Thursday, August 19, 2010

PENDEKAR CHAHAYA: PEJUANG BANGSA TIADA HAD UMUR DAN MASA

1. Pendekar Chahaya tidak serik dan gerun untuk menjayakan gagasan perjuangan bangsa yang telah digarispandunya.

2. Sebagai pejuang, Pendekar Chahaya tidak takut dicabar dan kecundang di tangan musuh. Pantang bagi seorang Pendekar Chahaya berundur dari perjuangan yang belum selesai dan membiarkan tanggungjawab berat kepada pendekar-pendekar yang belum teruji ketangkasannya.

3. "Masa depan Bangsa" tidak boleh dipandang ringan dan digunakan sebagai "pentas" menguji "bakat" pendekar-pendekar yang gopoh-gapah. Tersilap langkah, maruah bangsa akan tercemar atau tergadai dan tidak dapat ditebus buat selama-lamanya. Bagi Pendekar Chahaya, "Masa Depan Bangsa" perlu di jaga dengan penuh amanah dengan laungan, "biar berputih tulang daripada berputih mata".

3. Oleh kerana perjuangan bangsa adalah perjuangan yang tiada had umur dan masa, maka, - walaupun dihadang dengan seribu rintangan - selagi bermaya, selangkah demi selangkah Pendekar Chahaya menyusun dan mengorak langkah ke hadapan, siapsedia, bertindak mengikut keadaan dan musim. Untuk mengatasi muslihat musuh, Pendekar Chahaya tidak menggunakan strategi dan senjata yang sama pada setiap peperangan.

4. Senjata dan strateginya diwaktu "musim sejuk" tidak digunapakai diwaktu "musim panas".

5. Jika bertindak, Pendekar Chahaya tidak memandang pada siapa yang "benar" dan siapa yang "salah", TETAPI memandang pada "sikap dan tindakan mereka pada sesuatu masa".

6. Pendekar Chahaya tidak menghalang sesiapa dan pantang juga dihalang untuk memperjuangkan nasib bangsanya. Pendekar Chahaya tahu bahawa pendekar-pendekar lain juga berhak untuk menyesuaikan pendirian selaras dengan keadaan semasa dan beliau tidak terkejut apabila mereka berubah sikap. Pendekar Chahaya memberi setiap mereka masa yang diperlukan untuk menjustifikasikan tindakan masing-masing.

7. Tetapi Pendekar Chahaya tidak berkompromi dan bersekongkol dengan petualang-petualang.

5 comments:

BELUM PENDEKAR said...

Salam Pa'Min,

1. Saya bersetuju benar bahawa usaha memperjuangkan bangsa tiada had umur dan masa. Ini adalah kerana, syarat penting yang perlu ada untuk menjadi pejuang bangsa yang sebenar-benarnya adalah kelebihan dari segi "Kebijaksanaan dan kepintaran".

2. Ini perlu kerana hasrat dan tujuan perjuangan bangsa yang sebenarnya adalah agar sesuatu sukubangsa itu bisa setanding kalaupun tidak dapat menjadi yang lebih baik berbanding kaum lain di negara ini. Untuk mencapai hasrat ini, "ketua" yang mempunyai keupayaan yang tinggi dari segi pengalaman, pengetahuan dan bijak serta pandai pula dalam mencari cara menempatkan bangsanya ditempat yang sepatutnya.

3. Umpama berjalan di dalam hutan diwaktu gelap, sesuatu bangsa akan sesat sekiranya yang menjadi "kepala" pengembaraan itu tidak tahu atau hanya tahu sedikit tentang suasana yang ditempuhi. Silap-silap, semua ahli dalam pengembaraan berkenaan akan mati dimakan binatang buas, atau tidak selamat kerana terjatuh ke dalam gaung dan sebagainya.

4. Maka, kalau benar-benar ingin berjaya. Semua pihak patut bersatupadu dan menyokong sepenuhnya seseorang yang telah terbukti "kebolehan"nya. Perlu diingat bahawa rata-rata pemimpin negara masa kini adalah sebaya bahkan lebih tua berbanding dengan pemimpin kita yang kita selalu anggap telah lanjut usianya dan perlu diganti. Kita sepatutnya mensyukuri keadaan ini kerana setidak-tidaknya pemimpin kita boleh berdepan dengan pemimpin utama negara dalam memperjuangkan nasib bangsa. Bayangkan, mampukah pemimpin yang baru berusia 20an atau 30an atau 40an berdepan dengan Timbalan Perdana Menteri atau Perdana Menteri misalnya yang kita semua tahu sudah jauh lebih senior dalam bidang politik dan lebih tua pula.

5. Saya tidak faham mengapa sesetengah orang kita masih tidak mahu melihat kenyataan dan masih membiarkan diri mereka dipergunakan oleh golongan tertentu untuk mencapai agenda peribadi mereka yang sempit.

6. Walaupun Pa'Min tidak mengenali saya, saya mohon agar Pa'Min meneruskan perjuangan ini. Saya tidak mahu menjadi seperti rakyat Indonesia suatu masa dahulu yang memilih GUSDUR sebagai Presiden mereka.

Salam Hormat dari
BELUM PENDEKAR

Murai.KB said...

salam pa'min

tidak lambat benar murai ucapkan selamat berpuasa, dan semoga pa'min sihat selalu hendaknya.

membaca paparan pa'min kali ini, murai juga bersetuju bahwa umur bukan lah ukuran kepada pejuang yang memperjuangkan kan hak bangsa nya. namun tidak juga murai merelakan jika umur yang ada di guna kan bagi kepentingan peribadi bukan kepada kepentingan bangsa nya.

bertahun lama nya pendekar chahaya bertahan memperjuangkan bangsa, namun generasi sekarang ramai yang belum mengetahui setiap titik pengorbanan pendekar chahaya untuk bangsa nya. malah ada yang mencemuh, dan ada yang berhasrat menggantikan pendekar chahaya kepada pendekar baru. mungkin kerana mereka2 ini masih lagi mamai dalam memperhalusi perjuangan pendekar chahaya kepada bangsa. alasan meraka umur lanjut dan sebagai nya.

walaupun begitu, jasa baik pendekar chahaya tetap juga di kenang dalam memartabatkan bangsa di peringkat nasional.


salam hormat dari murai.kb

PA'MIN said...

Murai.KB

Tun Dr. Mahathir telah memartabat dan memashurkan Malaysia di mata dunia. Namun, masih ada pihak-pihak tertentu yang menentang dan mencemuhnya. Jadi, siapalah saya ba?

Apapun, saya berpuashati dan bershukor kerana setidak-tidaknya di dalam hidup yang singkat ini, sedikit sebanyak saya telah dapat menyumbang untuk tidak mengaibkan bangsa saya di mata masyarakat lain.

Saya sentiasa berdoa semoga segala kelemahan saya tidak diulangi oleh bakal pewaris kepimpinan dan pada masa yang sama juga saya sangat-sangat mengharapkan agar sipewaris-pewaris kepimpinan yang berkenaan dapat melebih/menjangkaui pencapai saya yang tidak sepertinya setakat ini.

Saya ucap terima kasih pada pandangan Murai.KB

Pa'Min

mohd jihad p sambion said...

http://www.youtube.com/watch?v=5jfxxFaSEOE
nasyid nur muhammad.. semoga terhibur pendekarku

mohd jihad p sambion said...

http://www.youtube.com/watch?v=5jfxxFaSEOE

moga terhibur dgn lagu ini Nur Muhammad