Wednesday, August 26, 2009

PENDEKAR CAHAYA : BUAT PERANAN!

1. Mantan Presiden Amerika Syarikat, John F. Keneddy pernah berhujah, ‘Usah tanya, apa yang negara boleh buat untuk kamu, tanya apa yang kamu boleh buat untuk negara kamu’.

2. Yang dimaksudkan olih JFK itu ialah merujuk kepada peranan individu terhadap sesuatu isu dan dalam konteks ini memertabatkan bangsa dan negaranya.

3. Maksud yang sama terdapat di dalam ungkapan, "You can make a difference" (kamu boleh membuat perubahan). Ungkapan ini mengajak sipendengar untuk memainkan peranan terhadap sesuatu isu. Objektif di sebalik ungkapan ini ialah, apabila individu, satu demi satu, sehingga beribu-ribu mendokong isu yang hendak diperjuangkan maka impaknya ke arah menjayakannya adalah lebih cerah berbanding jika isu tersebut cuma diperjuangkan oleh segelintir sahaja.

4. Presiden Amerika Syarikat yang baru, Barrack Hussein Obama telah mencipta satu seruan yang menggamit minat orang ramai. Seruan, "Yes we can" (Ya kita boleh) telah membawa tuah kepada penciptanya, menggamit minat jutaan rakyat, membuat peranan untuk mengubah keadaan politik Negara Amerika Syarikat, iaitu mendaftar sebagai pengundi dan mengundi Barrack Hussein Obama sebagai presiden.

5. Di Malaysia, seruan yang serupa juga ada, ‘Malaysia boleh!’. Seruan ini telah sedikit sebanyak membangkitkan semangat rakyat untuk berkerja keras ke arah memartabatkan bangsa dan Negara Malaysia sehingga ke tahap pencapaian yang membanggakan. Negara-negara yang sedang membangun dan setaraf dengannya, memandang tinggi terhadap pencapaian dan kejayaan Malaysia dan dijadikan sebagai negara contoh mereka.

6. Bersandarkan pada premis ini, bolehlah simpulkan bahawa apabila ramai individu yang berperanaan untuk menjayakan sesuatu perjuangan, maka impaknya ke arah yang di idamkan adalah lebih besar untuk direalisasikan daripada jika tidak ramai yang membuat peranaan untuk menjayakan sesuatu perjuangan.

7. Akan tetapi, ada peranaan yang boleh di lakukan oleh seorang individu yang mempunyai impak yang besar terhadap sesuatu matlamat yang tidak mampu dibuat oleh orang ramai.

Mahatma Gandhi telah dapat mengusir pemerintah penjajah kulit putih dari India dengan menggamit minat semua pemimpin-pemimpin yang mempunyai matlamat yang sama untuk berdiri di belakangnya sebagai satu pasukan dengan menunjukkan sikap bahawa dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menduduki jawatan yang tinggi apabila matlamat perjuangan itu tercapai.

Peranan Mahatma Gandhi di dalam perjuangannya memerdekakan negaranya ialah “berjuang tanpa mengharapkan balasan”.

Nelson Mandela, seorang pejuang kulit hitam di Benua Afrika, yang telah berjaya membebaskan kaumnya dari belenggu sistem politik ‘apartheid’ (sistem politik perkauman di mana orang kulit hitam tidak dibenarkan mengundi walaupun bilangan kaum mereka berpuluh kali ganda ramainya berbanding masyarakat kulit putih di negara tumpah darahnya sendiri, Afrika Selatan) telah berperanan, setelah menjadi Presiden, untuk menyatupadukan orang kulit putih dan kulit hitam di Afrika Selatan supaya bersama membangunakan ekonomi dan sistem demokrasi negara itu.

Untuk menjayakan matlamat itu, walaupun pernah merengkok di penjara selama 27 tahun sebagai hukuman kepadanya kerana menentang sistem ‘apartheid’, sebagai Presiden, Nelson Mandela telah tidak bertindak balas kepada orang kulit putih terhadap sikap perkauman mereka sewaktu sistem ‘apartheid’ beroperasi.

Walaupun kedudukannya sebagai presiden tidak tergugat , namun beliau mewariskan jawatannya kepada timbalannya, Thambo Embiki setelah beliau memegang jawatan tersebut selama empat tahun.

Peranan Nelson Mandela untuk memantapkan ekonomi dan demokrasi Negara Afrika Selatan setelah sistem ‘apartheid’ dimansuhkan ialah “tidak menaruh perasaan dendam”.

Ini berbeza dengan peranan yang dibuat olih Robert Mugabe di Zimbabwe (dulu Rhodesia). Beliau telah merampas semua tanah hak milik orang kulit putih dan diberikannya kepada orang kulit hitam dengan alasan bahawa tanah-tanah tersebut sebenarnya adalah tanah milik orang kulit hitam. Mugabe berpendapat, sebagai penjajah, orang kulit putih tidak berhak memiliki tanah di negara orang kulit hitam.

Akibat dari tindakan ini, ekonomi Negara Zimbabwe telah menjunam dan disisikah ramai terutama masyarakat antarabangsa.

Peranan Robert Mugabi yang meruntuhkan ekonomi negaranya ialah ‘menaruh perasaan dendam’.

8. Impak peranaan yang telah dimainkan olih Gandhi dan Mandela tidak mungkin dapat di buat olih individu biasa walau berapa ramai sekalipun. Ini adalah kerana, kedua-dua tokoh ini telah dapat mempamerkan keperibadian yang luar biasa, iaitu mereka dapat ‘mengangkat’ perasaan mereka ke tahap yang lebih tinggi daripada perasaan insan biasa. Perasaan tamak kuasa dan dendam telah tidak dapat ‘menakluki’ diri mereka. Sebaliknya mereka dapat ‘menguasi’ perasaan negatif itu.

9. Kedua-dua tokoh ini bukan beragama Islam.

10. Kemelut politik Negara Malaysia pada waktu ini adalah disebabkan olih perebutan kuasa di antara pembesar-pembesar yang sebangsa dan seagama. Kemelut ini akan berakhir sekiranya ada di antara mereka yang memikul peranan seperti yang dilakukan oleh Mahatma Gandhi dan Nelson Mandela demi untuk kepentingan negara.

11. Tuduh menuduh tidak akan memartabatkan bangsa, malahan ia akan menjejaskan nama baik bangsa yang menjadi tunjang pemerintah.

12. Kenapakah Mahatma Gandhi dan Nelson Mandela dapat membuat peranan tidak tamak kuasa demi untuk kebaikan bangsa mereka, sedangkan mereka tidak berpaksikan agama yang mereka anut dalam mebuat pertimbangan dan keputusan. Sesungguhnya ‘Kesabaran itu adalah istana iman’?’

13. Di atas semanagat perjuangan dan prinsip yang sama yang telah di pamerkan olih Mahatma Gandhi dan Nelson Mandela, bolehkah pemimpin-pemimpin negara, terutama sekali mereka yang berperanan untuk menentukan jatuh dan tegaknya maruah bangsa bermuasabah, membuat peranaan yang di luar kemampuan individu beratus ribu, demi untuk kepentingan generasi mendatang dan bangsa?.

14. Sesungguhnya, ada peranan yang cuma dapat dimainkan olih individu tertentu dengan impak positif yang memanfaatkan masyarakat secara menyeluruh.

15. Dan sesungguhnya juga, seseorang individu yang membuat peranan yang tidak tamak kuasa, di pandang lebih mulia dan 'berkuasa' daripada individu yang berkuasa.

2 comments:

Senjaliza said...

Sorong papan tarik papan
buah peranggi dalam perahu
suruh makan dia makan
suruh mengaji dia tak tahu.

sorong papan tarik papan
mengaji lagi dia tak tahu
suruh makan dia tetap makan
buat peranan lagi tak mahu

Suruh makan dia terus makan
buat peranan si dungu tak mahu
sapo tak faham jadi YB diidamkan
lain-lain dia tak tahu.

sapo tak faham jadi yb diidamkan
lain-lain dia tak tahu
suruh berperanan dia abaikan
lebih baik bertuankan HANTU.

Salam Ramadhan.

TudungDuang said...

Salam Pa'Min....

Inilah ungkapan yang perlu ada pada setiap individu.."Buat Peranan"...ubah sikit Pa'Min "Mainkan Peranan"..

Semua berperanan memainkan watak masing-masing dalam dunia ini...

Negara kita ini tidak boleh berfungsi hanya kerana peranan seorang pemimpin semata-mata, seorang profesor, doktor, akauntan,golongan profesional : negara juga perlukan peranan seorang kerani, pemandu, pemungut sampah, pemotong rumput, pencuci longkang hinggalah kepada penggali kubur hatta seorang pengganggur pun berperanan dalam kalangan warga yang bertanggungjawab, jujur, amanah, berdisiplin dan berminda kelas pertama...

Mainkan peranan!!