Tuesday, September 8, 2009

PENDEKAR CAHAYA : PEMIMPIN MAHU BERSATU, RAKYAT MAHU BERGADUH.

Sebuah televisyen tempatan, Metronews melaporkan kumpulan berkenaan bertindak merampas kad pengenalan rakyat Malaysia supaya mereka diusir dari Indonesia.

1. Bulan lalu, negara jiran di Pattaya, Thailand telah menjadi tuan rumah satu Persidangan Speaker-speaker negara-negara di Asean.

2. Pelbagai agenda untuk kebaikan bersama telah dibincang dan dirumuskan. Antaranya ialah menyelaraskan undang-undang di rantau Asean yang berkaitan dengan masalah ‘human trafficking’, dadah dan sebagainya.

3. Objektif utama persidangan tersebut ialah untuk menyediakan wadah untuk melicinkan proses pengujudan komuniti Asean (seperti EEC) menjelang tahun 2015.

4. Pendekar Cahaya terdengar hujah Speaker Dewan Rakyat Malaysia di dalam Persidangan tersebut. Antaran hujah nya adalah seperti berikut:

”As parliamentarians let us work together to suppress negatives elements that can undermine the spirit of regional cooperation in ASEAN against a background of globalization and growing transnational issues especially on non-traditional security issues or human security issues such as terrorism, pandemics, piracy, energy and environment.”

5. Utusan Malaysia, pada hari rabu 9 Septembar ada melaporkan;

“JAKARTA 8 Sept. – Sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata bulu runcing menahan kenderaan-kenderaan yang melalui Jalan Deponegoror di sini dalam gerakan yang dipanggil ‘Sweeping Malaysia’ (Sapu Malaysia) bagi mencari dan mengusir rakyat Malaysia.

Kumpulan berkenaan yang mengikat bendera Indonesia di kepala bertindak menahan semua kenderaan dan meminta pemandu dan penumpang menyerahkan kad pengenalan masing-masing.

Sebuah televisyen tempatan, Metronews melaporkan kumpulan berkenaan bertindak merampas kad pengenalan rakyat Malaysia supaya mereka diusir dari Indonesia.

Kumpulan terbabit yang tidak berpuas hati dengan sikap berlembut Kerajaan Indonesia terhadap Malaysia berhubung isu tarian Pendet sebelum ini telah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan tersebut.

Indonesia sebelum ini menuduh Malaysia sengaja menggunakan tarian Pendet berasal dari Bali dalam promosi pelancongan, walaupun kesilapan itu sebenarnya dilakukan oleh sebuah syarikat swasta dan tidak membabitkan kerajaan Malaysia”

6. Mungkinkah perkara sebegini yang dimaksudkan oleh Speaker Dewan Rakyat Malaysia itu, sebagai “negatives elements?”

7. Sehubungan dengan itu, Pendekar Cahaya menaruh sepenuh harapan agar pihak-pihak yang berwajib dan berkuasa di kedua-dua negara Islam yang berjiran, Malaysia-Indonesia, dapat bertindak dengan segera dan bijaksana untuk mengatasi perselisihan faham ini supaya rakyat Malaysia yang berada di Indonesia dan rakyat Indonesia yang berada di Malaysia yang tidak berdosa, tidak menjadi mangsa keadaan.

1 comment:

Unknown said...

Salam PA`MIN,

Isu tarian pendet yang di laung-laungkan oleh penduduk Indonesia tidaklah sehebat mana kesalahannya jika kita bandingkan kesalahan rakyatnya yang merogol, membunuh, mencuri dan bermacam-macam lagi di negara kita.

Apapun sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kerharmonian antara dua buah Negara. Sebenarnya kita juga boleh melakukan demo seperti yang mereka lakukan. Tapi apa faedahnya kepada Negara kita dan Negara Indonesia, inilah perkara yang kita fikirkan masak-masak sebelum mengambil tindakan drastic seperti yang mereka lakukan di Indonesia. Wasalam.