Tuesday, December 8, 2009

Anggota parlimen perlu amal budaya berbudi bahasa: Pandikar Amin


Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Wakil rakyat di negara ini perlu membudayakan adab sopan, budi bahasa dan nilai murni ketimuran ketika menyampai suara rakyat pada sesi perbahasan di Parlimen, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Beliau berkata ini berikutan sebilangan wakil rakyat berkenaan tidak menunjukkan sikap sebagai “Yang Berhormat” apabila mengeluarkan kata-kata kesat dan menjerit-jerit sehingga berlakunya pembaziran masa ketika sesi perbahasan. “Perlukah anggota-anggota Parlimen bersikap kasar seperti di Korea Selatan dan Taiwan yang menyaksikan anggotanya saling bertumbuk dan membaling kerusi untuk menjadikan Parlimen Malaysia bertaraf dunia?,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar Jubli Emas Parlimen Malaysia bertajuk “Memperkasakan Institusi Parlimen” di sini kelmarin. Read More

Monday, September 14, 2009

PENDEKAR CAHAYA : POLITIK DINASTI VS. POLITIK MERITOKRASI.

1. Terdapat perselisihan pendapat mengenai isu POLITIK DINASTI DAN POLITIK MERITOKRASI ini.

2. Satu cabang pemikiran mengatakan bahawa politik dinasti itu tidak baik bagi negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Pemikiran ini berdasarkan kepada kenyataan bahawa pemimpin yang menwarisi 'kuasa' tidak semenstinya mempunyai kualiti kepimpinan dan kelebihan diri bebanding dengan yang mewariskannya. Amalan politik dinasti juga kononnya bercanggah dengan prinsip meritokrasi di dalam negara yang mengamalkan sistem demokrasi di mana "government by the people and for the people" menjadi asas atau fundamentalnya.

3. Satu cabang pemikiran pula mengatakan bahawa adalah tidak salah mengamalkan politik dinasti sekiranya sipewaris memiliki kualiti kepimpinan dan mempunyai kelebihan diri dan keupayaan mentadbir negara atau negeri dengan adil dan saksama.

4. Sesungguhnya Pendekar Cahaya tidak memberikan perhatian berat kepada perkara biasa seperti ini, dimana dinegara ini dan bahkan diseluruh dunia mengamalkannya.

PENDEKAR CAHAYA : POLITIK ITU KEJAM?

1. Memang dalam permainan politik, seringkali kita temui amalan yang tidak jujur sehingga menjadikan nama politik itu hodoh dan kejam. Politik wang misalnya telahpun memperlihatkan kesan kecatatan dan kemusnahan, bukan sahaja kepada organisasi malah kepada sistem yang sepatutnya dijadikan panduan bagi keharmonian masyarakat .

2. Terdapat juga pihak-pihak tertentu yang menggunakan kuasa politik untuk mencantas teman seperjuangan di dalam organisasi parti politik yang sama. Sering kita lihat dan dengar sesetengah pemimpin dinafikan haknya dan peluangnya secara "deliverate' untuk bertanding semata-mata kerana dia dianggap sebagai pesaing atau ancaman kepada kedudukan pihak tertentu tersebut kelak.

3. Terdapat pula pihak yang sanggup menggunakan ‘networking’nya atau rangkaiannya di dalam organisasi parti yang sama dengan mempengaruhi mereka agar tidak memilih atau menyokong calon-calon yang bertanding merebut kedudukan di dalam parti mereka, kendatipun mereka yang cuba dicantas itu adalah teman seperjuangan yang mempunyai keupayaan dan kualiti yang lebih baik daripada diri mereka sendiri. Perkara yang menjadi keutamaan baginya ialah dapat merealisasikan halatuju dan impian peribadinya tanpa menghadapi saingan dan ancaman pihak lain sekalipun dari mereka yang bernama "sahabat".

4. Atas sebab-sebab itu, ada pihak yang mengatakan bahawa politik itu kejam dan tega kerana sesetengah pihak mempunyai pegangan dan pemikiran yang terlalu condong dan cenderung pada agenda politik peribadi semata-mata. Halatuju sedemikian hanyalah pada perspektif “menang-kalah”. (win-lose)

5. Pendekar Cahaya berpeluang bertanya pada ramai pengamal politik dalam negara, mengenai norma politik yang mereka kagumi; “Adakah halatuju politik itu semestinya bersandarkan kepada konsep “menang-kalah” dalam kontek yang sebenar-benarnya"?

6. Pendekar Cahaya bertanya lagi, “Mungkinkah pemimpin-pemimpin nasional yang berkalibar memiliki paradigma yang berpegang kepada konsep ‘menang-menang’ (win-win), sehingga tiada pihak yang merasa ‘kalah’ dan terkilan, malah semuanya merasa ‘menang-menang’?

7. Pendekar Cahaya sedang tekun memikirkan; kiranya benar politik itu sebagai cabang seni yang padat dan sarat dengan ‘kemungkinan’, apakah ada kaedah bagi pemimpin-pemimpin politik bertindak untuk ‘memenangkan semua pihak’?

8. Sesungguhnya Pendekar Cahaya berpendirian bahawa politik itu tidak seharusnya zalim dan tidak semestinya satu kerjaya untuk berlaku ‘kejam’.

Sunday, September 13, 2009

PENDEKAR CAHAYA : POLITIK ANEH DAN SUKAR DIFAHAMI

1. Tidak semua pengamal politik atau aktivis politik faham atau mengenali “politik” sebelum mereka menceburkan diri dan melangkah masuk di dalamnya.

2. Ramai yang mengatakan bahawa politik itu aneh, unik dan sukar untuk difahami.

3. Untuk dapat mengenalpasti apa itu “politik” yang sebenar-benarnya, pengamalnya atau aktivis politik memerlukan masa panjang dan terpaksa mengharungi proses orientasi dan adaptasi.

4. Ada yang bilang politik itu candu, dimana kalau sudah terlibat di dalamnya, susah untuk berhenti.

5. Pengamal politik merasa tidak pernah mati.

6. Politik tidak ada had tempohnya. Ia berlaku selamanya.

7. Winston Churchill pernah berkata, “Dalam peperangan anda (tentera) terbunuh sekali sahaja, tetapi dalam politik bisa terbunuh beberapa kali". In war you can only be killed once, but in politics, many times."

8. Pendekar Cahaya juga pernah mendengar sebuah ungkapan; “Dalam politik, tiada kawan setia dan tiada musuh buat selama-lamanya”.

9. Sesungguhnya Pendekar Cahaya mengakui bahawa politik adalah suatu kerjaya yang sukar untuk difahami, unik dan aneh.

PENDEKAR CAHAYA : POLITIK PENUH INKONSISTENSI (PERCANGGAHAN)

1. Walaupun dipercayai umum bahawa politik itu adalah satu seni, namun ianya juga merupakan satu seni yang memiliki ciri-ciri inkonsistensi yang amat ketara .

2. Elemen Inkonsistensi ini dicetuskan oleh faktor “kepentingan”.

3. Menjaga dan melindungi “kepentingan” pula mencetuskan pergeseran di kalangan pengamal-pengamal politik.

4.Ada pengamal politik yang sanggup merubah pendirian asalnya demi untuk mengekalkan atau melindungi 'kepentingan'nya.

5. Berpaksikan kepada keadaan dan kenyataan inilah Pendekar Cahaya terus berpegang teguh kepada satu prinsip yang tulin yakni ‘mengabadikan perjuangan demi kepentingan agama, bangsa dan negara.

6. Prinsip perjuangan yang tulin seperti inilah yang lebih murni dan abadi. Lalu kita sandarkan perjuangan dengan redha kepadaNya.

PENDEKAR CAHAYA : POLITIK ITU PERMAINAN?

1. Pertandingan dan pertarungan telah menjadi resam politik. Ada pihak-pihak yang harus ‘menang’ dan ada pihak yang ‘kalah’.

2. Atas sebab itu, ada pihak yang berpendapat bahawa politik itu adalah satu permainan.

3. Oleh kerana adanya pertandingan dan pertarungan, maka pentas politik adalah gelanggang kontestasi, di mana para kontestan politik saling bersaing dan berlaga antara satu dengan yang lain.

4. Pada kontestan yang berjuang di atas landasan dan ideologi menegakkan agama, bangsa dan negara, walaupun kecundang dalam pertandingan, mereka tidak akan berputus asa malah akan terus mencuba dan terus berjuang.

5. Bagi kontestan yang berjuang sekadar untuk ‘glamour’ sahaja, kekalahannya akan membawa kekecewaan yang tidak terhingga pada dirinya walaupun bersifat sementara.

6. Sesungguhnya, Pendekar Cahaya berpendirian bahawa politik itu adalah bukan sekadar permainan atau sekadar tabung uji orang muda yang bersahaja untuk mencari populariti atau wacanah untuk ‘glamour’.

PENDEKAR CAHAYA : POLITIK ITU SENI

1. Politik sering disebut sebagai “seni kemungkinan” (Politics is the art of the possible). Apa yang tidak mungkin terjadi di dalam bidang lain, mungkin menjadi satu perkara atau amalan dalam seni politik.

2. Dalam seni politik, terdapat pelbagai strategi yang berbentuk diplomasi, perundingan, penggabungan, kempen dan seumpamanya. Di situ ada seni berbentuk plan tindakan untuk meyakinkan dan memperaga ideologi politik. Politik berupaya untuk merobah seseorang dari bertaraf “orang biasa” menjadi “orang berkuasa” sesuai dengan matlamat politik yakni "mendapat kuasa".

3. Bagi yang belum berkuasa, politik adalah seni untuk meraih kekuasaan dengan menggunakan pelbagai strategi, cara dan kaedah untuk mengamit sokongan dan dokongan masyarakat.

4. Bagi yang sudah memperolehi dan memiliki kuasa dan “berkuasa”, politik boleh digunakan sebagai “seni memutuskan” suatu tindakan dan idea yang bijaksana supaya dapat memberi kesan positif dan manfaat yang berguna kepada mereka yang dipimpin seterusnya kepada generasi mereka.

5. Sesungguhnya, Pendekar Cahaya berpendirian bahawa politik itu adalah seni. Seni yang disaluti pelbagai kemungkinan.

Tuesday, September 8, 2009

PENDEKAR CAHAYA : PEMIMPIN MAHU BERSATU, RAKYAT MAHU BERGADUH.

Sebuah televisyen tempatan, Metronews melaporkan kumpulan berkenaan bertindak merampas kad pengenalan rakyat Malaysia supaya mereka diusir dari Indonesia.

1. Bulan lalu, negara jiran di Pattaya, Thailand telah menjadi tuan rumah satu Persidangan Speaker-speaker negara-negara di Asean.

2. Pelbagai agenda untuk kebaikan bersama telah dibincang dan dirumuskan. Antaranya ialah menyelaraskan undang-undang di rantau Asean yang berkaitan dengan masalah ‘human trafficking’, dadah dan sebagainya.

3. Objektif utama persidangan tersebut ialah untuk menyediakan wadah untuk melicinkan proses pengujudan komuniti Asean (seperti EEC) menjelang tahun 2015.

4. Pendekar Cahaya terdengar hujah Speaker Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan tersebut. Antaran hujah nya adalah seperti berikut:

”As parliamentarians let us work together to suppress negatives elements that can undermine the spirit of regional cooperation in ASEAN against a background of globalization and growing transnational issues especially on non-traditional security issues or human security issues such as terrorism, pandemics, piracy, energy and environment.”

5. Utusan Malaysia, pada hari rabu 9 Septembar ada melaporkan;

“JAKARTA 8 Sept. – Sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata bulu runcing menahan kenderaan-kenderaan yang melalui Jalan Deponegoror di sini dalam gerakan yang dipanggil ‘Sweeping Malaysia’ (Sapu Malaysia) bagi mencari dan mengusir rakyat Malaysia.

Kumpulan berkenaan yang mengikat bendera Indonesia di kepala bertindak menahan semua kenderaan dan meminta pemandu dan penumpang menyerahkan kad pengenalan masing-masing.

Sebuah televisyen tempatan, Metronews melaporkan kumpulan berkenaan bertindak merampas kad pengenalan rakyat Malaysia supaya mereka diusir dari Indonesia.

Kumpulan terbabit yang tidak berpuas hati dengan sikap berlembut Kerajaan Indonesia terhadap Malaysia berhubung isu tarian Pendet sebelum ini telah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan tersebut.

Indonesia sebelum ini menuduh Malaysia sengaja menggunakan tarian Pendet berasal dari Bali dalam promosi pelancongan, walaupun kesilapan itu sebenarnya dilakukan oleh sebuah syarikat swasta dan tidak membabitkan kerajaan Malaysia”

6. Mungkinkah perkara sebegini yang dimaksudkan oleh Speaker Dewan Rakyat Malaysia itu, sebagai “negatives elements?”

7. Sehubungan dengan itu, Pendekar Cahaya menaruh sepenuh harapan agar pihak-pihak yang berwajib dan berkuasa di kedua-dua negara Islam yang berjiran, Malaysia-Indonesia, dapat bertindak dengan segera dan bijaksana untuk mengatasi perselisihan faham ini supaya rakyat Malaysia yang berada di Indonesia dan rakyat Indonesia yang berada di Malaysia yang tidak berdosa, tidak menjadi mangsa keadaan.

PENDEKAR CAHAYA : PEMIMPIN MENDIRIKAN PERADABAN; PERADABAN DIRUNTUHKAN PEMIMPIN.

"Pemimpin membina peradaban, pemimpin meruntuhkan peradaban"

1. Dalam lipatan sejarah dunia, seringkali kita temui dan terbaca bahawa tamaddun atau empayar sesuatu bangsa didirikan oleh pemimpin yang mempunyai misi, visi dan kapasiti.

2. Misalnya, Genghis Khan (1162-1227) pemimpin Mongol telah menyatupadukan bangsa Mongolia dan kemudian mendirikan kekuasaan dan empayarnya dengan menakluki sebahagian besar wilayah asia.

Penggantinya memperluaskan empayar dan kekuasaannya yang meliputi China, Mongolia, Rusia, Korea, Vietnam, Burma, Kamboja, Timur Tengah, Poland, Hungaria, Arab Utara dan India Utara.

3. Seorang anak murid Pendekar Cahaya yang suka membaca sejarah dunia, bertanya kepada Pendekar Cahaya, ‘Kenapakah Empayar Mongol yang begitu unggul dan gagah hilang begitu sahaja di muka dunia?’

4. Pendekar Cahaya menjawab dengan perlahan dan berhati-hati bersandarkan satu teori pemikiran seorang penulis unggul Islam, Ibu Khaldun, yang menyatakan bahawa ‘Peadaban atau tamaddun yang didirikan oleh pemimpin unggul, mengalami masa pertumbuhan, masa pemantapan, puncak kegemilangan, pencemuhan, dan kemudian keruntuhan’.

5. Raut wajah gembira anak murid yang bertanya itu dengan tiba-tiba bertukar menjadi sedih, lalu bertanya lagi kepada Pendekar Cahaya, ‘Tuan Guru, sekiranya teori Ibnu Khaldun itu betul, adakah kemungkinannya negara kita yang tercinta ini, yang sewaktu awal merdeka keadaannya alah kadar sahaja dan pada masa ini menjadi sebuah negara membangun yang dicontohi oleh negara-negara dunia ketiga, akan runtuh dan kembali ke asalnya sebagai negara yang papa kedana?,

6. Dengan raut wajah yang sedih juga, Pendekar Cahaya menjawab, ‘Ah…memang begitulah nampaknya apa yang akan terjadi di negara yang tercinta ini, kalau pemimpin-pemimpin kita serumpun dan sebangsa, yang rata-rata bijaksana, akan terus bergeser dan bertelaga tanpa memikirkan buruk dan baiknya tindakan mereka itu kepada bangsa, agama dan negara’.

7. Di samping memberikan jawapan sedemikian rupa kepada anak muridnya itu, Pendekar Cahaya menaruh sepenuh harapan yang dibisikan oleh hati kecilnya, ‘Kalau anak murid saya, yang cuma setahun jagung umurnya, telah dapat membaca bahawa kalau polemik semasa berterusan, akibatnya negara menuju ke arah kehancuran, tidakkan pula pemimpin-pemimpin negara yang serumpun dan sebangsa serta bijaksana, tidak dapat membacanya.’

8. Sesungguhnya Pendekar Cahaya menghayati kisah-kisah dan sejarah tamaddun dunia. Kisah tentang jatuh-bangunnya peradaban dalam perjalanan sejarah umat manusia sejak berabad-abad yang lampau hingga kini mestilah dijadikan iktibar yang berharga.


Monday, September 7, 2009

PENDEKAR CAHAYA : PELBAGAI NADA SUARA DAN TIADA SUARA.

Siapa sebenarnya yang bersuara nyaring dan menengking?
Suara mereka kaku dan lesu. Mencari sesuatu yang belum tentu ada untuk menambah yang hampir tiada.

1. Di dalam sebuah negara muda, berkependudukan pelbagai bangsa, budaya dan agama sememangnya, mempunyai pelbagai nada suara yang dikumandangkan sebagai wadah untuk menarik perhatian pihak berwajib dan berkuasa.

2. Ada bangsa yang bilangannya tidak seberapa ramai. Mereka tinggal di kota-kota dan bandaraya. Mereka ini adalah golongan berada, mewah dan hampir memiliki serba serbi, memanfaatkan segala infrastruktur yang disedia oleh pihak pemerintah, tetapi bersuara nyaring dan menengking, memohon pada pihak pemerintah supaya yang sedia ada pada mereka di tokok dan ditamba, walhal suara mereka adalah suara pembantah.

3. Ada bangsa yang bilangannya boleh menentukan kekalahan atau kemenangan di dalam pilihan raya. Mereka tinggal di desa-desa, di pinggir-pinggir kota dan bandaraya. Keupayaan dan sumber yang ada pada mereka tidaklah memadahi untuk meneruskan kehidupan selesa. Tetapi mereka bersuara dengan tertib, sopan dan berhemah tinggi. Mereka memohon pada pihak pemerintah mengikut norma dan tata susila supaya serba serbi yang kurang pada mereka, yang tidak memadai itu, dapat ditokok untuk menjadi bekalan bagi mereka terus dapat melayari kehidupan walaupun sederhana, walhal suara mereka golongan ini adalah suara pendokong kental pemerintah .

4. Ada bangsa yang bilangannya seperti jumlah mereka yang nyaring suaranya. Mereka tinggal di persisiran pantai, bukit bukau dan hutan tropika. Sumber yang ada pada mereka, kata orang ‘apa abuk pun tiada’ sejak 52 tahun negara merdeka. Mereka ingin memohon dan merayu pada pihak berkuasa dan pemerintah supaya yang langsung tiada pada mereka dapat diberikan dengan segera dengan seadanya. Akan tetapi mereka ini tiada suara yang nyaring malah seperti ‘orang kurang upaya’.

5. Pendekar Cahaya sedih dan pilu apabila mengenangkan keadaan yang melanda negara, di mana, mereka yang berada dan memiliki hampir segala-galanya, selalu diberi perhatian dan mendapat layanan istimewa dengan lebih dari secukupnya.

6. Hati Pendekar Cahaya bertanya pada dirinya, "Apakah yang akan terjadi pada negara, apabila bangsa yang jumlah bilagannya yang dapat menentukan keputusan pilihanraya, berpadu suara dengan bangsa yang bilangannya sama seperti jumlah mereka yang nyaring suara. Lalu mereka mengkumandangkan suara dengan gemuruh bagai gendang perang yang gegak gempita dengan gaya yang lebih dasyat berbanding dengan mereka yang bersuara nyaring tetapi suka menengking?’

7. Pendekar Cahaya rasa keseraman menyelinap tubuhnya dan cuba mententeramkan dirinya dengan bertafakur penuh tawadu' dan berdoa kepadaNya. Ya Allah sampaikanlah suara-suara ini ke telinga pemimpin pihak pemerintah agar terdengar oleh mereka suara-suara rintihan dari mereka yang selama ini memendamkan rasa dan menanggung jerih perih seperti ‘orang kurang upaya’, namun tetap sabar menanti untuk dibantu dan diangkat mertabatnya dari rantaian kepahitan hidup, kendatipun mereka dalam keadaan yang kaku dan lesu.

8. Sesungguhnya, Pendekar Cahaya faham bahawa perasaan, keinginan dan keperluan orang yang bersuara nyaring dan orang yang bersuara sepi adalah sama. Bezanya ialah yang satu mendokong suara pihak pembantah dan yang satu lagi mendokong pihak pemerintah.

Friday, September 4, 2009

PENDEKAR CAHAYA : KONTRAK SOSIAL DAN 1 MALAYSIA, APA MAKNA SEBENARNYA UNTUK SARAWAK DAN SABAH?

Tun Mustapha dan Tun Fuad antara "Foundung Father" Negara Malaysia.

1. Che Det telah menghuraikan dengan panjang lebar di alam siber makna kontrak sosial. Kepada yang berminat, layarailah alam siber dan hinggaplah ke halaman web blog Che Det. Anda pasti menemuinya.

2. Pada Pendekar Cahaya, kontrak sosial adalah persafaham dan persetujuan awal di antara pemimpin-pemimpin dari Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya, yang telah dijadikan asas untuk menggubal satu perlembagaan sebuah negara baru, Negara Malaysia.

3. Pada yang tersurat dan tersirat, Malaysia adalah negara yang diwujudkan oleh empat wilayah yang mempunyai entiti dan autonomi kuasa sendiri. Itulah pemikiran “founding fathers” Negara Malaysia.

4. Makna 1Malaysia yang menjadi gagasan Perdana Menteri Keenam adalah selaras dengan apa yang telah diilhamkan dan dipersetujui oleh “founding fathers” negara tercinta, Malaysia.
.
5. Pendekar Cahaya teruja dengan slogan 1Malaysia, cetusan minda Perdana Menteri keenam. Semoga makna slogan ini adalah menyamai bait-bait yang telah digariskan oleh "founding fathers" negara Malaysia iaitu, "membangun bersama sebagai satu bangsa Malaysia". Dalam masa yang sama, semangat kontrak sosial (bagi Sabah) seperti isu ‘20 Perkara’ (hak-hak rakyat Sabah dalam Malaysia) yang di aktifkan semula, akan terus subur di jiwa rakyat jelata, sama seperti pemikiran ‘founding fathers of Malaysia’, di antaranya Datu Mustapha Datu Harun dan Donald Stephens untuk diabadikan selama-lamanya.

6. Pada Pendekar Cahaya, jika sekiranya makna 1Malaysia adalah sama seperti yang diilhamkan dan dipersetujui oleh “founding fathers of Malaysia” termasuk pemimpin-pemimpin dari Sarawak dan Sabah, maka tidak ada alasan yang munasabah kenapa dan mengapa rakyat jelata di sebelah timor, di Sarawak dan Sabah harus terpengaruh oleh "janji manis" dari parti-parti pembantah dari sebelah barat negara.

7. Sesungguhnya, pada Pendekar Cahaya, rakyat jelata dari sebelah timor negara telah berpegang teguh pada janji awal dan asalnya iaitu, sehingga hari ini dokongan mereka terhadap pihak pemerintah Negara Malaysia telah tidak berubah sehingga diakui oleh Perdana Menteri keenam bahawa sokongan rakyat jelata dari sebelah timor negara boleh diumpamakan seperti "simpanan tetap" di gedung dana negara.

8. Akan tetapi, Pendekar Cahaya berasa agak kurang selesa apabila teringat suatu soalan sinis dari anak muridnya iaitu, "Sebagai simpanan tetap yang telah dan akan menjamin kedudukan parti pemerintah, mungkinkah pulangannya juga ditingkatkan berlipat ganda, melebihi janji-janji manis pihak pembantah, kalau tidak apa gunanya?"

9. Pendekar Cahaya berasa tidak selesa sebab dia bukanlah pihak berwajib dan berkuasa yang boleh memberikan jawapan yang memuaskan terhadap persoalan yang telah dibangkitkan. Pada Pendekar Cahaya, soalan anak muridnya itu ada asasnnya sebab keadaan pembangunan hartanah dan infrastruktur di Barat dan di Timor negara jauh berbeza.Di sebelah Barat negara, penduduknya 'bertengkar' pasal isu kelajuan trafik di alam siber. Manakala di sebelah Timor negara, penduduknya 'bertengkar' pasal isu ketiadaan jalan raya. Di sebelah Barat negara, penduduknya 'bertengkar' pasal bilangan jambatan besar yang perlu ditambah. Manakala di sebelah Timor negara, penduduknya 'bertengkar' pasal jambatan gantung yang belum dibina. Di sebelah Barat negara, penduduknya 'bertengkar' pasal semua hal yang sudah ada tetapi mahu di tambah dan tambah dan tambah.....Di sebelah Timor negara, penduduknya 'bertengkar' pasal semua hal yang belum ada dan perlu di bina dan di bina dan di bina.........Tetapi, Pendekar Cahaya berkeyakinan bahawa pihak pemerintah di bawah teraju Perdana Menteri yang keenam akan membuat perkara yang perlu dan terdaya sebagai jawapan kepada persoalan itu. Kini Pendekar Cahaya sudah pun melihat bahawa ada tanda-tanda pergerakan awal menuju ke arah itu.

10. Pendekar Cahaya sentiasa berdoa kepadaNya semoga hati dan minda pemimpin-pemimpin dari sebelah Barat negara akan terbuka untuk tidak melupai ehwal dan kebajikan rakyat sebelah Timor negara, agar sejahteralah rakyat dan negara 1Malaysia amnya dan selamanya

PENDEKAR CAHAYA : FATWA BERBEZA MENGGUGAT AKIDAH?

Tok Guru..LKY pastinya tidak akan mengeluarkan fatwa mengenai Islam. Bolehkah dia menghina Islam kerana kecetekan ilmunya tentang Islam?


1. Terkejut Pendekar Cahaya mendengar fatwa Tok Guru di Serambi Mekah bahawa, ‘Hukumnya bagi orang yang ‘menghina’ kesucian Agama Islam itu tidak dikenakan apa-apa celaan jika individu itu cetek fahamannya pada agama Islam atau sememangnya bukan beragama Islam.’

2. Beberapa puluh purnama yang lalu, seluruh negara Islam di dunia mengutuk seorang individu di Europa yang menghina Pesuruh Allah melalui lukisan dan kalikaturnya. Individu berkenaan cetek fahamanya terhadap agama Islam. Dunia Islam juga mengutuk penerbitan film "Fitnah" oleh seorang produser Holland yang nyata cetek fahamannya tentang Islam.


3. Malah Ayatollah Khomeni, ulama yang meruntuhkan sistem pemerintahan beraja di negaranya, Iran, melalui revolusi, pernah mengeluarkan fatwa untuk menghapuskan penulis buku 'Satanic Verses', Salman Rusdie, kerana kandungan buku tersebut menghina agama Islam dan kitab suci Al-Quran. Salam Rusdie cetek fahamannya terhadap agama Islam. Pemimpin-pemimpin negara-negara Islam seluruh dunia termasuk Malaysia juga mengutuk perbuatan penulis itu, menyebabkan ia tidak bebas menjelajah ke sana ke mari seperti manusia biasa yang lain sehinggalah ke hari ini.

4. Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan hukuman sebat enam kali dan denda RM5,000.00. ke atas seorang wamita Islam. Hukuman ini adalah yang julung kali dijatuhkan terhadap seorang model wanita, Dewi Kartika Sari Soekarno, yang telah didapati bersalah oleh Mahkamah Syariah Pahang kerana meminum arak di tempat awam, telah ditangguhkan. Tidak pula bermakna dia tidak menyalahi hukum jika dia meminum arak di tempat yang tersorok. Antara sebab penangguhannyanya ialah kerana terdapat perbezaan pendapat di kalangan pemegang hukum dan ulama-ulama tanah air selain keberadaaan kita dalam bulan Ramadan Al Mubarak..

5. Pada Pendekar Cahaya, gelagat pegamal politik dan "ulama-ulama" tanah air hampir serupa. Terkadang pendapat mereka bercanggah antara satu dengan yang lain sehingga mengelirukan ummah dan rakyat jelata. Malah memberikan gambaran bahawa hukum Islam dilaksanakan berbeza-beza.

6. Pendekar Cahaya berpegang teguh kepada prinsip keikhlasan mengatasi dan menghindari kehipokritan agar tindak-tanduknya sentiasa berada di atas landasan yang diredhai Allah Subhanwatala..

Wallahu wallam.



PENDEKAR CAHAYA : NAMPAK BERBEZA, RUPANYA SAMA.

Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato Seri Mohd. Najib Tun Razak. Siapakah yang sebenarnya yang melaksanakan perubahan? Siapakah pula yang perlu berubah?

1. Dalam kesibukan menghayati isu-isu politik daerah dan pergolakan politik nasional, terkadang Pendekar Cahaya merasa seakan kebingungan memikirkan pergeseran ideologi dan perbezaan prinsip di antara pemimpin pihak pemerintah dan pemimpin pihak pembantah.

2. Terdapat pihak yang menyatakan bahawa jurang perbezaan idelogi dan prinsip ini amat jauh dan semakin ketara. Terdapat pula sesetengah yang beranggapan bahawa pihak pemerintah masih ditakok lama, berpegang kepada dasar yang lapuk dan enggan untuk berubah bagi menyesuaikan diri dengan kehendak dan gelagat rakyat jelata mengikut peredaran zaman yang semakin serba moden dan canggih ini. Pihak pemimpin pemerintah pula mendakwa bahawa “perkara yang perlu diubah, dan perlu mengalami proses innovasi bukanlah dasar-dasar dan sistem yang sedia ada semata-mata, kerana dasar-dasar dan sistem telah terbukit dampaknya yang telah memanfaatkan rakyat jelata terutama bukan sahaja Melayu dan Bumiputera, malah kemakmuran negara dikongsi bersama oleh seluruh rakyat Malaysia."

3. Bagi mendapatkan kepastian, Pendekar Cahaya membuat kajian dan tinjauan rambang dengan mengajukan beberapa pertanyaan dan kemusykilan kepada pihak-pihak tertentu seperti berikut:-
  • Sanggupkah pihak pemimpin pembantah melihat dan menerima hakikat bahawa yang menduduki teraju Ketua Hukum Negara terdiri dari bukan Melayu atau bukan Bumiputera?
  • Sanggupkah pihak pemimpin pembantah melihat dan menerima hakikat bahawa yang menduduki jawatan Pengelola Gedong Dana Negara terdiri dari bukan Melayu atau bukan Bumiputra?
  • Sanggupkah pihak pemimpin pembantah melihat dan menerima hakikat bahawa yang menduduki jawatan Ketua Pendakwa Hukum Negara terdiri dari bukan Melayu atau bukan Bumiputra? dan
  • Sanggupkah pihak pemimpin pembantah melihat dan menerima bahawa yang menduduki jawatan Perdana Kuasa Negara dan Timbalannya terdiri dari bukan Melayu atau bukan Bumiputra?

4. Ternyata, jawapan dan respond dari pihak-pihak yang berkenaan adalah jelas, TIDAK.

5. Dengan jawapan itu, maka kesimpulannya, pada pandangan Pendekar Cahaya, bahawa negara tercinta dan pemimpin-pemimpinnya berserta dengan rakyat jelata sekalian adalah tidak seperti rakyat dan negara Amerika Syarikat.

6. Pada pandangan Pendekar Cahaya, sistem dan dasar-dasar politik pihak pemimpin pembantah seimbang dengan pihak pemimpin pemerintah, pada tersurat, kelihatan berbeza tetapi yang tersirat adalah sama.

7. Pendekar Cahaya, dalam menyelami keadaan ini, mampu berasa lega kerana keadaan yang sedia ada masa kini tidaklah perlu diubah dengan drastik semata-mata untuk memenuhi tuntutan dan kepentingan segelintir pemimpin terutama atas nama kepentingan politik. Terkadang, tidak semestinya kita berubah kerana semata-mata desakan dan naluri "ketakutan" untuk rebah. Kita perlu berubah untuk memenuhi kehendak dan keperluan perubahan sesuai dengan keadaan semasa dan jangkaan keperluan akan datang.

Wednesday, September 2, 2009

PENDEKAR CAHAYA : LAIN ORANG, LAIN SELERA; LAIN PEMIMPIN LAIN CARANYA

1. Jari-jari di tangan duduk sebaris, namun panjang dan besarnya tidak rata dan tidak sama.

2. Begitu juga lumrahnya manusia, lain orang lain gaya dan caranya. Ada yang merasa bersyukor dengan apa yang mereka miliki dan ada pula yang sudah memiliki yang dicita-cita kan tetapi masih memerlukan kelebihan, kekadang biarpun terpaksa memintas, merebut milik dan hak orang lain.

3. Pemimpin juga sama. Mereka semua hendak menabur jasabakti dan memartabatkan bangsanya. Ada yang berjaya, ada yang gagal. Kata orang, berjaya atau tidak pokoknya mereka mencuba.

4. Ada pemimpin yang terukir di dalam lipatan sejarah dan telah berjaya membangunkan bangsanya dari segi minda, spiritual, material, fisikal dan segala, namun dia tak terlepas dari kritikan dan cemuhan oleh mereka yang tak pernah buat apa-apa untuk kebaikan diri dan keluarga, apa tak lagi bangsa, agama, negeri dan negaranya.

5. Ada pula pemimpin yang suka melakukan experiment dengan mengubah semua benda, dan perkara yang tersusun rapi pun diporakperandanya.

6. Ada pula yang lebih merbahaya kepada negara dan masyarakatnya, yakni pemimpin-pemimpin yang buta sejarah penubuhan negaranya atau tahu tetapi sengaja menolak kenyataan dan faktanya. Golongan ini asyik memesongkan fakta demi meladeni selera politik dan kemahuannya. Kontrak sosial dikatanya tidak termasuk dalam sejarah negara. Sebab itu. negeri-negeri yang tidak sama status dan darjat sebelum merdeka di anggapnya samarata. Negeri kecil ‘dibesarkan’ dan negeri besar pula ‘dikecilkan’.

7. Seperkara yang melucukan ialah gelagat mereka yang asyik memerhatikan dan meniru -niru cara pimpinan-pemimpin sepenuh masa. Mereka ini mempamirkan gaya dan memperagakan perwatakan seolah-olah mereka tahu serba serbi dan segala-galanya di dalam dunia, walhal memasang tali leher pun tak pandai menyesuaikannya dengan warna bajunya.

8. Pada Pendekar Cahaya, itu semua pengajaran baginya. Dia pandai mengkritik dan sanggup dikritik; dia pandai menyuruh orang berubah dan sanggup pula berubah; dia tidak pandai dan tidak tahu segala-gala, maka itu dia sentiasa menambah ilmu di dada dan terus berguru walau dari seorang yang lebih muda daripadanya.

9. Ada pula pemimpin yang ‘action’ atau tunjuk gaya, dan tak mahu duduk menjamu selera di warong, gerai dan restaurant biasa sebab kononnya dia tak selesa. Dia cuma berselera makan di tempat-tempat trendy, glamour dan exclusive sahaja. Sebaliknya ada pula pemimpin yang terpahat di hatinya kesederhanaan, 'simple’ yang boleh duduk dan menjamu selera di mana-mana, sebab mengerti dengan maksud peribahasa, ‘ular menyusur akar tak akan hilang bisanya’.

10. Dalam pada itu, Pendekar Cahaya tahu benar menghayati dirinya yang serba kekurangan. Namun dia berpegang teguh kepada prinsipnya. Dia menghayati mesej dan pengajaran di sebalik sebuah cerita arab pada zaman purba, iaitu Dzulkarnain dan anaknya yang menunggang keldai dalam perjalanan melewati desa-desa dan perkampungan, yang ceritanya lebih kurang seperti berikut:-

“Dzulkarnanin dan anaknya adalah peniaga. Mereka menjajah barangan ke kampung-kampung dengan menunggang seekor keldai. Barang-barang diikat di belakang keldai peliharaan mereka. Di dalam perjalanan, mereka bergilir-gilir untuk menunggang keldai kerana kepenatan.
Pada setiap tempat yang mereka lalui ada sahaja komen orang-orang kampung yang berbeza-beza seperti teguran, ‘Hai budohnya orang tua ini, menunggang keldai sementara anaknya dibiarkan berjalan kaki di belakang’.

Apabila Dzulkarnain mendengar teguran ini, dia berjalan kaki pula dan menyuruh anaknya menunggang keldai dan dia berjalan di hadapan memegang tali dan mengheret keldai.

Apabila mereka melewati sebuah lagi kampung, mereka berdua terdengar pula teguran dari orang kampung tersebut, "Hai budohnya anak muda ini membiarkan orang tuanya berjalan kaki dan mengheret keldai . Sepatutnya dia yang berjalan kaki".

Apabila anak Dzulkarnain mendengar teguran ini, dia menjemput bapanya menunggang keldai bersama-sama.

Dan apabila orang-orang di sebuah kampung yang mereka lewati nampak dua orang manusia menunggang seekor keldai yang sarat dengan barang-barang jualan, mereka menegur pula, “Kejamnya kamu berdua. Tidak kah kamu kesihan kepada seekor binatang yang sekecil itu yang sudahpun dibebankan dengan barang jualan yang berat, kamu bebankan pula lagi dengan berat badan kamu.’

Dzulkarnain dan anaknya berasa malu dan kasihan kepada keldai kesayangan mereka itu. Lalu Dzulkarnain dan anaknya meneruskan perjalanan dengan memikul keldai itu dan barang-barangnya sekali di atas bahu mereka, bergilir-gilir.

Cerita selanjutnya saya biarkan untuk kita fikirkan bersama demi mencapai lakaran cerita yang lebih indah.

11. Pendekar Cahaya tahu, sesungguhnya benarlah kata-kata hikmat seorang ahli politk kulit putih, "aspirasi dan kehendak setiap individu pada sesuatu masa sukar untuk dipenuhi" atau dalam bahasa ekonominya "kemahuan manusia tidak terbatas sedang sumbernya amat terhad"

12. Pendekar Cahaya melakukan sesuatu dan membuat keputusan mengikut caranya tersendiri. Yang penting, kata orang, dia telah melaksanakan peranan dan tanggungjawab untuk memertabatkan bangsa dan rumpunnya dan bukan untuk kepentingan orang-orang yang mengelilinginya sahaja.

Tuesday, September 1, 2009

PENDEKAR CAHAYA : BANGGA DENGAN LOGHATNYA

1. Sebagai orang lama, Pendekar Cahaya banyak menimba ilmu pengetahuan yang dari pergaulan. Pendekar Cahaya "jauh berjalan, luas pandangan".

Dia telah terdedah kepada petua dan ajaran orang tua-tua sejak kecil lagi.

Pendekar Cahaya masih ingat, tanpa kompas (alat penunjuk arah) nelayan dahulu mengenalpasti tempat yang hendak dituju dengan hanya berpetunjukkan bintang-bintang di langit. Tanpa GPS (alat penunjuk lubuk ikan di dasar lautan) nelayan dahulu tahu tempat lubuk. Tanpa alat pengkaji cuaca, nelayan dahulu tahu bila lautan akan bergelora dan begitulah seterus.

2. Kini, sebagai Pengerusi Sidang Suara Negara, Pendekar Cahaya dapat mendengar banyak idea dari hujah-hujah pihak berkuasa dan pihak pembantah.

Pendekar Cahaya sungguh bertuah kerana dapat menimba ilmu pengetahuan dari hujah-hujah Ahli-Ahli Sidang Suara Negara.

3. Ada hujah yang cukup ilmiah dan membangun minda. Tidak kurang juga hujah yang memesong perkara dan isinya kosong.

4. Terkadang ada hujah yang cukup sensasi dan disampaikan dengan gaya tersendiri sehingga pihak sebelah naik berang. Terkadang ada pula hujah yang sinis dan disampaikan dengan suara lunak dan senyuman manis, walau pun hujah itu menggigit tetapi telinga pihak sasaran tidak merasa sakit.

5. Dalam pada itu, ada hujah yang biasa sahaja tetapi diluah dengan suara marah, mencabar pihak sebelah. Hujah sebegini yang menggamit perhatian dan menimbulkan kemarahan dari teman-teman yang berbeza pandangan.

6. Bahasa yang digunakan pula semamangnya sama, Bahasa Kebangsaan Negara, tetapi dengan loghat yang berbeza, menurut loghat daerah atau tempat asal ahli-ahli yang berhujah.

7. Tempat asal Pendekar Cahaya ialah dari sebelah Pantai Timor Negara, maka loghatnya sewaktu berhujah memberi petua kepada Ahli-Ahli Dewan Suara Negara amat ketara, dan terkadang telinga yang mendengarnya tercuit hati terketawa, tetapi Pendekar Cahaya selamba sahaja, kerana di dalam hatinya berkata, ‘Ku peduli apa. Kalau Ahli-Ahli Dewan Suara dari lain daerah berhujah dengan bangga menggunakan loghatnya, kenapa pula saya terikut-ikut berhujah mencontohi cara dan loghat mereka. Saya juga bangga dengan cara dan loghat saya.’

8. Terkadang ada hujah ahli Dewan Suara yang amat bermakna, boleh disifatlan sebagai hasutan, tetapi ahli yang berkenaan tidak perduli akan risikonya terhadap keselamatan. Dia terlupa, pada zaman twitter, Facebook, sms, mms, Email dan blog ini, apa sahaja yang di lafaz oleh lidah, di dalam beberapa minit sahaja akan tersebar luas ke merata-rata.

9. Dewan Suara Negara adalah sidang untuk membincang masalah rakyat jelata. Hujah-hujah diluahkan oleh ahli-ahlinya sememangnya berbeza-beza. Terkadang, ada ahli yang emosional dan tak dapat mengawal perasaan, sehingga mengundang reaksi yang setimpal dari kawan dan lawan.

10. Pendekar Cahaya terkadang sakit dada melayan karenah ahli-ahli Dewan Suara. Di masa-masa tertentu seperti semasa terdapat ahli yang mencetuskan kekecohan, Pendekar Cahaya terpaksa mengawal keadaan dengan menggunakan kuasa di tangan tanpa sebarang kekhuatiran dan keraguan.

11. Namun Pendekar Cahaya bershukor, setakat ini keadaan Dewan Suara Negara dapat dikawal olehnya dengan penuh tanggungjawab dan berhemah. Dia adil dan tidak berat sebelah untuk memberikan peluang bersuara kepada ahli-ahli dari pihak berkuasa dan pihak pembantah.

MENCARI SINAR

BatuGadung,

Saya ucap terima kasih atas kesudian anaknda mendidikasikan kepada saya sebuah sajak yang cukup bermakna, tetapi tidak setimpal dengan jasa atau pengorbanan saya kepada bangsa.

Saya tak pandai bersajak anaknda, tetapi biar saya cuba:

“MENCARI SINAR”

Di keheningan subuh,
di pondok usang, di desa sepi,
tiba bayi diriba ibu bapa papa,
didodoi dengan ‘ida-ida'
sejarah bangsa,
pesakanya .

Berbekal ‘ida-ida’ sejarah,
Berteman doa restu bangsa,
Meraba-raba entah kemana,
Kesaorangan, ketakutan, kelaparan,

Berkat doa,
Cahaya samar menyinar,
Menyinsing sedikit harapan,
Maju setapak, demi setapak kehadapan.
Perjalanan masih jauh,

Beratus purnama lamanya,
Berat kaki melangka,
Ah!....biarlah,
Betis bertenaga,
Menyusuri jalan mencari sinar,
Menerangi alam bangsa.

Wahai!, betis muda,
Melangkah lah kehadapan,
Jangan berebutan.
Sinar masih samar-samar kelihatan.

Nukilan,
Pa’Min
Dalam Pesawat AirAsia menuju ke Bandar Udara, Sukarno-Hatta,
Kota Jogjakarta.
Tanggal 1.9.2009
Jam 11 malam.

Sunday, August 30, 2009

PENDEKAR CAHAYA: BAHASA IBUNDA

Sebagai orang lama, Pendekar Cahaya masih ingat bertutur di dalam bahasa ibundanya. Terkadang sewaktu dia menyampaikan kuliah kepada anak-anak muridnya dikhalayak ramai, dia bertutur di dalam bahasa ibundanya, supaya ilmu yang disampaikannya kepada anak-anak muridnya tidak difahami oleh lain bangsa. Ini adalah kerana Pendekar Cahaya malu ilmu yang disampaikannya mengaibkan dirinya.

Walaupun raut wajahnya kelihatan garang, tapi sebenarnya Pendekar Cahaya pemalu orangnya.

Salam sa rekanu a mang’a Datu a piakala’a ku sa ginawa!,

Unaan ruun Si Rengit, agu su mang’a datu a mang’a laa i lalag,

Mataan den, su kianeg aken ruun a sekanu a mang'a'datu pembibitiara’i sa cyber ka eb’pa’gusar kun sa lalag a mapiah mipi’pantag ku bangsa, mia ka pia a tantu su tanam ku.

Giutu i kia pang’eped ku sa kam blog aya dapai aku ruun di tantu mataau.

Tapi, kagia mabati’a ku su lang’un a pananaru’un yu, eb’pa’ganta’an agu eb’papa’kaitu’un aku yu, mini igis su luu a mata ku.

Uga’id, amai ka aden a minid’salaa ku rekanu a mang’a datu, na maaf aku yu.
Amai ka aden a igis a ating yu a miakan ku, na halal an’yu raken.
Amai ka su tabang yu raken sa politik sa dalem a pamimikiran yu pidsiasia ku, ampun aku yu.

Amanaya pen aki, midtaman den suu kata’au ku agu kapintar ku.

Mia namar aku den, tapi maklum kanu ambu sa masu’sua a politik a inged. Gubang tanu gubang a patun’da’an. Maitu’u. Kadang-kadang migaled, kadang-kadang maanud, su kadakelan ruun na edseledan a aig. Pegka’sima aku ruun lumimas.

Ebpa’gayun aku sa pandapat i Datu Rengit. Sikitanu aya a Iranun mala’a i gagau agu manga’a talau.

Umana ka kena su gagau ku sa bangsa, miad’tai den aki maimukas aku den.
Umana ka kena su gagau ku pagari, miad’tai den tib’pi’i ku si Datu Rengit.

Dii ku mana kapeleng amai ka mang’a’talau kanu. Kun kanu mang’a’warau ed’tu’tuna tanu aki. Biti’araan tanu su kapiaan o bangsa tanu.

Sekah Datu Rengit, amai ka mawarau ka, id’tuna isan. Amai ka mawarau ka, sukeli isan sa galebek aya a mapened.

Timu’u an yu su mang’a lukus pagarih tahu langun, edsa’pa aku reka Datu Rengit, i umum ku sa rikiran seka ih mababaloi a peg’ka’unutan a bangsa. Restu engku seka.

Buat samantara, i salug tanu daan sa mapuru’u a ka’pagan’taan yu raken. Kena aki anan a galebek a kapiah atau. Su katuruun’an tanu a mang’a datu na dapai ka tendan ni di makatirau magan’ta sa waris yan.

Ogaid mautu den, ebpa’gapa’an aken su sembag yu.

Salaam,

Saken su Pagari yu a mala’a i tindeg sa bangsa.

Pa’Min.

BERPOLITIK TIADA FAEDAH KALAU TIADA KUASA.

“Buat apa berpolitik kalau tidak ada kuasa”, hujah mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada hadirin di suatu majlis politik di Sabah.

Kata-kata ini terpahat di hati saya sejak hari itu. Sebelum itu, pada saya, peranan pembangkang adalah sama pentingannya dengan peranaan pihak berkuasa. Tanpa adanya pembangkang, pihak berkuasa akan memerintah sewenang-wenangnya.

Tetapi, apabila saya dapat menyingkap erti di sebalik kata-kata itu, saya mula sedar bahawa apa yang dihujah oleh mantan Perdana Menteri itu adalah benar belaka.

Bayangkan!, sewaktu pilihanraya pihak berkuasa berkempen berhabis-habisan untuk memenangkan calon-calonnya demi untuk mengekalkan kuasa. Begitu juga pihak pembangkang, bertungkus lumus dengan sedaya upaya untuk mengalahkan calon-calon pihak pemerintah, supaya mereka dapat berkuasa.

Hati kecil saya berkata, “Kalau peranan pihak kerajaan dan pihak pembangkang sama pentingnya, kenapa sewaktu pilihanraya, kedua-duanya berkempen berhempas pulas untuk mengalahkan lawannya supaya dapat berkuasa.”

Kata-kata ini juga telah menyedarkan saya mengenai suatu perkara iaitu, “Patutlah di setiap daerah dan tempat di negara ini, berlumba-lumba untuk memilih pemimpin yang berwibawa dan dihormati, supaya dengan demikian, mereka mengharapkan manalah tahu pemimpin mereka itu diberikan peluang untuk memegang jawatan tinggi dan berkuasa dalam negara.”

Tahniah! kepada Bahagian Pekan di Pahang dan Bahagian Pagor di Johor yang masing-masing dapat mengetengahkan pemimpin-pemimpin yang berwibawa dan kini memegang jawatan tertinggi dan berkuasa di dalam Negara.

Cubalah! bahagian-bahagian yang lain untuk mengetengahkan pemimpin-pemimpin kamu yang berwibawa seperti Pekan dan Pagoh, kalaupun tidak sehebat pemimpin –pemimpin dari Pekan dan Pagoh itu, setidak-tidaknya pilihlah dan ketengahkan lah pemimpin-pemimpin yang apabila bola di “hantar ke kakinya, dia pasti dapat menyumbat gol ke gawang yang ternganga”.

Saya harap daerah dan bahagian saya juga bertindak sedemikian rupa.

Sesungguhnya, berpolitik tiada faedah kalau tiada kuasa. Cuma dengan adanya kuasa, pemimpin dapat membela nasib bangsanya.

RASA BANGGA

jalur gemilang Pictures, Images and Photos
Hari ini kita menyambut hari kemerdekaan negara. Pada saya, walaupun ada pihak yang berpendapat bahawa pencapaian negara ini seharusnya lebih baik dan hebat sekiranya ditadbir oleh bangsa lain, saya tetap berasa bangga sebagai warganya kerana negara ini ditadbir urus oleh pemimpin Malaysia.

Kejayaan pemimpin-pemimpin negara yang dapat memelihara keharmonian rakyatnya yang terdiri dari berbilang agama dan bangsa terserlah di seluruh dunia. Pencapain dalam aspek ekonomi juga membanggakan kita, dari sebuah negara pertanian, kini Malaysia di ambang pembangunan yang mengkagumkan.

Saya juga bangga, dilahirkan di sebuah daerah yang sejak merdeka penduduknya telah dapat menyumbang untuk mengisikan kemerdekaan dengan mengetengahkan pemimpin-pemimpin sehingga ke peringkat negeri dan negara. Walaupun kewibawaan mereka tidak sehebat dengan pemimpin-pemimpin jiran, namun pada hakikatnya daerah Kota Belud tidak ketinggalan dalam menyertai arus kepimpinan negara.

Wahai! anak-anak muda warga Malaysia yang dilahirkan di daerah Kota Belud, contohilah kejayaan Daerah Pekan di Negeri Pahang yang telah dapat mengetengah pemimpin yang berkaliber, pemimpin negara. Kalau Pekan bolih, Kota Belud juga boleh!.

Sesungguhnya saya bangga sebagai warga Malaysia yang dilahirkan di daerah yang bertuah.

Selamat Hari Merdeka ke 52 tahun. Merdeka, Merdeka, Merdeka.

Saturday, August 29, 2009

BERPOLITIK, SIAPA PUN BOLEH?

1. Seperti juga bidang-bidang yang lain, politik adalah satu kerjaya. Bezanya, politik terbuka untuk semua. Dari anak raja, dan golongan bangsawan sehinggalah ke rakyat biasa; dari individu yang berkulusan Phd dari universiti-universiti antarabangsa seperti Harvad, Oxford, Yale atau Cambridge sehinggalah orang kampung yang tidak berpendidikan formal; dari orang yang terkaya sehinggalah orang yang termiskin; dari orang muda sehinggalah orang yang paling tua, kesemuanya boleh menceburkan diri dalam arena politik kecuali terdapat halangan atau kesalahan undang-undang yang dilanggarnya, yang menyebabkan seseorang itu hilang kelayakan untuk menceburkan diri dalam politik secara langsung.

2. Akan tetapi bukan semua hamba Allah yang mencebur diri di dalam politik akan berjaya dengan cemerlang, gemilang dan terbilang. Pastinya, ramai yang gagal dan kecewa walauapapun nawaitu, motif, dan alasan sebenarnya yang mendorong mereka ini mencebur diri dalam arena politik.

3. Ada pihak yang berpendapat bahawa kejayaan seseorang individu di dalam arena politik tidak semestinya disebabkan oleh ‘kelebihan’ yang ada pada dirinya, tetapi disebabkan oleh faktor-faktor lain. Kononnya, seseorang individu yang tidak ‘sepertinya’, berjaya di dalam kerjayanya sebagai politikus sebab mempunyai kaitan dengan individu lain yang ‘berkelebihan’. Kaitan yang dimaksudkan di dalam konteks ini ialah hubungan keluarga atau hubungan ‘mentor’ dan ‘mentee’ politik. Dalam erti kata yang lain, kononnya kepimpinan di dalam bidang politik boleh di warisi atau diwariskan.

4. Ada juga pihak lain yang berpendapat, ada sedikit kebenarannya, bahawa kepimpinan di dalam bidang politik boleh di warisi atau diwariskan, tetapi ianya bergantung kepada beberapa faktor-faktor lain. Kepimpinan tidak dapat diwariskan kepada seseorang yang tidak minat atau seseorang yang tidak ‘berkelayakan’ atau ‘berkemampuan’ untuk mewarisi kepimpinan tersebut.

5. Faktor lain ialah yang menentukan ‘kejayaan’ seseorang pemimpin itu ialah penerimaan orang ramai terhadap kebolehannya. Bukan penerimaan segelintir manusia sahaja. Atau bukan atas kehendak keluarga terdekatnya atau ‘mentor’ politiknya. Di atas segala-galanya ialah ketentuan Allah Subhanawataala. Dalam pada itu, ada juga individu yang tidak berkecimpung atau minat berpolitik tetapi tidak semena-mena dia diangkat ke jawatan yang tinggi seperti jawatan menteri, jawatan yang diidam-idamkan oleh ramai politikus. Tetapi, mereka yang ‘bernasib’ baik ini adalah mereka yang memiliki suatu ‘kelebihan’ di dalam bidang tertentu dan ‘kelebihannya’ itu diperlukan untuk membantu memantapkan sesuatu tugasan dan tanggungjawab..

6. Pada kebanyakan politikus, seperti kita termasuk saya, untuk cemerlang, gemilang dan terbilang di dalam politik di peringkat dan darjah masing-masing, kita perlu meyusuri jalan biasa. Kita mesti ada minat di dalam bidang politik; Kita mesti menjadi ahli sesebuah parti politik; Kita mesti memegang sesuatu jawatan di dalam parti yang kita sertai sebagai ahlinya;

Untuk dapat memegangi sesuatu jawatan di dalam parti, kita perlu untuk bertanding merebut jawatan tersebut dan menang.

Lebih tinggi jawatan yang kita sandang dalam organisasi politik, maka lebih cerah lah harapan kita untuk dipertimbangkan untuk dicalonkan . Itupun, kalau kita mempunyai hubungan baik dengan pihak-pihak ‘atasan’ yang bertanggung jawab untuk memilih calon atau kita tergolong di dalam kategori pemimpin yang ‘setia’ kepada kepimpinan pihak-pihak ‘atasan’ yang berkenaan.

7. Setiap parti pula mempunyai caranya sendiri untuk memilih pemimpin-pemimpinnya. Bagi parti seperti UMNO, caranya adalah lebih kurang seperti yang dijelaskan di perenggan 6 di atas.

8. Untuk menang sesuatu jawatan yang kita tandingi (untuk ahli UMNO) adalah perkara yang tidak mempunyai suatu sifir atau formula khas. Kemenang tidak dapat ditentukan oleh pelajaran yang tinggi; Kemenangan tidak ditentukan oleh keturunan keluarga yang baik yang telah banyak menanam budi kepada masyarakat; Kemenangan tidak ditentukan oleh kekayaan; Kemenangan tidak ditentukan oleh ibu bapa atau keluarga terdekat yang berpengaruh; dan sebagainya ....dan sebagainya. Adapun yang menentukan kemenangan, ialah penerimaan sebilangan banyak pengundi terhadap ‘seadanya’ pada diri sesaorang calun dan dengan restu Yang Maha Esa, Allah Subhanawataala.

Saya katakan ‘penerimaan yang ‘seadanya’ pada diri sesaorang calun, kerana pengundi yang ‘tidak pandai menilai’, sudah tentu tidak akan mengundi atau memenangkan calun yang ‘berkelebihan’ yang boleh diketengahkan hingga ke peringkat politik daerah, negeri, negara dan antarabangsa.

Di sebaliknya, terdapat juga keadaan di mana pengundi ‘pandai menilai’ tetapi calon-calon yang dinilai semuanya terdiri dari pemimpin-pemimpin yang ‘below par’ dan tidak sampai ke mana cuma di peringkat kampung atau daerah mereka sahaja.

9. Ramai yang berminat dan kepingin mencebur diri di dalam kerjaya politik atas pelbagai sebab. Ada yang mencebur diri kerana memperjuangkan sesuatu isu yang dekat pada hatinya. Ada yang ingin jadi ‘Yang Berhormat’ untuk glamour sahaja. Ada yang terjerumus kerana desakan keluarga.....dan sebagainya......dan sebagainya......

10. Yang minat berpolitik pula mempamerkan pelbagai cara. Ada yang mencebur diri secara sepenuh masa, tiada kerja lain, politik semata. Ada yang politik sambilan sahaja, sambil kerja sebagai pegawai kerajaan, sambil berpolitik juga. Sampai hampir musim pilihanraya, dia dan orang-orang yang terdekat dengannya akan bergerak aktif melobi pihak-pihak yang berwajib untuk jadi calon pula. Malangnya bila tidak dicalonkan, dengan tiba-tiba pula menjadi tidak aktif.

11. Ramai juga yang minat berpolitik, tetapi takut terjun ke dalamnya. Politik mereka hanya duduk memerhati sebagai peminat perlawan main bola. Mereka takut menceburkan diri sepenuh masa sebab mereka tiada keyakinan pada diri sendiri. Hakikat yang sebenar orang seperti ini, kalau bertanding jawatan pun tetap akan kalah sebab tidak popular. Oleh kerana kecewa dengan keadaan ini, golongan seperti ini terus membebel sepanjang masa dan asyik menyalahkan orang lain pula atas nasib yang menimpanya.

12. Tidak kurang juga bilangannya yang ‘gila’ bertanding. Walaupun tidak pernah menang, dia tetap akan bertanding juga. Hanya dia sendiri yang faham sebenarnya kenapa dia bertanding. Mungkin atas sebab dia benci kepada mereka yang selalu menang dan mengalahkannya. Golongan ini berpegang atas prinsip ‘duri dalam daging’.

13. Ada juga yang berpolitik atas sebab bencinya kepada indivindu atau suku tertentu. Misinya cuma ingin lihat individu atau suku tertentu itu akan jatuh. Untuk itu, dia sanggup buat apa sahaja termasuk memfitnah ‘musuh’nya itu untuk memuaskan perasaan dendam di hatinya.

14. Tidak kurang juga yang berpolitik sebagai pemerhati atau pengkritik sahaja. Golongan ini pula terbahagi dalam dua kategori, ikhlas dan tidak. Yang ikhlas akan memberikan pendapat yang sebenar-benarnya demi untuk kepentingan rakyat jelata. Yang tidak ikhlas pula, sebarang pendapat darinya adalah agenda kepentingan sendiri atau pihak tertentu yang menjadi sekutunya.

15. Ada golongan yang berpolitik sebab ingin membuktikan kepada dunia bahawa jika diberikan peluang dia pun boleh!. Golongan ini biasanya ‘berkemampuan’ dan ‘berkelebihan’ dan apabila diberikan peluang mereka tetap cemerlang.

16. Cuma sedikit sahaja bilangan yang berpolitik atas sebab mereka ingin membuat peranan ‘to make a difference’, untuk membuat kebaikan untuk semua. Mereka ini, apabila berkuasa, berkerja keras untuk kebaikan rakyat jelata dan ingin ‘masuk’ di dalam lipatan sejarah bahawa sewaktu berpolitik dia telah cuba dengan sedaya upaya untuk memertabatkan bangsa, agama dan negaranya.

17. Sesungguhnya siapa pun boleh ‘berpolitik’!

Thursday, August 27, 2009

PENDEKAR CAHAYA : NAIK DARJAH

1. Ungkapan “Di masa muda, kita nak merubah dunia, di masa tua, kita nak merubah belia” adalah kata-kata hikmat seorang ahli fikir bangsa Europa.

2. Pada Pendekar Cahaya, kata-kata hikmat ini merujuk kepada peningkatan pemikiran manusia, di mana pada kelazimannya pemikiran seorang remaja adalah kurang matang berbanding dengan pemikiran seorang dewasa.

3. Pada pandangan seorang remaja yang masih di bangku sekolah, nasihat ibu bapa, semuanya membosankan dan karut semata. Tetapi, apabila dia sudah berumahtangga dan menjadi ibu atau bapa, baru lah dia sedar segala kesilapannya terhadap ibu dan bapanya.

4. Demikian juga halnya dalam berpolitik. Pemimpin-pemimpin muda mengkritik pemimpin -pemimpin lama. Bagi mereka ada sahaja yang tidak kena. Walhal, pada hakikat sebenarnya, kalau bukan kerana jasa pemimpin-pemimpin lama, pemimpin-pemimpin muda tidak akan dapat berlagak dan bermega-mega.

5. Dari masa ke semasa mesti berlaku peningkatan cara, pendekatan dan minda pemimpin atau naik darjah. Kegagalan berbuat demikian tentunya akan merugikan suku atau bangsa yang berkenaan.

6. Sebagai contoh, di persada politik negara tercinta, terdapat 6.orang tokoh-tokoh hebat. Mereka pernah berkhidmat untuk rakyat tetapi berlainan pencapaian dan pendapat. Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, bapa kemerdekaan, Tun Abdul Razak bapa pembangunaan, Tun Hussein Onn bapa kestabilan, Tun Dr. Mahathir bapa pembangunan modern, Tun Abdullah Badawi bapa keterbukaan dan Dato Najib Razak bapa pembaharuan.

7. “Alangkah baiknya kalau pemikiran pihak pembangkang juga naik darjah”, hati Pendekar Cahaya berbisik padanya.

8. Negara Malaysia, terutama sekali Parlimennya, sungguh terhutang budi dan sentiasa mengingati perkhidmatan seorang tokoh pembangkang yang terbilang, sentiasa mengkritik kerajaan tetapi dengan tertib, sopan dan berhemah.

9. Tokoh tersebut diberikan nama jolokan, ‘Mr. Opposition of Malaysia’ (Tuan Pembangkang Malaysia). Dia ialah Dr. Tan Chee Khoon sebuah nama yang akan terukir dalam sejarah politik Malaysia. Kepong adalah kawasan yang diwakilinya dan Parti PEKEMAS adalah wadah perjuangannya.

10. Di atas kewibawaan dan kebijaksanaanya, Kerajaan Persekutuan telah memberikannya pengikhtirafan dan gelaran Tan Sri sebagai pengiktirafan kepada sumbanganya terhadap politik dan negara.

11. “Seorang lagi tokoh pembangkang yang tidak luput dari ingatan kita. Dia mengkritik kerajaan dengan penuh tanggungjawab dan berhemah. Dia juga diberi gelaran Tan Sri oleh pihak kerajaan. Dia ialah Tan Sri Lee Lam Thye, mantan wakil rakyat kawasan Bukit Bintang”. Hati Pendekar Cahaya berkata untuk cuba sentiasa memperingatkan dirinya tentang pendekatan dan perjuangan mereka.

12. “Ya, saya tak akan lupa sebab kami pernah berkerja ‘bersama-sama’ semasa saya berkhidmat di Putrajaya "menjaga" Wilayah Persekutuan Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya.” Jawab Pendekar Cahaya pada dirinya dengan ceria.

13. Pendekar Cahaya tersenyum apabila dia teringat kawasan Parlimen Kepong. Pewaris kawasan Kepong adalah Dr. Tan Seng Giaw dari Parti DAP, anak didik politik dan ada hubungan keluarga dengan Tan Sri Dr. Tan Chee Khoon. Di dalam hatinya berkata, ‘Dr . Tan Seng Giaw beradat orangnya seperti juga dengan mentornya’.

14. Raut wajah Pendekar Cahaya menjadi kelam apabila dia teringat nama-nama kawasan parlimen seperti Puchong, Bukit Gelugor, Padang Serai, Batu Gajah dan Ipoh Timor. Hatinya bertanya dengan nada agak kecewa, “Bagaimana wakil-wakil kawasaan ini meletakkan gelaran ‘Yang Berhormat’ pada diri mereka dengan bangga tetapi mempamerkan keperibadiaan yang jauh berlainan dengan Dr. Tan Chee Khoon dan Dr Tan Seng Giaw. Bila lagikah fikiran mereka ini naik darjah?"

15. Fikiran Pendekar Cahaya melayang lagi dan hinggap di daerah dan tempatnya sendiri. Raut wajahnya kelihatan kadang-kadang tersenyum, kadang-kadang kelam, kadang-kadang perasaan geram menyelinap di hatinya dan kadang-kadang merasa sedih dengan keadaan semasa yang merungsingkan ramai pihak.

16. Bagaimanapun Pendekar Cahaya masih mampu tersenyum dan rasa bersyukur dapat melihat sukunya yang dahulu dianggap sebagi Lanun, tetapi kini dipandang seperti Perwira.

17. Pendekar Cahaya tersenyum kerana gembira melihat rumpun bangsanya, yang tinggal di kampung-kampung berjiran-jiran dan bersebelahan, yang dahulu bersengketa kini bersatu padu dan seia sekata untuk memertabatkan rumpun bangsa.

18. Wajah Pendekar Cahaya kekadang kelam kerana melihat ada anasir luar yang meracuni pemikiran pemimpin-pemimpin muda membenci pemimpin-pemimpin bangsanya sendiri.

19. Kendatipun, Pendekar Cahaya kekadang geram melihat gelagat anak-anak didiknya terkeluar dari garisan peradaban bangsa. Terkadang mereka menunjukkan sikap ketidak tertiban, 'meninggikan' suara di kala 'berhujah' di hadapan orang tua. Walhal, mereka telah dewasa dan berpendidikan tinggi belaka. Pendekar Cahaya bertanya pada diri, ''Apalah yang akan terjadi pada bangsa ku di hari muka, sekiranya bakal-bakal pemimpinnya bersikap angkuh, prejudis dan tidak beretika.?'

20. Pendekar Cahaya terkadang sedih melihat perjalanan yang masih jauh, dan berliku-liku. Dia khuatir, 'jalan yang masih berdebu' yang telah dibinanya, belum sempat dilalui olih pemimpin-pemimpin muda dari sukunya yang berhemah, dirosakkan olih 'matrempit' ala kampung yang rata-rata berfikiran tidak terbuka.

Terkadang terfikir bahawa faktor usia tidak mengizinkannya, tidak dapat menyaksikan kejayaan pemimpin-pemimpin rumpun bangsa untuk dapat duduk di singgahsana kuasa yang sepatutnya miliknya. Kerisauan mencabar kemungkinan mereka akan tercicir atas sebab kesilapan pemimpin-pemimpin bangsa juga sering bermain di kepalanya.

21. Pendekar Cahaya berdoa semoga pemikiran pemimpin-pemimpin sukunya, rumpun bangsanya, di daerah tempat kelahirnya, akan meningkat atau naik darjah demi untuk kepentingan dan kesejahteraan generasi mendatang.

22. AMIN!.

Wednesday, August 26, 2009

PENDEKAR CAHAYA : BUAT PERANAN!

1. Mantan Presiden Amerika Syarikat, John F. Keneddy pernah berhujah, ‘Usah tanya, apa yang negara boleh buat untuk kamu, tanya apa yang kamu boleh buat untuk negara kamu’.

2. Yang dimaksudkan olih JFK itu ialah merujuk kepada peranan individu terhadap sesuatu isu dan dalam konteks ini memertabatkan bangsa dan negaranya.

3. Maksud yang sama terdapat di dalam ungkapan, "You can make a difference" (kamu boleh membuat perubahan). Ungkapan ini mengajak sipendengar untuk memainkan peranan terhadap sesuatu isu. Objektif di sebalik ungkapan ini ialah, apabila individu, satu demi satu, sehingga beribu-ribu mendokong isu yang hendak diperjuangkan maka impaknya ke arah menjayakannya adalah lebih cerah berbanding jika isu tersebut cuma diperjuangkan oleh segelintir sahaja.

4. Presiden Amerika Syarikat yang baru, Barrack Hussein Obama telah mencipta satu seruan yang menggamit minat orang ramai. Seruan, "Yes we can" (Ya kita boleh) telah membawa tuah kepada penciptanya, menggamit minat jutaan rakyat, membuat peranan untuk mengubah keadaan politik Negara Amerika Syarikat, iaitu mendaftar sebagai pengundi dan mengundi Barrack Hussein Obama sebagai presiden.

5. Di Malaysia, seruan yang serupa juga ada, ‘Malaysia boleh!’. Seruan ini telah sedikit sebanyak membangkitkan semangat rakyat untuk berkerja keras ke arah memartabatkan bangsa dan Negara Malaysia sehingga ke tahap pencapaian yang membanggakan. Negara-negara yang sedang membangun dan setaraf dengannya, memandang tinggi terhadap pencapaian dan kejayaan Malaysia dan dijadikan sebagai negara contoh mereka.

6. Bersandarkan pada premis ini, bolehlah simpulkan bahawa apabila ramai individu yang berperanaan untuk menjayakan sesuatu perjuangan, maka impaknya ke arah yang di idamkan adalah lebih besar untuk direalisasikan daripada jika tidak ramai yang membuat peranaan untuk menjayakan sesuatu perjuangan.

7. Akan tetapi, ada peranaan yang boleh di lakukan oleh seorang individu yang mempunyai impak yang besar terhadap sesuatu matlamat yang tidak mampu dibuat oleh orang ramai.

Mahatma Gandhi telah dapat mengusir pemerintah penjajah kulit putih dari India dengan menggamit minat semua pemimpin-pemimpin yang mempunyai matlamat yang sama untuk berdiri di belakangnya sebagai satu pasukan dengan menunjukkan sikap bahawa dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menduduki jawatan yang tinggi apabila matlamat perjuangan itu tercapai.

Peranan Mahatma Gandhi di dalam perjuangannya memerdekakan negaranya ialah “berjuang tanpa mengharapkan balasan”.

Nelson Mandela, seorang pejuang kulit hitam di Benua Afrika, yang telah berjaya membebaskan kaumnya dari belenggu sistem politik ‘apartheid’ (sistem politik perkauman di mana orang kulit hitam tidak dibenarkan mengundi walaupun bilangan kaum mereka berpuluh kali ganda ramainya berbanding masyarakat kulit putih di negara tumpah darahnya sendiri, Afrika Selatan) telah berperanan, setelah menjadi Presiden, untuk menyatupadukan orang kulit putih dan kulit hitam di Afrika Selatan supaya bersama membangunakan ekonomi dan sistem demokrasi negara itu.

Untuk menjayakan matlamat itu, walaupun pernah merengkok di penjara selama 27 tahun sebagai hukuman kepadanya kerana menentang sistem ‘apartheid’, sebagai Presiden, Nelson Mandela telah tidak bertindak balas kepada orang kulit putih terhadap sikap perkauman mereka sewaktu sistem ‘apartheid’ beroperasi.

Walaupun kedudukannya sebagai presiden tidak tergugat , namun beliau mewariskan jawatannya kepada timbalannya, Thambo Embiki setelah beliau memegang jawatan tersebut selama empat tahun.

Peranan Nelson Mandela untuk memantapkan ekonomi dan demokrasi Negara Afrika Selatan setelah sistem ‘apartheid’ dimansuhkan ialah “tidak menaruh perasaan dendam”.

Ini berbeza dengan peranan yang dibuat olih Robert Mugabe di Zimbabwe (dulu Rhodesia). Beliau telah merampas semua tanah hak milik orang kulit putih dan diberikannya kepada orang kulit hitam dengan alasan bahawa tanah-tanah tersebut sebenarnya adalah tanah milik orang kulit hitam. Mugabe berpendapat, sebagai penjajah, orang kulit putih tidak berhak memiliki tanah di negara orang kulit hitam.

Akibat dari tindakan ini, ekonomi Negara Zimbabwe telah menjunam dan disisikah ramai terutama masyarakat antarabangsa.

Peranan Robert Mugabi yang meruntuhkan ekonomi negaranya ialah ‘menaruh perasaan dendam’.

8. Impak peranaan yang telah dimainkan olih Gandhi dan Mandela tidak mungkin dapat di buat olih individu biasa walau berapa ramai sekalipun. Ini adalah kerana, kedua-dua tokoh ini telah dapat mempamerkan keperibadian yang luar biasa, iaitu mereka dapat ‘mengangkat’ perasaan mereka ke tahap yang lebih tinggi daripada perasaan insan biasa. Perasaan tamak kuasa dan dendam telah tidak dapat ‘menakluki’ diri mereka. Sebaliknya mereka dapat ‘menguasi’ perasaan negatif itu.

9. Kedua-dua tokoh ini bukan beragama Islam.

10. Kemelut politik Negara Malaysia pada waktu ini adalah disebabkan olih perebutan kuasa di antara pembesar-pembesar yang sebangsa dan seagama. Kemelut ini akan berakhir sekiranya ada di antara mereka yang memikul peranan seperti yang dilakukan oleh Mahatma Gandhi dan Nelson Mandela demi untuk kepentingan negara.

11. Tuduh menuduh tidak akan memartabatkan bangsa, malahan ia akan menjejaskan nama baik bangsa yang menjadi tunjang pemerintah.

12. Kenapakah Mahatma Gandhi dan Nelson Mandela dapat membuat peranan tidak tamak kuasa demi untuk kebaikan bangsa mereka, sedangkan mereka tidak berpaksikan agama yang mereka anut dalam mebuat pertimbangan dan keputusan. Sesungguhnya ‘Kesabaran itu adalah istana iman’?’

13. Di atas semanagat perjuangan dan prinsip yang sama yang telah di pamerkan olih Mahatma Gandhi dan Nelson Mandela, bolehkah pemimpin-pemimpin negara, terutama sekali mereka yang berperanan untuk menentukan jatuh dan tegaknya maruah bangsa bermuasabah, membuat peranaan yang di luar kemampuan individu beratus ribu, demi untuk kepentingan generasi mendatang dan bangsa?.

14. Sesungguhnya, ada peranan yang cuma dapat dimainkan olih individu tertentu dengan impak positif yang memanfaatkan masyarakat secara menyeluruh.

15. Dan sesungguhnya juga, seseorang individu yang membuat peranan yang tidak tamak kuasa, di pandang lebih mulia dan 'berkuasa' daripada individu yang berkuasa.

Tuesday, August 25, 2009

PENDEKAR CAHAYA: FORMULA 2: 1: 1: SESUAI UNTUK DAERAH KOTA BELUD?

1. “Lain Lubuk lain ikan, lain padang lain belalang”. Makna peribahasa ini adalah bertepatan sekali dengan keadaan kemelut politik di Daerah Kota Belud berbanding dengan keadaan politik di daerah lain di Negeri Sabah. Seperti juga dengan daerah-daerah lain, setiap tiga tahun politik di daerah ini bergolak. Kalau pada hari-hari biasa pekan Kota Belud dan kedai-keadai kopi lengang, tetapi pada setiap tahun pemilihan (untuk Parti UMNO), hampir semua kedai kopi dipenuhi olih pelanggan yang kebanyakannya terdiri dari "orang-orang politik". Keadaan ini berterusan sepanjang waktu berkempen.

2. Kalau di daerah-daerah lain persaingan adalah di antara calun-calun yang sebangsa, di Daerah Kota Belud, persaingan adalah di antara suku-suku, Bajau, Kadazandusun, Cina dan Iranun . Masing-masing berkempen untuk memenangkan ‘kuda’nya, yang semestinya, ‘kuda-kuda’ ini pula adalah sebangsa dengan pekempen-pekempen itu.

Atas sebab itu ‘kehangatan’ kempen adalah lebih panas berbanding dengan daerah-daerah lain.

3. Satu lagi kelainan politik di Daerah Kota Belud ialah keputusan pemilihan akan menjadi tajuk perbualan berminggu-minggu, kadang-kadang berbulan-bulan. Rumah telah siap, pahat masih berbunyi. Kemenangan atau kekalahan seseorang calon, tidak habis-habis dipersoalkan. Ada calon kalah yang tidak menerima kekalahannya dengan hati yang terbuka. Ada yang kurang berpuas hati dengan keputusan perwakilan. Malahan ada yang emosional dan marah kepada orang-orang yang mereka fikir telah bertanggungjawab di atas kekalahannya.

4. Sebagai contoh, keputusan pemilihan G7 baru-baru ini telah mencetuskan kontroversi di mana semua calon-calon dari suku Iranun telah kalah. Kononnya, kekalahan mereka itu disebabkan olih rancangan rapi pihak tertentu yang ingin melihat penglibatan suku Iranun di dalam politik Daerah Kota Belud tetap berada ditahap ‘seperti rumput ditepi jalan, hidup segan mati tak mau’. Dan kononnya juga, ada pemimpin veteran dari suku itu, yang telah gagal untuk mengetengahkan gagasan politik yang mantap bagi suku Iranun, untuk sentiasa mempunyai tempat di dalam politik Parti UMNO Bahagian Kota Belud.

Walaupun Kemenangan dua orang pemimpin pemuda dari suku Iranun yang bertanding untuk merebut tempat sebagai perwakilan Pemuda adalah kemenangan yang ‘sebenar’, namun ianya dianggap olih pemimpin-pemimpin masyarakat Iranun sebagi kemenangan ‘ehsan’ atau undi ‘kasihan’ atau undi untuk ‘mengabui’ mata suku ini untuk ‘menyembunyikan’ strageti suku bangsa majoriti yang ‘menekan’ politik suku Iranun sejak dahulu, sekarang dan di masa akan datang.

5. Apapun, kata orang, politik adalah politik. Kalau tidak ada perbezaan pendapat dan pandangan, itu bukan politik namanya.

6. Akan tetapi, ada pihak juga yang mengatakan bahawa, walaupun perbezaan pendapat dan pandangan merupakan perkara biasa atau asam garam politik, namun perbezaan pendapat yang tidak berbatas atau terkawal akan mencetuskan keadaan yang akan menjejaskan kestabilan politik sesuatu tempat, daerah, negeri atau negera. Apa tak lagi kalau mereka yang berbeza pendapat itu terdiri dari suku-suku yang mempunyai latar belakang sejarah persengkitaan .

Atas sebab pertikaian seperti ini, suatu formula yang telah terbukti kesan positifnya telah diwujudkan olih pemimpin-pemimpin dahulu. Formula yang dimaksudkan ialah konsep politik yang diamalkan olih Barisan Nasional sekarang, konsep ‘perkongsian kuasa’. Konsep ini menuntut supaya setiap bangsa di dalam negara ini diagihkan ‘tempat dan kuasa’ setimpal dengan jumlah bilangan suku yang berkenaan. Bukan itu sahaja, malahan ada kawasan yang majoriti penduduknya yang terdiri dari satu bangsa tetapi calun yang dipilih untuk bertanding di kawasan itu semasa pilihanraya, dari bangsa lain.

7. Memandangkan bahawa penduduk di Daerah Kota Belud adalah terdiri daripada tiga suku, Bajau, Kadazandusun dan Iranun dan pada setiap ‘tahun’ pemilihan politik Daerah Kota Belud bergolak, mungkin ada baiknya kalau konsep ‘perkongsian kuasa’ ini diaplikasikan di daerah tesebut. Pada setiap ‘tahun’ pemilihan, jawatan-jawatan yang perlu diisikan menurut kehendak perlembagaan, atas persefahaman dan kesepakatan pemimpin-pemimpin tempatan, hendaklah diisikan melalui proses ‘pertandingan tanpa tanding’ atau kuota.

8. Konsep ‘pertandingan tanpa tanding’ ini melibatkan jawatan-jawatan tertentu yang telah dikenal pasti untuk disandang olih sesuatu suku, atas kesepakatan, hendaklah ditandingi olih calun-calun dari suku itu sahaja. Umpamanya, kalau atas kesepakatan, jawatan Timbalan Ketua Bahagian diagihkan kepada suku Iranun sebagi kuota suku tersebut, maka pada setiap ‘tahun’ pertandingang, bangsa-bangsa lain tidak akan dibenarkan untuk bertanding untuk merebut jawatan tersebut.

Terpulanglah kepada suku Iranun pula, samada mereka akan bertanding sesama sendiri. Untuk mengelakkan perselisihan faham, ada baiknya kalau pertandingan ditiadakan. Tetapi, ini tidak akan menjamin bahawa calun yang ‘terpilih’ tanpa tanding itu pula merupakan calun yang popular, berkalibar atau ‘berkelebihan’.

9. Konsep ‘pertandingan tanpa tanding’ ini juga bolih diaplikasikan kepada pertandingan memilih G7 atau wakil 7. Bilangan wakil sesuatu suku di dalam rumbongan (perwakilan) yang hendak di hantar ke Mesyuarat Agung parti di Kuala Lumpur hendaklah ditetapkan setimpal dengan jumlah suku yang berkenaan. Cara pemilihannya adalah serupa dengan prosedur memilih penjawat jawatan di dalam Bahagian.

10. Dalam pada itu, tanpa persefahaman dan kesepakatan ikhlas di antara pemimpin-pemimpin politik setempat, formula ini tidak akan dapat dijayakan.

11. Kalau konsep ‘pertanding tanpa tanding’ ini mendapat sambutan di kalangan para pemimpin politik tempatan, mungkin juga ianya sesuai untuk diaplikasikan di dalam hal untuk memilih calun di dalam pilihanraya.

12. Daerah Kota Belud mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri, N. 6 Tempasuk, N. 7 Usukan dan N 8 Kadamaian dan satu Kawasan Parlimen, P.169 Kota Belud. Majoriti penduduk Daerah Kota Belud adalah Bajau, diikuti olih Kadazandusun dan ketiga Iranun. Pada masa ini, terdapat tiga orang wakil rakyat dari suku Bajau ( N. 6 Tempasuk – Datu Haji Musabah Hj Jamli; N. 8 Usukan – Datu Japlin Akhim dan P. 127 Kota Belud – Datu Abdul Rahman Dahlan) dan seorang dari suku Kadazandusun (N. 7 Kadamaian – Albert Timbun Lagadan). Sebelum pilihanraya umum ke 12, Kawasan N. 6 Tempasuk diwakili olih Iranun, Pandikar Amin Haji Mulia.

13. Di samping isu bilangan penyertaan suku Iranun di dalam G7, dan di dalam Jawatankuasa UMNO Bahagian Kota Belud, pemimpin-pemimpin dari suku Iranun dan masyarakatnya mempersoalkan ‘ketiadaan’ wakil rakyat dari suku mereka yang dicalonkan pada pilihanraya umum ke 12. Suku ini bertanya, ‘Mungkinkah di masa-masa yang akan datang, suku ini tidak akan diberikan peranan untuk membela nasib bangsa mereka melalui suaranya sendiri di Dewan Undangan Negeri Sabah atau di Parlimen Malaysia?’.

14. Ada pihak yang berpendapat bahawa, untuk menstabilkan keadaan politik di Daerah Kota Belud, adalah wajar untuk pihak-pihak yang berwajib untuk memikirkan suatu formula yang bolih diterima oleh tiga suku di daerah ini. Dan formula yang diketengahkan ialah Formula 2 : 1: 1, dimana setiap suku diagihkan kawasan pilihanraya untuk ditandingi olih calun dari suku mereka. Memandangkan suku Bajau merupakan suku yang majoriti, maka wajarlah jika suku ini diagihkan dua kawasan pilihanraya dan Kadazandusun dan Iranun masing-masing diagihkan satu kawasan.

15. Apapun terpulanglah kepada kebijaksanaan pucuk pimpian UMNO Bahagian Kota Belud untuk menentukan arahtuju politik daerah ini selaras dengan aspirasi tiga suku, Bajau, Kadazandusun dan Iranun yang hendak tinggal berjiran di dalam suasana keharmonian.

Sunday, August 23, 2009

PENDEKAR CAHAYA: MUSUH DALAM SELIMUT

1. "Sesungguhnya, datuk nenek kita dahulu amat bijak menggunakan bahasa untuk menyampaikan mesej. Kebijaksanaan ini dapat dilihat dari kiasan, pepatah, peribahasa, gurindam, seloka dan pantun. Hujah mukadimah Pendekar Cahaya sewaktu memberi kuliah kepada sekumpulan pendekar-pendekar muda.

2.. "Beri contoh, Tuan Guru!,", ujar seorang pendekar yang duduk dibarisan belakang dengan suara yang agak nyaring.

3. " 'Musuh dalam selimut' adalah satu contoh yang klasik. Di dalam bahasa kasarnya, erti atau makna 'musuh dalam selimut' adalah 'pengkhianat’ atau ‘menikam kawan dari belakang’", Pendekar Cahaya menjelaskan.

4. "Itu , kami tahu Tuan Guru, tetapi yang saya tak faham dan ingin Tuan Guru perjelaskan lagi ialah sifat-sifat dan tindakan individu 'pengkhianat' atau 'musuh dalam selimut'", hujah seorang pendekar yang duduk di barisan hadapan.

5. Seperti pada lazim, apabila Pendekar Cahaya memberi sesuatu penjelasan kepada anak-anak muridnya berhubung dengan perkara-perkara kompleks, Pendekar Cahaya memberi penjelasan dengan memperdengarkan kisah-kisah lama yang releven dengan persoalan berbangkit untuk mengasuh minda anak-anak muridnya ke arah kematangan. Sesungguhnya Pendekar Cahaya menyedari ‘kelemahan’ daya fikir kebanyakan pendekar-pendekar muda. Terpahat di hati Pendekar Cahaya kata-kata hikmat berhubung dengan sifat pendekar-pendekar muda, ‘sewaktu muda kita mahu mengubah keadaan dunia, sewaktu tua kita mahu mengubah keadaan belia’.
.
6. Sebagai jawapan kepada persoalan yang telah dibangkitkan oleh seorang pendekar yang duduk di barisan hadapan, Pendekar Cahaya memperdengarkan riwayat pengembaraan Datu Pahlawan Setia Bangsa di dalam dunia persilatan.

7. "Kamu ingatkah riwayat Datu Pahlawan Setia Bangsa, pelopor 'seni persilatan' bangsanya, Ranunan" Pendekar Cahaya bertanya kepada anak-anak muridnya.

8. "Ingat, Tuan Guru", serentak mereka menjawab.

9. "Kalau kamu ingat, kamu juga tentu ingat gagasan Datu Pahlawan Setia Bangsa, yang menggalakan perpaduan dan kerjasama dengan bangsa lain. Gagasan tersebut dicetuskann olih falsafah di sebalik kata-kata hikmat ‘seramai ramai bangsa sedikit, lebih ramai bangsa yang ramai’. Melalui gagasan itu Datu Pahlawan Setia Bangsa telah membina suatu "leburaya persilatan yang luas” untuk laluan pendekar-pendekar pelapis dari bangsa minoriti seperti bangsa Ranunan yang ingin mengembara di dunia persilatan. Akan tetapi, bagi pendekar-pendekar yang dilahirkan di kalangan bangsa yang minoriti, ‘leburaya persilatan yang luas’ adalah tidak memadahi sebagai ‘wadah’ untuk mereka dapat bersaing dengan pendekar-pendekar yang dilahirkan di kalangan bangsa yang majoriti, apa tak lagi kalau pendekar-pendekar yang disaingi itu keturunan keluarga pahlawan silat dan hartawan. Ini adalah kerana, masih ada lagi ‘penghadang’ yang perlu didepani olih mereka. Dan tiada sesiapa yang dapat membantu mereka untuk meranapkan atau melenyapkan penghadang ini, melainkan pendekar-pendekar itu sendiri.

10. Belum sempat Pendekar Cahaya menghabiskan hujah, seorang pendekar yang jarang-jarang bercakap, bertanya pula, “Apakah agaknya ‘penghadang’ itu dan bagaimanakah pula ianya bolih di atasi olih pendekar-pendekar seperti kami yang rata-rata daif, kerdil dan papa?”

11. “Itu satu soalan yang baik”, jawab Pendekar Cahaya dan terus memberi penjelasan, ‘Penghadang’ itu ada pada diri setiap insan termasuk orang-orang ilmuan, cendikiawan, hartawan, pahlawan dan insan biasa. ‘Prejudis’ adalah penghadang utama. Dan untuk mengatasi penghadang ini, pendekar-pendekar dari bangsa minoriti perlu ada ‘keluarbiasaan’ atau ‘kelebihan’ yang menempatkan diri mereka di suatu kedudukan yang tidak mudah untuk dipinggirkan. Meminggir pendekar yang ‘berkeluarbiasaan’ atau ‘berkelebihan’ akan mengundang reaksi negatif dari kalangan mereka yang berpegang kepada prinsip keadilan.

Sesiapa yang menghayati liku-liku perjalanan pengembaraan Datu Pahlawan Setia Bangsa akan mengakui bahawa pengembaraannya sebagai pendekar dari bangsa minoriti, Ranunan mempunyai ciri-ciri 'kelebihan' atau 'keluarbiasaan', berlainan dengan pengembaraan persilatan pendekar-pendekar yang seangkatan dengannya. Pengembaraan Datu Pahlawan Setia Bangsa banyak ‘menyusung’ arus daripada ‘mengikuti’ aliran arus. Keyakinan dan keberaniannya mendepani segala rintangan dunia persilatan sukar untuk ditandingi, mengambilkira latar belakang keluarganya yang miskin dan asal usul bangsanya yang minoriti.

Datu Pahlawan Setia Bangsa, menurut kisahnya, tidak pernah di asuh olih mana-mana guru persilatan dan tidak pula mewarisi kepimpinan persilatan yang digeruni dari ayahnya mahu pun ahli-ahli keluarganya. Yang jelas ialah penglibatanya di dalam dunia persilatan adalah atas dorongan perasaan dan keinginan yang tinggi untuk membuktikan kepada dunia bahawa asal usul bangsanya adalah bangsawan dan bukan “Lanun”. Setimpal dengan statusnya sebagai bangsa yang 'berkedudukan' sebaris dengan bangsa-bangsa lain sewaktu Borneo Utara diperintahtadbir olih Penjajah Kulit Putih, Ranunan seharusnya “bertempat” sebaris dengan bangsa-bangsa majoriti yang lain dalam arus perdana kekuasaan persilatan daerah tumpah darahnya pada awal merdeka.

Persembahan langkah dan bunga-bunga silatnya pertama kali dipersembahkan di kawasaan disebelah dia dilahirkan, dan persembahan tersebut adalah atas tajaan Tun Datu Maulana. Akan tetapi hubungan mereka tidak lama. Mereka bersengkokol cuma setahun dua sahaja.

Setelah meninggalkan gelanggang persilatan Tun Datu Maulana, Datu Pahlawan Setia Bangsa telah mengembara bersendirian mengikut gagasan ciptaannya sehingga dia di kenali di seluruh negara.

12. Ketersohoran nama Datu Pahlawan Setia Bangsa, dicapai, bukan melalui jalan pengembaraan yang pintas. Ianya dicapai setelah Datu Pahlawan Setia Bangsa berkecimpung di dunia persilatan berpuluh tahun dengan gaya dan caranya yang tersediri. Dia telah kecundang beberapa kali tetapi sebagai seorang pendekar yang satu-satunya mewakili bangsanya dalam dunia persilatan, Pendekar Cahaya tidak pernah putus asa atau kecewa. Baginya, dialah ‘flag carrier’ (pemegang panji-panji) bangsa. Kejatuhannya adalah sama dengan kejatuhan panji-panji bangsanya.

Pada Datu Pahlawan Setia Bangsa dan pendekar-pendekar yang sama taraf dengannya, ‘kekecewaan’ adalah perkataan yang tidak lagi mempunyai makna. Akan tetapi pendekar-pendekar muda mudah kecewa dan putus asa.

13. Pendekar Cahaya merenung setiap wajah anak-anak muridnya yang semuanya menunjukkan raut wajah yang ingin tahu cerita selanjutnya.

14. "Sebagai contoh, di zaman persilatan Datu Pahlawan Setia Bangsa, sepupunya Pendekar Muda telah cuba untuk membuktikan kelincahannya bersilat di dalam suatu 'pertandingan sesama pendekar di bawah satu panji-panji' di daerah sendiri. Pendekar Muda kencundang di dalam pertandingan dan menyalahkan Datu Pahlawan Setia Bangsa. Kononnya, Datu Pahlawan Setia Bangsa telah tidak "merestui" penyertaannya di dalam pertandingan tersebut. Dan kononnya juga, keengganan Datu Pahlawan Setia Bangsa untuk merestui pencalunannya dan mencantas pendekar-pendekar lain yang sebangsa dengannya, adalah atas sebab bahawa Datu Pahlawan Setia Bangsa menunggu ketibaan anaknya dari pertapahan untuk menggantinya sebagai Pendekar Cahaya di daerah mereka", Pendekar Cahaya menjelaskan dengan suara yang lembut tetapi meyakinkan.

15. Walaupun anak-anak muridnya nampak bahawa Pendekar Cahaya agak kepenatan sebab terlalu lama duduk bersila, kerana ingin tahu cerita seterusnya, seorang pendekar yang duduk dipenjuru gelangang berkata, "Tuan Guru, kami tahu bahawa Tuan Guru telah lama duduk dan mungkin kepenatan, tetapi cerita ini menggamit minat dan kami mahu Tuan Guru menghabiskan cerita Pendekar Muda yang kecundang itu".

16. Pendekar Cahaya menarik nafas panjang, merenung ke arah pendekar yang duduk di penjuru gelanggang dan meneruskan ceritanya, "Sebenarnya, menurut kisah ini, Pendekar Muda telah menghadap untuk meminta restu Datu Pahlawan Setia Bangsa dan dia dinasihati untuk tidak meneruskan niatnya sebabnya dia masih muda dan baru sahaja mencebur diri di dalam dunia persilatan. Sebelum ini pun ramai pendekar-pendekar muda sebangsa dengannya yang telah meminta restu Datu Pahlawan Setia Bangsa dan telah diberikan pandangan dan nasihat yang serupa. Malangnya mereka tidak mengindakannya, lalu sahaja meneruskan niat dan kecundang akhirnya. Datu Panji Alam adalah pendekar muda pertama yang sebangsa dengan Datu Pahlawan Setia Bangsa yang telah meminta restunya mencuba nasibnya mencabar mantan Ketua Pemuda Pendekar Daerah sewaktu Datu Panglima Gagah menjadi Ketua Pendekar Daerah dan memegang kuasa tertinggi dalam negeri. Datu Panji Alam telah tidak mendengar nasihat Datu Pahlawan Setia Bangsa. Akibatnya Datu Panji Alam juga telah kecundang.

Sebenarnya, menurut kisah, keengganan Datu Pahlawan Setia Bangsa merestui pencalunan Pendekar Muda sebab dia belum mahir dengan sepak terjangan dan ‘penipuan’ dalam dunia persilatan. Akan tetapi, secara senyap-senyap Pendekar Muda meneruskan niatnya. Kononnya, peluangnya untuk meraih kemenangan adalah cerah sebab dia ditaja olih Datu Ketua Pendekar Daerah, Datu Pendekar Wakil Bukit, Datu Mantan Ketua Pemuda Pendekar Daerah dan pendekar-pendekar yang gagah dan berkuasa dari lain daerah, termasuklah Timbalan Ketua Pemuda Pendekar Negara, anak menantu kepada Perdana Pendekar Negara. Di samping itu, dia telah 'menjual' nama Datu Pahlawan Setia Bangsa sewaktu dia diperkenalkan kepada pendekar-pendekar lain dari bangsa majoriti. Kononnya Datu Pahlawan Setia Bangsa merestui niatnya.

Pembohongan ini telah sampai ke telinga Datu Pahlawan Setia Bangsa. Tanpa lengah-lengah Datu Pahlawan Setia Bangsa memanggil pendekar-pendekar muda yang lain yang taat kepadanya dan mengarahkan mereka semua untuk menghebahkan kepada umum bahawa dia tidak ada memberikan restu kepada sesiapa melainkan kepada Ketua Pemuda Pendekar Daerah. Pendekar Cahaya berhenti sejenak dengan menarik nafas panjang.

17. Pendekar Cahaya meneruskan ceritanya, "Pada musim yang sama, Datu Panglima Gagah, sahabat persilatan kepada Datu Pahlawan Setia Bangsa telah mengambil keputusan untuk mencabar kedudukan Datu Ketua Pendekar Daerah. Keputusan itu adalah rancangan mereka berdua. Datu Pahlawan Setia Bangsa dan Datu Paglima Gagah pula merestui niat Ketua Pemuda Pendekar Daerah untuk bertanding dan mempetahankan kedudukannya sebagai ketua pendekar-pendekar muda daerah. Manakala niat Pendekar Muda untuk mencabar kedudukan Ketua Pemuda Pendekar Daerah direstui oleh Datu Ketua Pendekar Daerah dan kuncu-kuncunya. Antara mereka ini adalah Datu Wakil Pendekar Bukit dan mantan ketua pemuda pendekar-pendekar daerah. Dalam erti kata lain, Pendekar Muda telah mengambil keputasan yang berani untuk memihak pada ‘orang lain’ untuk menjatuhkan maruah dan sekali gus merosakkan gagasan yang telah dirancang olih abang sepupunya, Datu Pahlawan Setia Bangsa.

18. Pendekar Cahaya terus menyambung cerita, "Atas berkat kerjasama dengan Datu Pahlawan Setia Bangsa, Datu Panglima Gagah telah memenangi pertanding. Ketua Pemuda Pendekar Daerah juga telah mengalahkan Pendekar Muda."

19. Pendekar Cahaya bercerita lagi, " Di atas kekalahannya itu, Pendekar Muda dan pendekar-pendekar lain yang menyokongnya menyalahkan Datu Pahlawan Setia Bangsa kerana tidak membantunya.

20. "Begitulah kisah Datu Pahlawan Setia Bangsa yang mempunyai semangat setiakawan, membantu memenangkan Datu Panglima Gagah dan Ketua Pemuda Pendekar Daerah. Atas prinsip ini, Datu Pahlawan Setia Bangsa sanggup mengorbankan sepupunya Pendekar Muda demi untuk kepentingan masa depan bangsanya", Pendekar Cahaya menamatkan hujah.

21. "Tuan Guru, kenapa Tuan Guru katakan bahawa dengan mengorbankan sepupunya Pendekar Muda, Datu Pahlawan Setia Bangsa sebenarnya mementingkan masa depan bangsanya. Pada saya, tindakan itu sebenarnya mengorban atau membunuh masa depan bangsanya, sebab Datu Pahlawan Setia Bangsa telah mencantas peluang Pendekar Muda untuk mempamerkan kelincahan persilatannya. Bukankah tugas pemimpin, antara lain ialah "menyediakan" pemimpin pelapis?. Saya tak faham tindakan Datu Pahlawan Setia Bangsa itu. Bolehkah Tuan Guru perjelasankan pemikiran Datu Pahlawan Setia Bangsa yang sanggup mengorbankan sepupunya?", hujah seorang pendekar yang duduk dibarisan tengah.

22. "Memang benar bahawa, antara lain tanggungjawab pemimpin tua adalah mengasuh atau menyediakan pemimpin pelapis. Akan tetapi, dalam konteks kisah Datu Pahlawan Setia Bangsa tugasnya yang lebih penting adalah 'mebina minda terbuka' di kalangan pendekar-pendekar muda di daerahnya; mewujudkan suasana yang mendorong pelbagai bangsa untuk berkerjasama sehingga meminggirkan perasaan 'prejudis' sesama mereka. Dengan ketiadaan perasaan 'prejudis', pertandingan di antara pendekar-pendekar pelbagai bangsa akan menjadi adil dan telus sebab 'pengadil' yang terdiri dari rakyat jelata akan memilih pendekar-pendekar berasaskan kebolihan dan keperibadian dan bukan atas sebab bahawa pendekar yang terpilih adalah dari bangsa majoriti. Dan perlu juga diingati bahawa di dalam dunia persilatan kepentingan kebanyakan diutamakan daripada kepentingan perseorangan", Ujar Pendekar Cahaya.

23. Pendekar Cahaya terus bercerita, "Pantang bagi seorang pendekar tersohor seperti Datu Pahlawan Setia Bangsa untuk menikam "musuh"nya di belakang. Apa tak lagi teman seperjuangan. Menurut kisah, Pada waktu itu Datu Pahlawan Setia Bangsa, Datu Panglima Gagah dan Ketua Pemuda Pendekar Daerah adalah sepasukan dan beregu. Manakala Pendekar Muda "ditaja" dan memihak kepada pasukan Datu Ketua Pendekar Daerah, Datu Pendekar Wakil Bukit dan mantan Ketua Pemuda Pendekar Daerah.

Memang adat di dalam dunia persilatan, sewaktu pertandingan ada yang kalah dan ada yang menang. Akan tetapi, Pendekar Muda tidak dapat menerima kekalahannya dengan hati yang terbuka. Dia menyalahkan Datu Pahlawan Setia Bangsa di atas kekalahannya. Bayangkan risikonya kepada bangsanya kalau Datu Pahlawan Setia Bangsa menyebelihi Pendekar Muda samada terus terang atau secara rahsia!. Bukankah Datu Pahlawan Setia Bangsa akan di tuduh sebagai musuh dalam selimut atau pengkhianat kesetiakawanan?".

24. Pendekar Cahaya meneruskan penjelasan, "Menurut kisah, pada waktu muda mereka, Datu Pahlawan Bangsa Setia dan Datu Panglima Gagah yang berlainan bangsa pernah beradu panca silat. Nasib memihak pada Datu Pahlawan Setia Bangsa sebab pada waktu itu, Tun Datu Maulana ‘menaja’ Datu Pahlawan Setia Bangsa. Bertahun-tahun lamanya mereka ini ‘bermusuhan’ sehingga kedua-dua suku mereka yang sedaerah dan tinggal di kampung-kampung yang berjiran-jiran ikut bermusuhan. Sehingga ada di antara pendekar-pendekar dari kedua-dua suku ini yang mengungkit sejarah bangsa dan pendekar-pendekar mereka dahulu kala.

Akan tetapi, keadaan dunia berubah dari masa kesemasa. Di dalam perubahan ini, pendekar-pendekar yang dahulunya muda telah menjadi dewasa dan matang. Begitu lah yang terjadi kepada dua datu ini. Mereka telah memikirkan perkara-perkara yang baik untuk suku masing-masing. Dan yang sebaik-baiknya untuk mereka adalah berkerjasama untuk memertabatkan dua suku bangsa yang berlainan di dalam satu wadah perjuangan. Kedua-dua datu ini telah menyedari bahawa “musuh” mereka yang sebenarnya adalah “orang lain” yang juga mahu bangsanya berada di singgasana persilatan dan kuasa di negeri dan Negara. Kuasa adalah penentu atas segalanya. Tanpa kuasa impian dan cita-cita untuk melonjakkan nasib bangsa kehadapan akan tinggal sebagai igauan buat selamanya.

Menurut kisah, kerjasama di antara Datu Pahlawan Setia Bagsa dan Datu Panglima Gagah telah menghasilkan buah. Datu Panglima Gagah, yang terpinggir nama dan kuasa dipersilatan negari dan Negara pada beberapa ketika telah dinobatkan sebagai Timbalan Pengerusi Pehubungan Persilatan Negeri.

Bayangkan akibatnya, sekiranya Datu Pahlawan Setia Bangsa telah memihak kepada sepupunya Pendekar Muda secara terang-terang atau rahsia!?

25. Belum sempat Pendekar Cahaya menjelaskan, seorang anak muridnya dengan tidak sabar lagi mengemukakan pertanyaan, “Apa risikonya, Tuan Guru?’

26. “Banyak risikonya. Antaranya ialah, pertama, nama Datu Pahlawan Setia Bangsa yang tersohor di kalangan pendekar-pendekar rumpun bangsanya terutama sekali di daerahnya sendiri, sebagai bapa perpaduan rumpun bangsa akan tercemar. Datu Pahlawan Gagah tidak akan mempercayai Datu Pahlawan Setia Bangsa lagi. Persahabatan mereka yang erat dan sebati akan hancur dan mereka akan bermusuhan kembali seperti pada zaman muda mereka.

Di dalam dunia persilatan, “menikam” teman seperjuangan dari belakang dihindari dengan sejauh-jauhnya olih setiap Pendekar Cahaya. Ini adalah kerana, kelakuan atau sikap seorang pendekar yang tidak baik akan ‘menjangkiti’ atau menjejaskan nama baik bangsanya seperti maksud peribahasa, ‘seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit’.

Risiko kedua, perpaduan yang telah terjalin dan sedia ada di antara suku Datu Pahlawan Setia Bangsa dan suku Datu Panglima Gagah akan terjejas dan retak.

Risiko ketiga, ekoran dari keretakan ini, ketegangan di antara kedua dua suku ini akan berulang seperti dahulunya. Kalau itu berlaku maka malang lah bagi pendekar-pendekar dari suku minoriti yang berkecimpung di dalam dunia persilatan atas sebab kelaziman, ‘seramai-ramai bangsa sedikit, lebih ramai bangsa yang ramai’.
.
Risiko keempat, perpecahan atau pergisiran di antara pendekar-pendekar se rumpun bangsa akan melemahkan perjuangan mereka. Kelemahan ini menguntungkan pendekar-pendekar ‘orang lain” yang menganggap Datu Pahlawan Setia Bangsa dan Datu Panglima Gagah sebagai saingan untuk menduduki singgahsana persilatan negeri. Yang turut mendapat keuntungan ialah pendekar-pendekar ‘tumpang tuah’ yang hanya tahu melafazkan ‘ya’ atau jarang ‘tidak’, dan pendekar-pendekar yang menganut ‘pemikiran’ pendekar-pendekar Islam di sebelah Barat Negara yang berpendirian dan mengganggap negeri kecil mereka sebagai ‘Serambi Mekah’.

Risiko kelima, ‘permusuhan’ di antara Datu Pahlawan Setia Bangsa dan Datu Paglima Gagah akan menjadi ‘ikutan’ pendekar-pendekar muda serumpun bangsa dan sedaerah.

Kononnya menurut kisah, pada Datu Pahlawan Setia Bangsa, seandainya pun Pendekar Muda menang di dalam pertandingan itu, pendekar-pendekar dari bangsa majoriti yang lain akan menentangnya juga di pertandingan-pertanding berikutnya yang diadakan tiga tahun sekali. Pada ketika itu, Pendekar Muda akan menghadapi masalah. Isu ‘perkauman’ akan menjadi senjata pertama pendekar-pendekar lawan untuk ‘menikam’nya. Ini adalah kerena, isu ini telah digunakan secara terang-terang oleh Pendekar Muda dan pendekar-pendekar yang menyokongnya sewaktu mereka berkempen di kalangan pendekar-pendekar sebangsa mereka.

Kononnya juga menurut kisah, pada Datu Pahlawan Setia Bangsa, adalah lebih baik sekiranya Pendekar Muda memihak kepada pasukan Ketua Pemuda Pendekar Daerah dan cuma bertanding jawatan nombor dua sebab peluangnya untuk menang adalah cerah. Ini adalah kerana, kalau pun isu ‘kaum’ digunakan olihnya, penggunaan isu itu adalah tepat dan sesuai dengan keadaan, iaitu ‘kalau kedudukan nombor satu di sandang olih pendekar dari kaum majoriti, maka biarlah kedudukan nombor dua pula di sandang olih pendekar dari kaum minoriti.’

Menurut kisah ini juga, kononnya, pada Datu Pahlawan Setia Bangsa, peluang untuk Pendekar Muda menduduki jawatan nombor satu sebagai Ketua Pemuda Pendekar Daerah dalam beberapa tahun selepas menyandang jawatan nombor dua adalah amat cerah sekali, sebab pada waktu itu, Datu Pahlawan Setia Bangsa dan Datu Paglima Gagah akan merestui pencalunannya. Pada waktu itu juga, Ketua Pemuda Pendekar Daerah, tidak bolih bertanding lagi atas fakta umur. Atas sebab itu Ketua Pemuda Pendekar Daerah tidak ada pilihan melainkan memberi laluan dan merestui pencalunan Pendekar Muda untuk bertanding jawatan nombor satu sebagai penggantinya.

Akan tetapi, budaya pemikiran pendekar muda telah dinodai olih pemikiran ‘jalan pintas atau lintas’. Pemikiran Pendekar Muda tidak terkecuali.

Demikianlah riwayat Datu Pahlawan Setia Bangsa dan sepupunya, Pendekar Muda’’, Pendekar Cahaya mengakhiri hujah.

27. Sesungguhnya seseorang yang bertindak tanpa mengambilkira akan risiko tindakannya yang memudaratkan kepada teman seperjuangan atau rumpun bangsanya, adalah ‘musuh dalam selimut’.

28. ‘Musuh dalam selimut’ adalah ‘pengkhianat’.