1. Politik sering disebut sebagai “seni kemungkinan” (Politics is the art of the possible). Apa yang tidak mungkin terjadi di dalam bidang lain, mungkin menjadi satu perkara atau amalan dalam seni politik.
2. Dalam seni politik, terdapat pelbagai strategi yang berbentuk diplomasi, perundingan, penggabungan, kempen dan seumpamanya. Di situ ada seni berbentuk plan tindakan untuk meyakinkan dan memperaga ideologi politik. Politik berupaya untuk merobah seseorang dari bertaraf “orang biasa” menjadi “orang berkuasa” sesuai dengan matlamat politik yakni "mendapat kuasa".
3. Bagi yang belum berkuasa, politik adalah seni untuk meraih kekuasaan dengan menggunakan pelbagai strategi, cara dan kaedah untuk mengamit sokongan dan dokongan masyarakat.
4. Bagi yang sudah memperolehi dan memiliki kuasa dan “berkuasa”, politik boleh digunakan sebagai “seni memutuskan” suatu tindakan dan idea yang bijaksana supaya dapat memberi kesan positif dan manfaat yang berguna kepada mereka yang dipimpin seterusnya kepada generasi mereka.

5. Sesungguhnya, Pendekar Cahaya berpendirian bahawa politik itu adalah seni. Seni yang disaluti pelbagai kemungkinan.
1 comment:
Pa'Min, memang tepat politik itu adalah the art of possible. Tetapi ada tapinya. Art itu juga perlu ikut landasan dan riak lagunya. Seni yang terbina akan bersurau sengau dan garau jika melodi dan senikatakata tak sesuai lagu.
Ramai yang faham bahawa politik itu suatu seni, ramai yang ingin terjun di dalamnya, namun ramai juga yang kecundang, walhal, politik itu jelas mengatakan adalah seni kemungkinan.
Yang jelads dalam politik disamping seninya, jangan lupa pemeran seni itu. Jika pemeran seni memang dilahirkan dalam seni politik, maka jadilah pemeran itu sebagai politikus, namun yang yang bukan dilahirkan, ada juga yang berjaya, namun biasanya cepat mati hujung; itupun kalau sempat, tetapi majoritinya mati masih di pangkal. hanya sekadar idea.
Post a Comment