1. Baru-baru ini penyelidik (Indraneil Das dan Alexander Haas, Universiti Hamburg) menemui sejenis katak di Taman Nasional Kubah Sarawak yang terkecil di Asia, Africa dan Europa. Saiz katak - berwarna merah-dan-oren - ini cuma sebesar biji kacang Pis (Peas). Lihat di sini (klik)
2. Katak ini ditemui bukan kerana mereka ternampak badannya dahulu tetapi terdengar suaranya yang unik berbanding dengan suara katak-katak yang lain yang terdapat di persekitaran kawasan tersebut.
3. Dalam konteks penemuan ini, "suara" nya yang nyaring [ jika dibandingkan dengan badannya yang amat kecil ] telah menyebabkan katak yang terkecil ini ditemui dan dikenal pasti spesisnya ( Microhylid ) yang kini diberikan nama Microhaylanepethicola.
4. Sehubungan dengan penemuan baru ini, PENDEKAR CHAHAYA terfikir bahawa suara yang kedengaran nyaring/bising itu tidak semestinya dicetuskan/berasal dari badan yang bersaiz besar atau bilangan yang ramai.
5. Sesungguhnya PENDEKAR CHAHAYA juga percaya bahawa sebesar-besar suara yang dicetuskan oleh badan yang kecil, lebih besar suara yang dicetuskan oleh badan yang besar.
RELATED:
3 comments:
PS:
Saya pernah jumpa specis katak seperti ini sebelum penemuan rasmi para saintis tsb..tapi saya tidak pernah namakan secara saintifik!
Katak ini lebih kurang "labtong" yg hanya bersuara bila musim hujan..katak kecil ini suaranya lebih nyaring kalau dekat pilihan raya......
salam...
bercerita soal katak teringat saya ketika musim hujan, ini kerana kebiasanya ketika musim hujan katak akan berbunyi bersahut-sahutan, mungkin katak tersebut memberitahu kepada kita bahawa sekarang rezeki telah kamu nikmati tetapi harus ingat hujan yang terlalu lebat dan tertumpu disesuatu tempat boleh membawa bencana alam...sesuai dengan kata orang tua-tua bahawa hujan itu adalah rahmat
YB Tan Sri,
Saya bersetuju dengan Tan Sri... Suara yang kuat dan nyaring tidak semestinya dari individu atau kumpulan yang majoriti...
Kumpulan minoriti juga boleh membawa perubahan besar..
Post a Comment