Saturday, August 15, 2009

PENDEKAR CAHAYA: BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH

  1. Pendekar Cahaya tahu rasa bersyukur dan berterima kasih.
  2. Dia sentiasa berdoa agar di lindungi oleh Maha Kuasa yang menempatkan hamba-hambanya yang dijadikanNya ditempat-tempat yang seharusnya mereka ditempatkan atas kehendakNya jua.
  3. Teman-teman Pendekar Cahaya berkata, " Dia sungguh bernasib baik"!.
  4. Maka itu, setiap waktu Pendekar Cahaya menyembah kepada Pelindungnya.
  5. Pendekar Cahaya juga berterima kasih kepada teman-teman setia dan juga yang telah berpaling tadah; kalau bukan kerana titisan airmata, keringat dan tenaga mereka, siapalah dia?
  6. Akan tetapi Pendekar Cahaya juga rasa kesal dan kecewa. Ada di antara teman setia telah berpaling tadah, tidak mensyukuri kelebihan dan ilmu yang ada di dada, walhal ilmu dan kelebihan itu hasil perjuangan bersama. Alangkah eloknya, kalau ilmu di dada dan minda perkasa sedemikian rupa, tidak disalah guna . Sebaliknya di sasarkan kepada musuh bangsa yang durjana.
  7. Pihak lawan dan kawan Pendekar Cahaya bertanya, "Kenapakah mereka bertindak sedemikian rupa?. Bukankah perjuangan Pendekar Cahaya sudah berbuah, di mana inti sebenarnya untuk membangun minda genarasi muda bangsa agar segak sedia mendepani tekanan musuh yang lebih gagah dan perkasa
  8. Pemerhati jejak langkah perjuangan Pendekar Cahaya mengilingkan kepala dan bertanya pula, "Mungkin kah mereka yang mencemuh tersilap membaca strategi Pendekar Cahaya yang sebenarnya - membangun minda generasi muda bangsa dengan mempamerkan cara persilatannya - ? Bukankah sejarah selalu berkata bahawa minda perkasa berupaya untuk membena tamaddun bangsa tetapi sebaliknya tamaddun bangsa boleh hancur dalam sekelip mata oleh pewaris yang tidak berakal dan berhemah, seperti kehancuran Andalusia?"
  9. Walaupun kecewa, namun Pendekar Cahaya tidak putus asa dan berdoa agar pewaris pejuang bangsa yang lainnya tidak menyusuri jejak langkah mereka yang tersalah baca dan berpaling tadah.
  10. Lalu Pendekar Cahaya mencanangkan wasiat terakhirnya kepada bakal-bakal Pendekar cahaya melalui angin dan udara, "Wahai kamu pewaris perjuang bangsa, sibarkanlah "suara hikmah" kesemua telinga untuk menyedarkan bangsa yang masih kurang upaya bahawa perjalanan kita ke puncak sana baru bermula selangkah dua. Pendekar Cahaya telah dengan sedaya upaya memertabatkan bangsa. Kini masanya telah tiba untuk kamu meneruskan pendakian ini dengan cara kamu pula. Ingat! untuk berjaya mendaki kepuncak sana bukan dengan berangan-angan dan berceritra tentang mimpi tetapi berjalan selangkah demi selangkah....demi selangkah....demi selangkah....tidak kira sama ada langkah itu tidak kena pada pandangan sesiapa, apatak lagi pada mereka yang hanya tahu berhujah tetapi tidak pandai mengorak walau selangkah..."
  11. Apapun Pendekar Cahaya tetap bersyukur dan berterima kasih atas segalanya. Setidak-tidaknya dia telah menyumbang untuk memertabatkan bangsanya.

2 comments:

Norawi said...

benar,jika tak sabar dab bersyukur dalam perjuangan pa'min tak bertahan sehingga kini.sejak diperkenalkan dlm arena politik 1981/1982 melalui calon parlimen kb(saya darjah 6)pak amin telah mengenali kegagalan.namun berkat bersyukur dan berterima kasih tersemat dalam sanubari,maka perjuangan kekal hingga kini dan untuk akan datang.tahniah pak amin-perjuanganmu termetri dalam tinta sejarah malaysia khususnya buat renungan aanak-anak kb.

PA'MIN said...

Terima kasih. Saya amat berterima kasih dengan pandangan Sdr. Norawi. pemimpin datang dan pergi. Saya mula di bawa ke arus perdana arena politik sejak berumur 27 tahun. Saya ingin berkongsi pengalaman dan liku-liku yang saya lalui hingga kini dengan semua. Saya harap kita semua dapat belajar dan mempelajari antara satu sama lain. Buang yang keruh ambil yang jernih. Wassalam.