keperibadian dan pemikiran teman-temannya, Pendekar Cahaya selalu meluangkan masa bersembang-sembang dengan mereka tanpa agenda dan had masa dengan mesra.
  2. Dengan suasana sedemikian rupa, teman-teman berpeluang berhujah dan bertanya secara terbuka tetapi berhemah.
  3. Pendekar Cahaya mengajar mereka etika menegur sapa, iaitu:

    "Berterus terang, TETAPI denagn sopan, ringkas TETAPI padat, berani, TETAPI bertanggungjawab."
  4. "Sesungguhnya", ujar Pendekar Cahaya, "Penegur sapa (pengkritik) yang membebel tanpa etika adalah seperti ombak yang berdesir, memecah di tepian pantai yang cetek."
  5. Pendekar Cahaya tahu lautan dalam tidak berombak seperti di tepian pantai.

No comments: