Friday, September 4, 2009

PENDEKAR CAHAYA : KONTRAK SOSIAL DAN 1 MALAYSIA, APA MAKNA SEBENARNYA UNTUK SARAWAK DAN SABAH?

Tun Mustapha dan Tun Fuad antara "Foundung Father" Negara Malaysia.

1. Che Det telah menghuraikan dengan panjang lebar di alam siber makna kontrak sosial. Kepada yang berminat, layarailah alam siber dan hinggaplah ke halaman web blog Che Det. Anda pasti menemuinya.

2. Pada Pendekar Cahaya, kontrak sosial adalah persafaham dan persetujuan awal di antara pemimpin-pemimpin dari Sabah, Sarawak, Singapura dan Malaya, yang telah dijadikan asas untuk menggubal satu perlembagaan sebuah negara baru, Negara Malaysia.

3. Pada yang tersurat dan tersirat, Malaysia adalah negara yang diwujudkan oleh empat wilayah yang mempunyai entiti dan autonomi kuasa sendiri. Itulah pemikiran “founding fathers” Negara Malaysia.

4. Makna 1Malaysia yang menjadi gagasan Perdana Menteri Keenam adalah selaras dengan apa yang telah diilhamkan dan dipersetujui oleh “founding fathers” negara tercinta, Malaysia.
.
5. Pendekar Cahaya teruja dengan slogan 1Malaysia, cetusan minda Perdana Menteri keenam. Semoga makna slogan ini adalah menyamai bait-bait yang telah digariskan oleh "founding fathers" negara Malaysia iaitu, "membangun bersama sebagai satu bangsa Malaysia". Dalam masa yang sama, semangat kontrak sosial (bagi Sabah) seperti isu ‘20 Perkara’ (hak-hak rakyat Sabah dalam Malaysia) yang di aktifkan semula, akan terus subur di jiwa rakyat jelata, sama seperti pemikiran ‘founding fathers of Malaysia’, di antaranya Datu Mustapha Datu Harun dan Donald Stephens untuk diabadikan selama-lamanya.

6. Pada Pendekar Cahaya, jika sekiranya makna 1Malaysia adalah sama seperti yang diilhamkan dan dipersetujui oleh “founding fathers of Malaysia” termasuk pemimpin-pemimpin dari Sarawak dan Sabah, maka tidak ada alasan yang munasabah kenapa dan mengapa rakyat jelata di sebelah timor, di Sarawak dan Sabah harus terpengaruh oleh "janji manis" dari parti-parti pembantah dari sebelah barat negara.

7. Sesungguhnya, pada Pendekar Cahaya, rakyat jelata dari sebelah timor negara telah berpegang teguh pada janji awal dan asalnya iaitu, sehingga hari ini dokongan mereka terhadap pihak pemerintah Negara Malaysia telah tidak berubah sehingga diakui oleh Perdana Menteri keenam bahawa sokongan rakyat jelata dari sebelah timor negara boleh diumpamakan seperti "simpanan tetap" di gedung dana negara.

8. Akan tetapi, Pendekar Cahaya berasa agak kurang selesa apabila teringat suatu soalan sinis dari anak muridnya iaitu, "Sebagai simpanan tetap yang telah dan akan menjamin kedudukan parti pemerintah, mungkinkah pulangannya juga ditingkatkan berlipat ganda, melebihi janji-janji manis pihak pembantah, kalau tidak apa gunanya?"

9. Pendekar Cahaya berasa tidak selesa sebab dia bukanlah pihak berwajib dan berkuasa yang boleh memberikan jawapan yang memuaskan terhadap persoalan yang telah dibangkitkan. Pada Pendekar Cahaya, soalan anak muridnya itu ada asasnnya sebab keadaan pembangunan hartanah dan infrastruktur di Barat dan di Timor negara jauh berbeza.Di sebelah Barat negara, penduduknya 'bertengkar' pasal isu kelajuan trafik di alam siber. Manakala di sebelah Timor negara, penduduknya 'bertengkar' pasal isu ketiadaan jalan raya. Di sebelah Barat negara, penduduknya 'bertengkar' pasal bilangan jambatan besar yang perlu ditambah. Manakala di sebelah Timor negara, penduduknya 'bertengkar' pasal jambatan gantung yang belum dibina. Di sebelah Barat negara, penduduknya 'bertengkar' pasal semua hal yang sudah ada tetapi mahu di tambah dan tambah dan tambah.....Di sebelah Timor negara, penduduknya 'bertengkar' pasal semua hal yang belum ada dan perlu di bina dan di bina dan di bina.........Tetapi, Pendekar Cahaya berkeyakinan bahawa pihak pemerintah di bawah teraju Perdana Menteri yang keenam akan membuat perkara yang perlu dan terdaya sebagai jawapan kepada persoalan itu. Kini Pendekar Cahaya sudah pun melihat bahawa ada tanda-tanda pergerakan awal menuju ke arah itu.

10. Pendekar Cahaya sentiasa berdoa kepadaNya semoga hati dan minda pemimpin-pemimpin dari sebelah Barat negara akan terbuka untuk tidak melupai ehwal dan kebajikan rakyat sebelah Timor negara, agar sejahteralah rakyat dan negara 1Malaysia amnya dan selamanya

3 comments:

DEPU-DEPU said...

Assalammuwalaikum..Ayahanda Pa'Min..


Saya amat tertarik dengan posting ayahanda kali ini.."kontrak sosial" membawa banyak makna bagi kita di Sabah ni..Kerana suku/etnik di Sabah lebih ramai dari di semenanjung...

Dan mengenai 20 Perkara, kalau tak silap saya Ayahanda pernah menulis tentang isu ini. ( waktu itu 'panas' dgn isu penyelewengan 20 Perkara oleh KL ) Buku tu dulu ada dgn saya..saya kena mencarinya semula )

1malaysia dianggap sebagai satu lagi gagasan perpaduan berlandaskan undang2 sedia ada..cumanya, apakah 1malaysia itu sudah difahami oleh orang kampung..?
Apakah persepsi mereka..?

semoga Pa'min sentiasa sukses.wassalam.

KELAB USNO SABAH said...

Pandangan yang baik... Saya beranggapan Pemimpin yang masih ingaT tanggungjawab nya terhadap Negara harus dihargai dan di sokong. 20 point itu adalah HAK rakyat Sabah, Pemimpin Sabah yang tak ingat... Kick saja. Tq.

aura said...

Guru -ami,Pandangan yang segera dilaksanakan sebelum simpanan tetap ini beralih ke bank lain.