Sunday, August 29, 2010

PENDEKAR CHAHAYA: KEAKRABAN KUNCI KEPERCAYAAN

1. PENDEKAR CHAHAYA sering kali duduk sembang-sembang bersama dengan teman-teman seperjuangannya di tepi unggun api sambil minum Kopi Tenom atau Teh Tarik.

2. Berjam-jam lamanya mereka mencemuh dan mengkritik di antara satu dengan yang lain, tetapi tidur di dalam khemah yang sama pada setiap malam dengan melupai semua cemuhan dan kritikan yang "berterbangan" di antara mereka sebelumnya.

3. Ada kalanya, "pendatang" yang tidak "sepengalaman" dengan mereka menyertai kumpulan ini. Oleh kerana itu, dia cuma menampakkan kualiti keperibadiannya yang baik dan ada di antara ahli kumpulan ini yang menganggap bahawa ianya adalah guru.

4. Akan tetapi PENDEKAR CHAHAYA tidak membandingkan keperibadian/ketangkasan "pendatang" ini dengan teman-teman yang pernah berjuangan bersamanya di medan-medan pertempuran. Kehadiran "pendatang" ini diterima dengan baik, tetapi dia tidak akan dipercayai sepenuhnya sehingga PENDEKAR CHAHAYA mengetahui "kelemahannya".

5. Sesungguhnya PENDEKAR CHAHAYA tidak akan berperang tanpa mengetahui kekangan sekutunya.

3 comments:

BELUM PENDEKAR said...

Salam Pa'Min,

Saudara-saudara saya juga bersikap sedemikian... mereka selalu terlupa dan selalu mudah percaya kepada sesuatu yang kelihatan dan kedengaran "indah" di mata dan telinga. Mereka tidak tahu membeza antara kaca dengan permata. Mereka mudah percaya kepada "kekuatan" yang dusta..

musli oli said...

Saya amat yakin Pendekar Cahaya telah lebih awal mengetahui "kelemahannya" tetapi PC barangkali berharap dia telah berubah mengikut usia atau barangkali PC ingin sekali lagi menguji sejauhmana "kelemahan" itu..

Nah, ternyata semangat "setiakawan" yg sepatutnya menjadi prasyarat dalam perjuangan kumpulan telah tidak bernilai angkara perbuatan "pendatang" itu.

PC, saya menjadi "mangsa" kerana yakin pendatang itu telah berubah..akhirnya saya sedar bahawa saya perlu keluar dan meneruskan perjuangan bersama rakan-rakan seperjuangan asal yang ada sifat setiakawan.

Salam MO

Si Penjiwa said...

Salam PC, mohon izin dipanjangsebarkan entri ini ke blog hamba atas tujuan perkongsian ilmu..Terima kasih.Moga Tan Sri dilimpahi nikmat dan keberkatan yang tidak putus-putus dari Al-AMIN di dunia dan akhirat.