Monday, August 23, 2010

PENDEKAR CHAHAYA: "JANGAN LEMPAR BATU JIKA ANDA TINGGAL DI RUMAH KACA".

1. Sesungguhnya, walaupun tidak berkelulusan "master", orang tua-tua dahulu pandai menyusun kata-kata yang menggamit (menarik perhatian) pendengar atau pembaca apabila menyampaikan sesuatu mesej seperti kata-kata sindiran.

2. Kata-kata sindiran adalah ayat-ayat yang menggunakan/mengandungi perkataan-perkataan yang pada "permukaannya" tidak disedari bahawa ianya mempunyai maksud yang mengaibkan individu yang disindir tetapi bagi mereka yang faham disebalik kata-kata sindiran itu, ianya cukup "pedas", menyusuk kalbu.

3. Umpamanya, jika sesaorang insan yang tidak mempunyai akhlak yang baik lantas menzahirkan kata-kata yang mengejek/memperkecil-kecialkan seorang individu yang mempunyai akhlak dan kedudukan yang sama taraf dengannya, individu yang berkenaan itu boleh lah membalas ejekan yang dilontar kepadanya dengan kata-kata sindiran seperti berikut:

(a) "Kata Periuk Belanga Hitam".

(b) "Kata Udang si Ketam Jadi Merah Apabila Terkena Panas".

4. Kebijaksanaan menggunakan kata-kata sindiran terdapat juga di kalangan bangsa-bangsa Barat (kulit putih). Misalnya, jika sesaorang itu ingin menyampaikan mesej kepada sesaorang yang diketahuinya sebagai individu yang hidupnya tidak sempurna (perfect) tetapi individu tersebut gemar mengaibkan atau mengkritik orang lain, maka, sesaorang yang berkenaan itu, jika ingin menyedarkan individu yang "nakal" itu dari perbuatannya yang tidak baik, maka boleh lah dia menyindir individu itu dengan kata-kata, "DO NOT THROW STONE IF YOU LIVE IN A GLASS HOUSE" ("JANGAN LEMPAR BATU JIKA ANDA TINGGAL DI RUMAH KACA").


5. Sehubungan dengan maksud kata-kata sindiran, "Jangan Lempar Batu Jika Anda Tinggal di Rumah Kaca", PENDEKAR CHAHAYA terfikir perkara-perkara berikut:

(a) Adakah "Aktivis" (Pengiat) di Alam Siber yang menyembunyaikan identiti sebenar mereka itu, tinggal di "Rumah Kaca?".

(b) Kalaupun mereka ini tidak tinggal di "Rumah Kaca", tetapi mereka "berhujah" di sebalik sesuatu "agenda" yang tersirat, tidakkah mereka ini terfikir bahawa apabila identiti mereka diketahui kelak, harapan mereka untuk menjayakan sesuatu objektif disebalik "hujah" yang seolah-olah mereka tidak berkepentingan, akhirnya akan berkecai juga., atau

(c) Mereka ini adalah "Aktivis" (Pengiat) upahan, atau

(d) Mereka ini adalah terdiri dari golongan individu pemalu yang cuma boleh menulis artikel-artikel yang baik apabila mereka menggunakan nama semaran, atau

(e) Mereka ini adalah terdiri dari golongan individu yang termasuk dalam maksud kata-kata, "Lempar Batu Sembunyi Tangan" atau

(e) Mereka ini adalah terdiri dari golongan individu yang gemar dengan permainan kanak-kanak "Cari Dan Sembunyi" (Hide and Seek).

6. Seperti lazimnya pada setiap perkara, kata-kata sindiran juga "berlawanan". Contohnya, kalau sesaorang individu yang "daif" mengkritik individu yang "arif", maka kata-kata sindirannya ialah, "Anjing Menyalak Bukit". Kalau sesaorang individu yang hodoh dan papa ingin berpacaran/berpasangan dengan sesaorang individu yang cantik dan kaya, dan dia sentiasa ingat dan merindui si cantik dan kaya itu, maka kata-kata sindirannya ialah, "Punggok Rindukan Bulan".

7. Sesungguhnya, apapun, PENDEKAR CHAHAYA tetap berpegang pada maksud kata-kata sindiran Orang Barat, "Honesty Is The Best Policy" (Keikhlasan Adalah Polisi Yang Sebaik-Baiknya".

8 comments:

C L J said...

TK PC: Hambalah orangnya yang dibicarakan itu. Namun hamba tidak lagi mampu bertahan dengan lumrah budaya demikian kerana mereka sudah rata rata memberi jenama sebagai orang yang sukar difahami kata katanya. Walau ramai anak buah selalu mengutip beberapa ungkapan untuk digunapakai.

Bilik Kaca itu pula bagi hamba adalah kata kata amat tepat kepada senario sosial (cuba mengelak dpd mengguna istilah politik) masyarakat kita kini. Namun batu batu bukan sahaja berterbangan dalam gelombang fb dan blog sahaja. Dimana mana pun batu batu tetap berterbangan tanpa aturan seperti kita dikelilingi oleh lastik lastik otomatik terpasang pada tembok tembok ghaib.

Ramai pihak sedang berusaha untuk mematahkan lastik lastik itu. Ramai juga pihak sedang berusaha untuk memasang benteng memagari tembok tembok lastik itu. Namun rupanya rakyat jelatalah rupanya yang kena pandai menapis sanggah batu batu yang terlalu banyak keliaran kini. Padahal pada peringkat rakyat jelata lebih ramai yang lebih suka meletakkan anjal anjal untuk melantun batu batu demikian kearah lain sehingga lebih melatalah batu batu itu.

Apakah yang dapat kita buat untuk menukar batu batu itu menjadi bola bola getah kalau tidak ia dihapuskan? Sedangkan siapa sahaja yang cuba melebar dada akan dibelat kelilingnya oleh kaum keluarganya sendiri yang sudah ditukar bentuk menjadi tembok tembok lastik.

Mashaalah. Semuga kita tetap diselamatkan dengan hidayah Allah swt. Namun kita semua tidak mampu mengalah untuk berharap hidayah itu semata.

Wallahuaklam.

Unknown said...

Salam

pendekar cahaya yang dihormati.
saya setuju dengan pendapat bahawa "honesty is the best policy' kerana sesuatu tindakan yang berlandaskan keikhlasan itu sentiasa memberi impak positif samada secara segera atau dalam jangka panjang.

pendekar cahaya, sememangnya para bloggers yang menggunakan nama samaran (termasuklah saya) ini mempunyai sifat yang berbeza-beza. mungkin ada yang menjadi upahan, mungkin juga mereka adalah pemalu dan pelbagai golongan lagi.

jika mereka perlu menggunakan nama yang sebenar, saya rasa blog mereka akan menjadi sunyi sepi tanpa isu-isu panas. khasnya bagi para bloggers iranun.

tetapi penggunaan nama sebenar ini akan menyembunyikan apa yang terbuku di dalam hati mereka-mereka yang ikhlas .penggunaan nama sebenar akan menutup perasaan sebenar mereka, menutup keberanian mereka untuk menyuarakan pendapat dengan jujur.

mereka ini gugup untuk menyuarakan pendapat secara terang-terang kerana mereka takut akan kecaman yang mungkin bakal diterima dari golongan fanatik tertentu terutamanya pemulauan.

walaupun ianya membawa kepada niat jahat pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menggugat kestabilan, tetapi tanpa blog, mereka masih mempunyai alternatif lain. oleh itu, melalui blog juga individu mampu mengesan bahawa wujudnya pihak-pihak sebegitu, ini baik bagi pihak yang terlibat agar dapat 'bersiap sedia'.


saya tidak memperkatakan perkara ini untuk menunjukkan bahawa semua para bloggers berniat buruk. mereka memperkatakan apa mereka rasa perlu. malah saya merasakan majoriti para bloggers adalah ikhlas dengan pendapat mereka.mereka merasakan ianya adalah betul.

Berbalik kepada mereka yang jujur, mungkin juga mereka tidak menggunakan nama sebenar kerana mereka takut atau kurang mendapat peluang untuk bersemuka dengan pemimpin mereka kerana 'halangan-halangan' tertentu.

maka dalam perkataan yang lebih ringkas, walaupun keikhlasan identiti tidak dicapai, tetapi bagi saya keikhlasan perasaan adalah yang lebih penting agar dapat digarap keadaan sebenar, iaitu keadaan yang baik dan keadaan yang buruk bagi individu yang terlibat. agar dapat diketahui keadaan disekeliling samada damai atau tidak 'untuk' individu tersebut.

maaf pendekar cahaya jika saya menyinggung perasaan pendekar cahaya dan jika saya terkasar bahasa. saya tidak berniat jahat kepada pendekar cahaya. saya cuma memperkatakan apa yang saya rasa betul, jika ada kesilapan, diharap pendekar cahaya dapat perbetulkan..

salam dari saya yang ingin menuntut ilmu...

Unknown said...

Assalamualaikum Tan Sri,

Madalam ambu ah bitiara artikel anan. Madakel ah ka sindiran. Basa basa mangah lukus madakel ah tumibpu sa liong sakaya e ran.

BELUM PENDEKAR said...

Salam Pa'Min,

Mohon laluan untuk memberikan sedikit ulasan..

1. Saya sebenarnya secara peribadi tidak kisah dengan penggunaan nama samaran dan sebagainya dengan syarat kita bertanggungjawab dengan tulisan kita - yakni "jangan sampai tulisan kita itu, memecahkan rumah kaca yang kita diami". Ini adalah kerana, pada saya penggunaan nama samaran itu adalah merupakan "seni" dalam penulisan itu sendiri.

2. Masalah timbul bila sesetengah pihak yang menggunakan nama samran ini mengambil kesempatan daripada identiti mereka yang tidak dikenali untuk melempar segala mcm perkara yang lebih membawa mudarat berbanding kebaikan.

3. Sebenarnya Pa'Min, membaling batu itu bukan sahaja tidak elok atau tidak sesuai di dalam rumah yang berdindingkan kaca. Ia juga tidak sesuai dan tidak elok dilakukan meskipun rumah kita itu berdinding konkrit sekalipun. Memang benar, jika dinding rumah kita konkrit maka rumah kita mungkin tidak akan rosak atau terjejas. Namun, perlu diingat bahawa batu yang kita baling tersebut mungkin hinggap di atas kepada emak bapa, saudara-mara, sahabat pandai dan suku-sakat kita yang menghuni rumah yang sama. Lebih teruk, kalau semua penghuni saling membaling batu antara satu dengan yang lain, maka akan huru-haralah rumah berkenaan.

4. Maka, sungguh benarlah saranan Pa'Min, janganlah jadikan perbuatan membaling batu itu sebagai amalan. Kita lebih
khuatir, lambat-laun batu tersebut akan hinggap ke kepala kita sendiri kelak.

Salam Hormat dari
BELUM PENDEKAR

Milus bin Hj. Abd. Wahad said...

Assalamualaikum Tan Sri, tahniah atas ungkapan itu yang amat menarik dan mengesankan.

Walau pun orang tua-tua dulu tidak ada 'Ijazah, Master dan Phd' tapi nilai bahasa atau ilmu yang mereka miliki melebihi daya intelektual pemilik 'ijazah, master dan phd'pada masa kini.


Generasi Dulu:

1. Bila berkata, mulakan dengan bidalan

2. Sindir mereka, sindir berhemah.

3. Bicara mereka, pembayang makna.

4. Gerak mereka, gerak mulia.

5. Nasihat mereka, nasihat berhikmah.

6. Mencuit hati, penuh rasa.

7. Sopan santun, amalan mereka.

8. Langkah mereka, langkah perwira.

9. Amarah mereka kerana murka.

10.Jiwa mereka, jiwa terpelihara.


Kini budaya serta nilai akhlak generasi terdahulu tidak lagi jadi panduan.

Generasi Kini:

1. Berbicara dengan semangat assyabiah.

2. Minda mereka, sentiasa murka.

3. Kata mereka, kata nestapa.

4. Jiwa mereka, jiwa terdera.

5. Budi bahasa mereka, hilang entah ke mana.

6. Hukum mereka, hukum menyiksa.

7. Tegur mereka, tegur tak terarah.

8. Berani mereka, berani sandiwara.

9. Jasad mereka, pelbagai rupa.

10.Hati mereka, sentiasa gunda-gulana.

11.Hormat mereka, hormat menghina.

12.Hidup mereka hanya di alam maya.

Mohon maaf amat dipinta
andai bicara mencuit rasa
jauh di hati menghina sesiapa kasih pada semua kerana bangsa menyesal kemudian tiada berguna


Milus Abd. Wahab.
S/U PAGISA

BELUM PENDEKAR said...

Salam Pa'Min,
Mohon laluan untuk memeberi ulasan ringkas kepada ulasan rakan-rakan yang lain... Ulasan saya begini;-

"SIAPA MAKAN CILI, DIALAH YANG AKAN TERASA PEDAS"

Salam Hormat dari
BELUM PENDEKAR

Unknown said...

Salam sahabatku PC,

Maka berkata-kata seorang pemimpin "Bersatulah bangsaku, suku ku..!"

Saya perhatikan sekeliling. Lihat bangsa itu, lalu bertanya dalam hati, berpecahkah mereka? Tidakkah mereka bersatu?

Akhirnya, saya menemui jawapan, pemimpin itu sebenarnya takut bangsanya bersatu. Pemimpin itu tidak mahu bangsanya kuat dan dihormati!

Hari ini saya sentiasa risau bila ada kata-kata dari mulut seseorang, mengajak bangsanya bersatu kerana yang berkata-kata itulah membawa perpecahan sebenanrnya!

Renung-renungkanlah....

Si Penjiwa said...

Assalamualaikum Pendekar Chahaya.
Hamba terasa bila membaca artikel ini.Sekadar ingin berkongsi rasa di jiwa,sipenjiwa sendiri menyembunyikan identiti bukan kerana malu atau punya sifat 'baling batu sembunyi tangan'.Bagi hamba,menyembunyikan identiti diri adalah lebih kerana status sipenjiwa yang bukan siapa-siapa,sentiasa terdedah kepada ancaman kekejaman PENGUASA yang PUNYA KUASA untuk menjatuhkan/memusnahkan sipenjiwa pada bila-bila masa.Kalau hamba seutuh Tan Sri,mengapa perlu sipenjiwa menyembunyikan statusnya?