Sunday, September 13, 2009

PENDEKAR CAHAYA : POLITIK ITU PERMAINAN?

1. Pertandingan dan pertarungan telah menjadi resam politik. Ada pihak-pihak yang harus ‘menang’ dan ada pihak yang ‘kalah’.

2. Atas sebab itu, ada pihak yang berpendapat bahawa politik itu adalah satu permainan.

3. Oleh kerana adanya pertandingan dan pertarungan, maka pentas politik adalah gelanggang kontestasi, di mana para kontestan politik saling bersaing dan berlaga antara satu dengan yang lain.

4. Pada kontestan yang berjuang di atas landasan dan ideologi menegakkan agama, bangsa dan negara, walaupun kecundang dalam pertandingan, mereka tidak akan berputus asa malah akan terus mencuba dan terus berjuang.

5. Bagi kontestan yang berjuang sekadar untuk ‘glamour’ sahaja, kekalahannya akan membawa kekecewaan yang tidak terhingga pada dirinya walaupun bersifat sementara.

6. Sesungguhnya, Pendekar Cahaya berpendirian bahawa politik itu adalah bukan sekadar permainan atau sekadar tabung uji orang muda yang bersahaja untuk mencari populariti atau wacanah untuk ‘glamour’.

1 comment:

SUARA RAKYAT said...

Pa'min, dalam gelanggang demokarsi politik itu merupakan media permainan. Pa'min benar, kerana dalam sistem demokarsi itu sahaja POLITIK menjadi alat untuk menentukan KETUA. Namun bagi sistem bukan demokarsi, misalnya dalam ilmu keagamaan, maka yang berbicara adalah pengetahuan dan pengalaman. Individu yang dianggap sebgai berpengatahuan, biasanya adalah pemenang, tanpa perandingan. Jangan lupa sudah tentunya yang dipilih itu ada kedudukan karisma tersndiri. Dalam demokrasi, dimana semua individu yang menjadi peserta dianggap mempunyai kedudukan yang yang seimbang, maka seni berpolitik akan berbicara. Seni mempengaruhi massa dalam waktu yang sesingkat-singkatnya adalah penentu kemenangan.

Dalam sisitem demokrasi juga yang berbicara adalah massa, massa akan memilih peserta atau konsistan yang mencapai citarasa mereka dalam masa-masa yang ditentukan.

Permainan dilengkapi dengan seni berpolitik kerana itu jika ada individu yang memilikinya maka akan berjaya dalam permainan politik.