Tuesday, August 17, 2010

PENDEKAR CHAHAYA: "BERKILAT IKAN DI AIR SAYA TAHU JANTAN ATAU BETINANYA"

1. Sungguh pun tidak berpindidikan dari menara gading tetapi orang tua-tua dahulu pandai "berkata-kata" dengan maksud yang menyusuk perasaan dan jiwa.

2, Kata-kata " berkilat ikan di air saya tahu jantan betinanya " adalah contoh klasik

3. Kata-kata di atas menggambarkan kepada pembaca atau pendengar bahawa pencipta kata-kata itu adalah orang yang cukup berpengalaman tentang jenis-jenis ikan yang hidup di air. Kata-kata ini juga membawa makna bahawa sipenciptanya mungkin seorang nelayan atau individu yang amat arif dengan kehidupan seorang nelayan.

4. Baru-baru ini seorang anak muridnya bertanya pada Pendekar Chahaya, apakah maksud kata-kata, "PERLU WADAH BARU?"

5. Pendekar Chahaya tersenyum dan menjawab seperti berikut:

a) Kata-kata itu membawa makna bahawa "benda yang sedia ada itu sudah tidak berguna/berfungsi lagi dan hendaklah diganti.

b) Pencetus/penggubal kata-kata itu seolah-olah amat arif dengan hal/perkara yang "bermasalah" itu.

c) Pencetus kata-kata itu menampakkan dirinya bahawa beliau arif/tahu cara/alat pengganti yang baik/sesuai kepada "benda yang sedia ada yang akan di ganti itu"

d) Pada pendapat sipencetus kata-kata itu "sipengganti/alat pengganti yang hendak atau telah dikenal pasti itu adalah lebih baik daripada "benda sedia ada" yang hendak diganti itu.

e) Dan, oleh kerana perkataan "perlu" telah diletakkan di hadapan perkataan-perkataan "wadah baru" maka rangkaian kata-kata "perlu wadah baru" membawa pengertian/ makna bahawa kalau benda lama itu tidak diganti maka akan timbul suatu masalah.

6. Pendekar Chahaya meneruskan hujah, "Anaknda juga harus ingat bahawa sipenggubal "kata-kata hikmat" dahulu mencetuskan kata-kata dengan ikhlas semata-mata sebagai panduan hidup. Tapi kini, setiap "kata-kata" perlu diteliti atau diketahui pencetusnya. Ini adalah kerana, mungkin juga Sipencetus "kata-kata" itu mempunyai "agenda" kepentingan diri yang disalutkan dengan kata-kata manis dan menggamit.

7. "Kenapa Tuan Guru berkata sedemikian, seolah-olah Tuan Guru tahu perkara yang sebenar disebalik pertanyaan asal saya itu?"

8. "Anaknda saya ini orang lama. Tidak kan saya tak tahu perkara-perkara yang telah dan sedang berlaku disekeliling saya. Dan saya juga tahu bahawa anaknda tidak puas hati dengan penjelasan saya kapada persoalan anaknda itu atas sebab bahawa anaknda tahu bahawa saya tahu apa yang anaknda maksudkan yang sebenar".

9. "Macamana Tuan Guru tahu?", anak murid Pendekar Chahaya bertanya dengan nada kehairanan.

10. Pendekar Chahaya menjawab dengan menggunakan kata-kata lama, "Berkilat ikan di air, saya tahu jantan dan betinanya".

3 comments:

pendekarwati said...

Tan Sri yang dihormati,

Bingkisan Tan Sri cukup menyusuk kalbu...

BELUM PENDEKAR said...

Salam Pa'Min,

1. Sesungguhnya, benarlah kata orang tua-tua.. Orang yang bijak pandai akan menyampaikan mesej dengan cara yang cukup halus tetapi amat berat dan bermakna. Nukilan-nukilan Pa'Min membuktikan bahawa orang yang bijaksana itu berbeza dari orang kebanyakan.

2. Dan, oleh kerana kita hidup dizaman yang semakin mencabar, kita memerlukan orang yang bijaksana dan telah teruji kebolehannya untuk mendepani perjuangan bangsa. Bukannya mereka yang "tidak tahu jantan betina ikan yang sudah pun di daratan".

3. Masalah suku kita ialah, ramai yang tidak tahu sedikitpun pasal ikan dan lautan tetapi cuba berlagak sebagai nelayan besar dan tidak sabar-sabar pula untuk menjadi nakhoda kapal mengharungi lautan dan ombak ganas. Pada saya Pa'Min, bukan semua orang yang tahu membaca kompas itu boleh menjadi nakhoda kapal. Banyak lagi ilmu lain seperti ilmu bintang dan sebagainya yang perlu dipelajari agar penumpang kapal kita atau kita sendiri tidak menjadi mangsa ribut taufan. Nakhoda yang baik juga perlu tajam "instinct" nya agar dapat mencari jalan untuk melayarkan bahteranya dengan baik walaupun mendepani gelombang.

4. Secara khusus kepada isu "PERLU WADAH BARU", komen saya ialah "Kick away the ladder and your feet are left dangling" maka berhati-hati.

Salam Hormat dari
BELUM PENDEKAR

Wakil Bukit said...

harus baringat buah kelapa semakin tua...semakin banyak santannya...