Monday, September 7, 2009

PENDEKAR CAHAYA : PELBAGAI NADA SUARA DAN TIADA SUARA.

Siapa sebenarnya yang bersuara nyaring dan menengking?
Suara mereka kaku dan lesu. Mencari sesuatu yang belum tentu ada untuk menambah yang hampir tiada.

1. Di dalam sebuah negara muda, berkependudukan pelbagai bangsa, budaya dan agama sememangnya, mempunyai pelbagai nada suara yang dikumandangkan sebagai wadah untuk menarik perhatian pihak berwajib dan berkuasa.

2. Ada bangsa yang bilangannya tidak seberapa ramai. Mereka tinggal di kota-kota dan bandaraya. Mereka ini adalah golongan berada, mewah dan hampir memiliki serba serbi, memanfaatkan segala infrastruktur yang disedia oleh pihak pemerintah, tetapi bersuara nyaring dan menengking, memohon pada pihak pemerintah supaya yang sedia ada pada mereka di tokok dan ditamba, walhal suara mereka adalah suara pembantah.

3. Ada bangsa yang bilangannya boleh menentukan kekalahan atau kemenangan di dalam pilihan raya. Mereka tinggal di desa-desa, di pinggir-pinggir kota dan bandaraya. Keupayaan dan sumber yang ada pada mereka tidaklah memadahi untuk meneruskan kehidupan selesa. Tetapi mereka bersuara dengan tertib, sopan dan berhemah tinggi. Mereka memohon pada pihak pemerintah mengikut norma dan tata susila supaya serba serbi yang kurang pada mereka, yang tidak memadai itu, dapat ditokok untuk menjadi bekalan bagi mereka terus dapat melayari kehidupan walaupun sederhana, walhal suara mereka golongan ini adalah suara pendokong kental pemerintah .

4. Ada bangsa yang bilangannya seperti jumlah mereka yang nyaring suaranya. Mereka tinggal di persisiran pantai, bukit bukau dan hutan tropika. Sumber yang ada pada mereka, kata orang ‘apa abuk pun tiada’ sejak 52 tahun negara merdeka. Mereka ingin memohon dan merayu pada pihak berkuasa dan pemerintah supaya yang langsung tiada pada mereka dapat diberikan dengan segera dengan seadanya. Akan tetapi mereka ini tiada suara yang nyaring malah seperti ‘orang kurang upaya’.

5. Pendekar Cahaya sedih dan pilu apabila mengenangkan keadaan yang melanda negara, di mana, mereka yang berada dan memiliki hampir segala-galanya, selalu diberi perhatian dan mendapat layanan istimewa dengan lebih dari secukupnya.

6. Hati Pendekar Cahaya bertanya pada dirinya, "Apakah yang akan terjadi pada negara, apabila bangsa yang jumlah bilagannya yang dapat menentukan keputusan pilihanraya, berpadu suara dengan bangsa yang bilangannya sama seperti jumlah mereka yang nyaring suara. Lalu mereka mengkumandangkan suara dengan gemuruh bagai gendang perang yang gegak gempita dengan gaya yang lebih dasyat berbanding dengan mereka yang bersuara nyaring tetapi suka menengking?’

7. Pendekar Cahaya rasa keseraman menyelinap tubuhnya dan cuba mententeramkan dirinya dengan bertafakur penuh tawadu' dan berdoa kepadaNya. Ya Allah sampaikanlah suara-suara ini ke telinga pemimpin pihak pemerintah agar terdengar oleh mereka suara-suara rintihan dari mereka yang selama ini memendamkan rasa dan menanggung jerih perih seperti ‘orang kurang upaya’, namun tetap sabar menanti untuk dibantu dan diangkat mertabatnya dari rantaian kepahitan hidup, kendatipun mereka dalam keadaan yang kaku dan lesu.

8. Sesungguhnya, Pendekar Cahaya faham bahawa perasaan, keinginan dan keperluan orang yang bersuara nyaring dan orang yang bersuara sepi adalah sama. Bezanya ialah yang satu mendokong suara pihak pembantah dan yang satu lagi mendokong pihak pemerintah.

2 comments:

Unknown said...

salam Pak Min, saya terharu bila pemimpin yang telah berada dalam kedudukan dan kehidupan selesa berbicara soal "derita" rakyat rakyat majoriti yang masih serba serbi tiada..tetapi mereka masih bersopan menghormati pemerintah.

terima kasih dan tahniah kerana masih terus menjadi pembela rakyat. Tidak ramai pemimpin yang berbuat demikian dalam kedudukan Pa Min sekarang.

ASNI1972 said...

Assalamualaikum..bagi saya semua org DERITA tapi berbeza pada 2 kategori..iaitu DERITA SI KAYA "KENYANG" dan DERITA SI MISKIN "LAPAR".Tapi ramadhan ni kedua-duanya tak makan cuma si miskin tak rasa lapar sebab dah biasa berlapar dan si kaya terasa sangat deritanya..