Friday, August 20, 2010

PENDEKAR CHAHAYA: PERPADUAN IDAMAN SEMUA, APA CARANYA?

1. Rata-rata masyarakat di dalam negara ini faham/tahu maksud kata-kata mutiara seperti:

a) Bersatu kita teguh bercerai kita roboh/runtuh

b) Satu batang lidi kelapa senang dipatah-patahkan
tetapi seratus batang lidi kelapa yang diikat bersama
tidak mudah untuk dipatah-patahkan

NAMUN:

2. Melayu tidak dapat bersatupadu

3. Cina tidak dapat bersatupadu

4. Bangsa India tidak dapat bersatupadu

5. KadazanDusun tidak dapat bersatupadu

6. Bajau tidak dapat bersatupadu

7. Iranun tidak dapat bersatupadu

8. Bangsa-bangsa lain juga tidak dapat bersatupadu

9. Tetapi, kebelakangan ini, Pendekar Chahaya terdengar bahawa suatu "Wadah Baru" yang boleh menyatupadukan sesuatu bangsa telah ditemui.

10. Sesungguhnya, selama ini Pendekar Chahaya mengidam-idamkan penemuan seperti ini. Tahniah kepada mereka yang berkenaan!

11. Kerana takut memberi tafsiran yang salah, maka, Pendekar Chahaya tertanya-tanya. Apa agaknya caranya?

12. Atau, apakah mungkin "Wadah Baru" ini adalah seperti "virus" komputer - perosak kepada sistem "filing" yang sedia teratur dan tersusun dengan rapi?

10 comments:

illanun said...

selamat sejahtera
pendekar cahaya yang disegani.
saya pernah terdengar kata-kata dari seorang yang saya ikhtiraf sebagai pendekar iaitu Pinjaman Hassin yang menyatakan bahawa 'Iranun ini sememangnya dari genetik sukar untuk bersatu, sebab itulah kita gagal untuk membentuk empayar seperti melaka dan brunei walaupun kita mampu dan berpeluang pada ketika itu, apa yang kita boleh buat adalah mencuba yang terbaik dan melakukannya dengan penuh ikhlas'.

bagi saya, kelebihan bangsa lain adalah kuantiti mereka yang ramai, sedangkan kita adalah kaum minoriti yang minoriti dari segi kuantiti. maka walaupun bangsa lain tidak bersatu, ianya tidak membawa kepada penjejasan serius.

saya sendiri agak skeptikal dengan 'wadah baru' yang dicanang oleh orang-orang tertentu ini. saya melihat ketidakstabilan kepimpinan iranun masa hadapan jika wadah baru ini menjadi semakin kuat.

maka persoalan saya, bagaimanakah caranya untuk menjadikan iranun lebih solid kerana umumnya semua tahu wujudnya serpihan kecil didalam masyarakan iranun dan ianya semakin membesar.

salam.

PA'MIN said...

Sdr illanun,

Tidak ada sesiapa manusia yang boleh di atur oleh sesiapa sekiranya manusia yang berkenaan tidak mengatur dirinya sendiri ATAU ringkasnya sedar diri.

Sebagai contoh, saya dan SSK dahulu tidak sehaluan. Tetapi, saya "atur" diri saya dan mengangkat SSK sebagai boss saya. Saya "mengatur" diri saya dengan memandikan diri dan membaca mantera, " Sesungguhnya ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya".

Saya harap Sdr Illanun faham maksud saya.

Berhubung dgn soalan lain itu tak dapat saya jawab sebab terpadam begitu saja. Saya harap sdr dapat hantar balik soalan-soalan itu?

Terima kasih.

Pa'Min

illanun said...

terima kasih pendekar cahaya

pendekar cahaya, saya faham maksudnya. pendekar berkata kita perlu menyedarkan diri. saya ingin mengetahui:
1. Bagaimanakah caranya untuk membantu menyedarkan masyarakat tentang keadaan diri mereka . adakah kita perlu tunggu mereka sedar sendiri atau kita boleh melakukan sesuatu.
2. bagi pendekar cahaya, siapakah yang harus disedarkan sekiranya ianya tidak mustahil untuk memberi kesedaran kepada masyarakat? adakah ketua-ketua keluarga, golongan berpendidikan tinggi ataupun orang-orang muda yang ingin menjadi pemimpin tersebut.

maaf kerana banyak bertanya kepada pendekar cahaya.

illanun said...

salam penuh hormat,
(ini adalah soalan saya yang terpadam, ianya berdasarkan artikel pendekar cahaya mengenai kemahiran berunding pada 12 ogos 2009)

pendekar cahaya yang di segani, izinkan saya bertanya:
1. bagaimana kita memastikan bahawa dalam perundingan itu kita berada didalam situasi menang-menang.
2. bagaimana pula jika pihak yang dibawa berunding tersebut melanggar perjanjian.
3. bagaimana untuk memastikan bahawa perjanjian yang dibuat tidak akan dilanggar oleh mana-mana pihak yang terlibat.
4. bagaimana pula jika pertandingan itu melibatkan lebih dari dua pihak. katakan tiga, bagaimana jika satu pihak tidak ingin berunding tetapi 2 pihak lagi ingin berdamai. apa yang akan dilakukan kepada pihak yang satu tadi.

Itu sahaja pertanyaan saya pada masa ini kepada pendekar cahaya.
Terima kasih, saya berharap agar pendekar cahaya dapat menyiarkan lebih banyak artikel bagi memberi nasihat kepada bangsa iranun.

PA'MIN said...

Sdr Illanun,

1. Tidak ada pakar runding di dunia yang boleh menjamin bahawa sesuatu perjanjian itu tidak akan dilanggar. Yang boleh menjaminnya ialah pihak-pihak yang terlibat dalam perundingan. Untuk menjaminnya pula, pihak-pihak yang berkenaan hendaklah "percaya dan mempercayai" keikhlasan masing-masing. Sebab yang penting dan perlu diingati oleh mereka yang terlibat dalam perundingan itu ialah sekiranya perjanjian tidak dinodai mereka juga yang meraih "keuntungan". Dan elakkan nafsu ketamakkan. Kerana ketamakkan satu pihaklah yang menjadi punca terputusnya perjanjian.

2. Untuk "menang-menang" di dalam sesuatu perjanjian, perlu ada semangat "tolak-ansur". Dalam konteks ini, maksud tolak-ansur ialah semua pihak yang terlibat mesti bersedia untuk "menerima" kurang daripada 100 peratus expetasinya. Umpamanya, kalau dalam hal jual beli, jika si A meletakkan harga pada barang jualannya 100 ringgit, si A mesti bersedia untuk menerima tawaran yang lebih murah dari pihak B untuk situasi "menang-menang" wujud. Dalam pada itu, janganlah pula si B menawarkan harga yang jauh lebih rendah yang mengakibatkan kerugian pada si A dan lantas itu dia menolak tawaran Si B.

3. Erti "menang-menang" ialah pihak-pihak yang terlibat di dalam sesuatu perundingan itu berasa bahawa mereka masing-masing "beruntung".

4. Kalau perundingan itu melibatkan tiga pihak dan satu pihak tidak meneruskan komitmennya TETAPI tanpa penglibatan beliau perundingan boleh diteruskan dan memanfaatkan 2 pihak yang masih hendak meneruskan objektif perundingan, saya tak nampak kenapa ianya tidak diteruskan KECUALI kalau ianya di teruskan pihak yang ketiga itu pula teraniaya.

5. Kalau ada pihak yang melanggar perjanjian, cari lah penyelesaian yang sebaik mungkin yang boleh diterima oleh semua pihak sebelum mengambil tindakan yang lebih drastik.

Itu lah respon saya kepada soalan-soalan yang umun dan tidak spesifik ini.

Terima kasih.

Pa'Min

PA'MIN said...

Sdr illanun,

1. Sebenarnya, rasa saya rata-rata masyarakat Iranun tidak ada masalah seperti yang digembargemburkan oleh sesetengah pihak. Saya mengatakan begitu sebab keadaan generasi saya dan generasi arwah bapa saya berbanding dengan keadaan sekarang adalah jauh berbeza. Contohnya, dulu semua rumah di perkampungan iranun adalah beratap daun nipah, berlantai nibong atau bambu dan bertiang kayu atau bambu. TETAPI kini hampir keseluruhan diperkampungan Iranun berumah Bangalo semen dan beratap zinc.

2. Kenderaan dulu adalah biskal, kuda dan kerbau. Jarang sekali ada Iranun yang ada motosikal dan jauh sekali kereta. TETAPI kini kenderaan berselerak dimana-mana. Masyarakat kampung pun bermotorsikal honda kap dan berkereta macam-macam model dan jenama.

3. Kalau dulu anak-anak dipaksa untuk bersekolah, kini rata-rata ibubapa telah sedar betapa pentingnya pendidikan. Atas kesedaran inilah maka ramai lah anak-anak Iranun kini berkelulusan menara gading.

4. Dahulu, cuma seorang dua sahaja pegawai kerajaan berketurunan Iranun yang berkerja di pejabat-pejabat kerajaan di Dearah Kota Belud . TETAPI kini, jangan bilang di Daerah Kota Belud, hampir seluruh negara ada saja pegawai kerajaan berketurunan Iranun yang berkerja disana. Pegawai Daerah Kota Belud sekarang ini anak Iranun. Imam Daerah anak Iranun. Pegawai-pegawai di Majlis Daerah kebanyakan Iranun dan sebagainya.......

5. Dahulu Iranun tiada Ketua Daerah atau OKK kini ada.

6. Kalaupun infrastruktur asas belum semua "tiba", ditempat orang lain pun belum "tiba" juga, bukan tempat kita saja.

7. SEMUA fakta di atas adalah merupakan PENINGKATAN kualiti kehidupan dan berbanding dengan masyarakat lain, kita tidak lah jauh ketinggalan sangat.

Sdr illanun,

Yang "bermasalah" ada lah sesetengah pihak saja dan gejala "tidak puas hati" ini terdapat di mana-mana bangsapun termasuk lah Bangsa MELAYU.

Sebenarnya MELAYU lah yang paling "bermasalah" berbanding dengan kita sebab mereka punya segala-galanya seperti PERDANA MENTERI, SULTAN-SULTAN, RAJA-RAJA dan sebagainya tetapi bukan semua orang MELAYU kaya dan semporna hidup mereka,

Sdr illanun,

Kalau ada Iranun yang belum "sedar", sedarkanlah mereka dengan fakta-fakta yang saya sebut ini.

Bershukorlah dengan yang ada dan dengan hati yang tabah cari lah yang belum "tiba" dengan cara yang penuh berhemah!

Sekian, buat masa ini dulu.

Pa'Min

PA'MIN said...
This comment has been removed by the author.
illanun said...

salam
terima kasih pendekar cahaya atas nasihat dan idea yang diberikan. nasihat-nasihat seperti ini adalah amat berguna kepada masyarakat iranun. saya akan cuba untuk mengkhabarkan nasihat ini kepada blogger yang lain jika berpeluang.

pendekar kegelapan said...

"apakah mungkin "Wadah Baru" ini adalah seperti "virus" komputer - perosak kepada sistem "filing" yang sedia teratur dan tersusun dengan rapi?" Ini kata2 sdra....

"Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat" Ini kata2 saya....

"PENDEKAR CHAHAYA: PEJUANG BANGSA TIADA HAD UMUR DAN MASA" Ini Slogan sdra...

"PENDEKAR KEGELAPAN: BILA TIBA MASANYA KITA HARUS TERIMA HAKIKAT, KITA IBARAT SANG HARIMAU TUA YANG HARUS PASRAH" Ini Slogan saya...

BELUM PENDEKAR said...

Salam Pa'Min,

Penjelasan Pa’Min sudah cukup terang, maka saya fikir ia tidak memerlukan penjelasan lanjut lagi… Tuan Yang DiPertua, saya mohon menyokong.

Salam Hormat dari
BELUM PENDEKAR